Add

Wednesday, July 4, 2012

Jakarta - Bandung (1 - 4 June 2012)

Return Flight : RM131 per pax with Air Asia ~ lagi, lagi dan lagi..

Hotel : 2 nights at Karang Setra Hotel (Bandung), 1 night at Trinity Hotel (Jakarta)

Tour : Javasoltour - Private Tour with accommodation in Puncak, Bandung and Jakarta, daily B/L/D, tour guide and entrance fees (RM640 per pax)

Lain-lain tour : Lintang Buana Tours, Regina Adventures, Yogya Tour, Bandung Tours dan lain-lain.

Highlights : Tangkuban Perahu, Ciater Hot Springs, Cihampelas Jeans Center, Factory Outlets, Pasar Baru Bandung, Paris Van Java, Toko Tiga, Mangga Dua Jakarta (Rancangan asalnya adalah pergi ke Kawah Putih pada hari ketiga. Tapi disebabkan permintaan saat-saat akhir utk extend shopping sewaktu berada di Bandung, kami terpaksa batalkan trip ke Kawah Putih walaupun kami dah bayar lebih)

DAY 1 : LCCT - JAKARTA - BANDUNG


Beruntung naik Air Asia sbb turun kat Terminal 3. Airport baru, cantik plak tu.. hihi..
Kalau airline lain turun airport lame la.. Touch down je, terus jumpe dengan tour guide cum driver dan jugak Maya, orang yang aku selalu email tanye psl tour package ni. Berbulan2 email-mengemail, akhirnya ketemu juga. Peramah jugak orangnye. Lepas buat bayaran balance tour package tu, kami terus bertolak ke Bandung. Sepatutnya amik masa 2 jam je. Tapi sebab nak weekend, dan Jakarta ni terkenal dengan kesesakan lalu lintasnya, perjalanan tu amik masa lebih kurang 4 jam.

Di highway, kami singgah makan sekejap di tempat macam R & R. Tapi lagi meriah la..hihi.. kami bantai makan KFC tak hengat. Sampai je di Bandung, kami berhenti lagi makan malam. Tak berape selera sangat sbb dah kenyang..Makan ni semua dah include dalam tour package.

Enterior Hotel Karang Setra Bandung


Exterior Hotel Karang Setra Bandung

DAY 2 : BANDUNG


Strawberry Farm di Bandung ni simple je. Comel2 strawberry.. cume sayang sbb diorg tak commercialize kan product strawberry ni. Yang aku nampak yogurt je.. Kan best kalau diorg jual ice cream strawberry, pancake strawberry, jam strawberry ke..



Tangkuban Parahu





Makan Tengahari (provided by the tour)

Shopping di Jalan Cihampelas

Ciater Hot Spring


Makan Malam (Provided by the tour)

Paris Van Java

Pemandangan Kota Bandung dari Pasar Baru

Shopping di Pasar Baru
Di Pasar Baru, kain-kain pasang, jubah, tudung, telekung, handbeg dan lain2 sangatlah cantik dan murah. Tapi kalau nak beli kain pasang yang murah lagi, pergi la kedai kat atas sekali dekat parking lot. Aku rase tu lah satu2nye kedai kat parking lot. Selalu orang dari Malaysia borong kat kedai utk meniaga kat Malaysia. Rata2 kat sini kain pasang sutera Indonesia / Sulam Timbul tu hargenye boleh dapat dalam RM45 / Rp 150,000.00. Telekung (cotton) yang dilipat kecik sekali dengan beg kecil tu boleh dapat dalam RM10 / