Add

Tuesday, March 13, 2012

Southern Island, New Zealand (4-8 March 2012)

Return Flights : RM563 per pax with Air Asia ~ lu ckp sama gua, sape bleh lawan dpt lg murah dr gua??

***1 NZD = RM2.5

Accommodation in Queenstown : Shotover Top 10 Holiday Parks, NZD125 per night for 4 pax (Rata Lodge Family)

Accommodation in Dunedin : Aaron Lodge Top 10 Holiday Parks, NZD180 per night for 4 pax (Park Motel)

Accommodation in Christchurch : Christchurch Top 10 Holiday Parks, NZD157 per night for 4 pax (Deluxe Chalet - 2 rooms)

Transportation : Shoestring Rentals (NZD 212 for 4 days, large family wagon-auto)

Activity in Wanaka : Puzzling World, NZD15 per pax (Great Maze + Illusion Rooms)

Activity in Queenstown : Skyline Gondola Ride & Buffet Lunch NZD51 per pax (Booked)

Activity in Dunedin : Cadbury World NZD20 per pax (Full tour) & Chancarla Farmpark & Minature Horse Stud NZD8 per pax (Booked)

Activity in Christchurch : International Antarctic Centre NZD60 per pax ~ Online Ticket Purchase is highly recommended!! Dpt NZD5 off..! hehe

Highlights : Church of The Good Shepherd (Lake Tekapo), Puzzling World (Wanaka), Skyline Gondola Ride (Queenstown), Coronet Peak, shopping at Pak'n'Save & DF Souvenirs, Cadbury World (Dunedin), Chancarla Farm Park (Dunedin), Tunnel Beach Walkaway, University of Otago, Dunedin Railway Station, Dunedin Botanic Garden, Christchurch Cathedral, International Antarctic Centre (Christchurch)

Day 1 - 4 March 2012 (KL LCCT - International Christchurch Airport)

Saat yang ditunggu sekian lame tibe jugak. Punya lama wat preparation tu pun ade gak bende2 yang wat last minute. Ni first time pg bercuti luar negara tak pakai tour guide. Just drive sendiri, book hotel & kereta sewa sendiri dan cari makan sendiri. Sebelum pegi ni tersangatlah nervous! Takut GPS tak boleh pakai la, takut sesat la, takut tak ikut jadual la.. mcm2. map dlm GPS tu plak, 2 hari sebelum pegi boleh plak ade error tak boleh pakai. Nasib baik sempat pg Low Yat beli map Garmin. Murahla.. sbb 3rd party punyai. Aku siap beli map Hong Kong, Europe dan Middle East. Macam pegi je ek? Ade rezeki, Insya Allah.

Cume frust dalam Air Asia X ke Christchurch, New Zealand tak boleh online booking In-Flight Entertainment. Bile aku call Call Center, diorg kate limit utk 10 unit je. Kalau nak kene mintak mase boarding. Biar betul. Flight pegi Beijing yang 6 jam pun boleh dapat, xakan flight NZ yang 12 jam ni xbleh dapat? Masa aku boarding tu, nasib baik bende alah tu tinggal satu. So aku dapat lah masa boarding tu.
Tak de la boring sangat.

Aku tido tak ingat
Kesian budak 2 orang nih

Awek stewardess yg laki aku dok usha.. comeelll

Yes, my husband was officially opened by MAF Biosecurity New Zealand 

Duduk merempat di airport. Nasib baik ade wifi

Merempat di airport sbb malas nk check in hotel..jimat duit.. touch down jam 12.00 waktu tempatan.
Pukul 5 pagi dah nk kene bangun, xkan nk check in hotel..huhu. Di sini tempat selamat untuk membongkangkan diri sebab ramai orang yang melakukan perlakuan yg sama..heheh. Paling best, pagi2 ade pekerja airport akan kejut semua bangun "Good morning.. it's time to wake up..!"

Sabarlah menanti aku wahai si Pingu. Aku jumpe ko last day nnti ok!
Merayau-rayau di kala orang tengah membuta
Masing-masing muka tak mandi..


Day 2 : 5 March 2012 (International Christchurch Airport > Tekapo > Wanaka > Queenstown)

Breakfast di Number Eight Kiwi Cafe. Order coffee pastu die bagi buzzer utk alert kite bile coffee dah siap.
Eleh.. mengade btull..

Beef sandwich + fresh vegetables yang tersangat sedap. Tapi hubby aku tak suke. Kosong & xde sos katenye. Yapedaa.. Malangnye sandwich yang tak abis bawak balik.. Lebih malang lagi sandwich tu tertinggal dalam trolly. Amendeeelaa....

Sunset di Christchurch Airport


Sebaik saje keluar dari airport, i call Cameron untuk ambik kete sewa (Shoestring Car Rental). Dia sampai je trus bwk tempat mane nak pulangkan kereta, aku sign document dan dia amik no lesen. Tu je la. Dia kate ambil ms 2 minit. Huh, memang 2 minit. Excited sangat dapat kereta besar, cantik & baru. Tak sabar berhenti tengah jalan nk amik gambar. Ntah semak mane ntah kitorg berhenti, setting gps, trus amik gambar..hehe..



Harga petrol agak mahal. Begitu adat resam kehidupan orang tanpa subsidi yee.. (ouch!)
Sepanjang masa, kami isi full tank sbb perjalanan jauh gaban..


Masa ni first time tengok snow covered mountain.. wargghhh..!!!

Mase ni aku plak drive.. Husband dah mengantuk

Ape kejadahnye la korang beratur ni...hahahaha



Church of Good Shephard, Pioneer Drive, Lake Tekapo) 
(Via Ashburton, Geraldine, Fairlie)

Pemandangan dari dalam Church of Good Shephard

Ni name die Penggambaran Klip Video Kumpulan Scoin




Budak ni mmg tido je la kejenye...haish..

Puzzling World, Wanaka
(via Tekapo, Twizel, Omarama, Cromwell)

Mereka2 semua agak tidak berpuas hati dgn tempat ni sbb tak berbaloi.. hahahaha.. biase la.. mahal tp exhibit die biase2 je.. kalau bende2 cmni kat Repley's Genting pn ade eh?? huhu
tapi kami enjoykan aje la sbb dah dtg dari jauh kan.. (terbang NZD 15)

Tengah wat aksi ntah hape2, tak perasan diorg rakam..hihi
Comel nye jamban.. sayang nak pakai..
Leaning Tower of Wanaka
Hmm.. ni la skali Syaq tolong drive..
Zul sedang merehatkan diri


Shotover Top 10 Holiday Park, Queenstown
(Via Cardrona valley, Arrowtown)

Penginapan yang agak mewah sebab segala kemudahan ada disediakan. Pinggan, cawan, cutlery set, blanket, towel, private bathroom.
Facilities kat holiday park tu plak, ade communal kitchen, toilet & shower dan laundry room.
Sebab nak kejar mase dan tak nak berebut2 shower, kami pegi mandi kat communal shower.
(Ala2 mandi kat asrama, siap pkai kain batik. nasib tak bawak baldi..hik3)

Nasib baik sempat sampai Queenstown sebelum gelap. Dah lah jalan tak de lampu
Zul tengah bersembang dengan French. Orang French tu citer dia slalu travel ke KL sbb slalu transit naik Air Asia. Patutnye Zul kene mintak no telefon ke, FB ke.. nnti boleh kite pegi France plak..
Dekat dgn communal kitchen dia ada living room. Kitorg lepak kejap tengok TV

Daripada kitorg berebut2 bilik air dalam bilik, baik kitorg pegi mandi kat communal bathroom. Selesa jgak. Siap pakai kain batik bagai. Sejuk giler bile kene angin..!

Minum malam pekene teh o panas sebelum tido


Day 3 : 6 March 2012 (Queenstown > Dunedin)

Pagi2 kami breakfast yang tersangat heaven.
Wholemeal french toast, cheese mushroon soup with crouton, instant noodle dan teh o panas! pergh..


Cuaca yang sangat cantik walaupun sejuk!

Kawasan Top 10 Holiday Park Shotover, Queenstown

Seperti biasa, mesti akan ade kemudahan utk motorhomes


Coronet Peak (Ski area)

Tempat main ski di area Queenstown. Tapi mase ni tutup sbb masib musim luruh kan.. agak spooky jgak tempat ni sbb tak de orang.. tetiba teringat filem Frozen..haha
 
 
<><><> 
 

</>
</></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></></>
Queenstown

Aktiviti yang utama sekali adalah SHOPPING..!!!
This is a very nice town. Tempat utama kami shopping adalah di DF Souvenirs & Alpine Artifacts.
Kami semua menyesal tak borong kat sini gila2 sbb tak sangka lepas tu xde mase nk shopping kat tempat lain..huhu. So, insya allah ade rezeki kitorg datang sini, kitorang akan shopping kat sini lebih sikit dan akan stay di Queenstown 2-3 malam. Balik KL, tak rindu NZ / CHC tp rindu Queenstown. Why the hell is that?

Bandar yang kecik, tapi sangat best!

Posing sakan weeii. Sememangnya aku slalu obses dengan Autumn!

Shopping di DF Souvenirs - tempat yang menjadi sebutan. Murah dan banyak pilihan. Menyesal tak borong kat sini..!!

Burung-burung yang sedang kene tipu dgn Zul. Dia ingat Zul nak bagi makan..haha

Tempat ni best. Orang lepak2 tepi tasik, berkelah, dating, main dgn anjing mcm lepak tepi pantai. Tapi tibe2 ada kapal nak bergerak, keluar plak asap tebal yang hitam, orang2 yang lepak semua terus blaah.. haih spoil betul la..

Kat jetty ni banyak cruising package including lunch. Best2 belaka. Makcik aku nak belanje naik cruise, tp kami terpakse rushing plak sbb nak kene gerak ke Dunedin. Takut gak sampai dah malam. Jalan dah la xde lampu!

Itik pun melepak2 jugak

Macam tepi laut plak



Skyline Gondola, Restaurant & Luge Queenstown

Aku memang dah wat booking untuk buffet lunch skali.. so kami datang dgn perut yang kosong.
Parking punye la jauh..terpakse menapak. Nasib baik cuaca best.

Pemandangan dari atas



Perbezaan Queenstown dulu dan sekarang

Perempuan yang buat Buggy Jumping ni tak jerit pun. Senyap jee.. macam tak enjoy je..hihi

Naik atas untuk naik Luge

Windy & Freezing!


Yang perempuan ni plak terjun Buggy Jumping terpekik terlolong satu macam plak..

Nak pegi Kiwibird Park. Tapi hujan plak.. so kami patah balik..


Aaron Lodge Top 10 Holiday Park, Dunedin
(Via Cromwell, Clyde, Alexandra, Roxburgh, Kaikoari Valley)

Rainbow!

Kambing biri-biri tengah leka meragut rumput
Aku datang je diorg sumer lari
Aku try mengembek.. tetiba semua berhenti pandang aku serentak.. ciss.. hampeh korang kambing, dan2 aku mengembek, korang berhenti pandang aku..
ingat aku spesis korang ke..
Small town yang sangat sunyi. Mcm dlm filem House of Wax
Aaron Lodge Top 10 Holiday Park, Dunedin ni pun tempat yang best jugak.
Segala kemudahan disediakan macam di Shotover, Queenstown.
Tapi kat sini ade TV, gas stove, hot pool dan living room.

Berjaya jugak sampai sebelum gelap


Kelengkapan untuk masak semua dah siap. Ade electric stove, microwave, fridge, tea, coffee, gula, susu, susu segar percuma pun ade

Depan bilik kami tempat parking motorhome

Aku tak faham kenapa sepanjang kitorg kat NZ, berlambak kitog jumpe kucing yang COMEL, GEMUK, OBESE, CANTIK DAN MANJA!!
Dunedin Railway Station

Zul & Syaq plak obses dengan truck

The Baa
Kalau tanye "malam ni ko nak g lepak mane?"
"Malam ni aku nak g lepak Bar Baa". lol

Suri rumah sedang menyiapkan makanan untuk makan malam. chewah



Day 4 : 7 March 2012 (Dunedin > Christchurch)
Tengok, ade kucing lagi!! kucing lain plak tuh. Aku bukak sliding door je terus dia berlari masuk dalam sbb kat luar hujan.. kesian dia.. tak lame pastu kene halau dgn aku la.. sbb kitorang dah nak check out. haha

Mem besar duk dibelakang bersama makanan dan minuman yang akhirnya terpakse patah balik ke KL sbb tak abis makan


Dunedin Railway Station

Dunedin Railway Station di waktu siang
Di Dunedin Railway Station ni pun ade pakej naik train setengah hari sekali dgn lunch. Kami mmg teringin sangat nak pegi tapi masa tak mengizinkan. Lain kali mesti lepak sini 2-3 malam



Cadbury World, Dunedin
Jalan kaki je.. parking kat Dunedin Railway Station pastu menapak





Kami ni taklah suka sangat dengan coklat Cadbury.
Kami lagi suka coklat Whitaker. Kalau ade Whitaker World, kami pasti akan pegi serang..hihi.
Tahun 1930 first block of Cadbury chocolate dibuat pertama kali di New Zealand. Pengedaran pertama dibuat di Dunedin. Banyak jugaklah keluaran Cadbury tempatan kat sini dan takde di tempat lain. So, itulah kaitannya Dunedin dgn Cadbury.


Peraturan yang agak ketat sebelum masuk ke kilang Cadbury. Tak boleh pakai jam tangan, barang kemas, handphone, segala beg dan lain2. Mengada2 betul. Macam lah masuk dalam kilang dia betul2. Masuk2 je semua berpagar. Kami hanya tengok dari jauh je.


Coklat-coklat kat sini murah2. Tadi kate tak suke Cadbury tapi borong gak!
Atas Kanan : Semua produk Cadbury tempatan. Kebanyakan coklat aku beli semua Made in Dunedin. Coklat Cadbury yg lain semua, tempat lain pn ade bersepah jual..hihi



Lunch di restaurant The Terrace

Tersangat best sebab kita makan steak yang masak atas arang batu.
So, kite boleh pilih cara masak sama ada half cooked, well done or overcooked

Pengalaman makan steak yang paling best setakat ni!


Cathedral di bandar Dunedian

Jalan-jalan sambil berangan macam sedang berada di Europe


Chancarla Farmpark & Minature Horse Stud

Tempat ni agak menarik. Yang membuat ianya tak berapa menarik, tempat die kotor dan baru lepas hujan. Aku pun dah buat booking dengan owner dia, Trish. She's extremely friendly smpai aku plak yg letih nak melayan dia. Dia suke mengenakan husband aku. hehehe.. Trish baru lepas melepaskan marah & geram dia kat kitorang sebab ade orang Malaysia ni, dah buat booking utk stay di farmstay dia. Tapi smpai sekarang tak muncul2.. hehehe.. tapi aku tau sape kah gerangan orang Malaysia itu. Mereka adalah AKU!!. Nasib baik dia tak perasan sbb aku wat booking farm visit pkai email husband aku..hehehehehehe
Ayam-ayam yang sentiasa setia mengikut & menyibuk!
Alpacas yang mempunyai mata yang sangat cantik!
Angsa-angsa yang juga sentiasa setia mengikut & menyibuk
Binatang najis mughallazah yang sangat comel
Kambing-kambing yang sangat gelojoh










Kucing gemuk lagi!




Cucu Trisha, Caleb yang sangat manja dengan Zul


Good bye Trish.
Lalu kami pun meninggalkan beliau dengan seribu persoalan dan seribu misteri siapakah orang Malaysia yang telah membuat onar dan menipu beliau selama ini.. 
Sampai je Christchurch, kami terus ke Pak N Sav. Shopping lagi! Banyak gile barang kite borong. Semua murah-murah!


Christchurch Top 10 Holiday Park
(via Oamaru, Waimate, Timaru, Temuka, Ashburton)

Penginapan yang best.. (semua nya best2 belaka la..!) Sebelum smpai holiday park, kami shopping dulu di Pak'n'Sav. Murah gak la..memborong coklat kat situ tak hengat. Sampai holiday park, reception hampir nak tutup. Nasib kitorg sempat, kalau tak dia tinggalkan kunci. Kalau nak drive thru check in pun boleh.
Senang kan?



Dinner makan pizza..!!


Day 5 : 8 March 2012 (International Antarctic Centre > International Christchurch Airport > KL)


Kami terus ke International Antarctic Centre dan breakfast di sana.
Breakfast yang amat mewah & very nutritious. Mane tak nye.. smpai NZD 60.. hahaha





Merasai pengalaman ribu salji selaju 50km/jam!


Naik Huggland yang dipandu oleh Mr Shaun. Nasib baik aku tak muntah. Hahaha


Wang besar! Wang besar!
Setiap tempat kite melawat mesti ada machine ni. Tapi kitorg tak terfikir nak wat sebelum ni..huhu.. menyesal..

Shopping sehingga ke titisan yang terakhir

Pemandangan dari atas. Amat mengasyikkan. Masya Allah.. cantik nya bumi Allah..

No comments:

Post a Comment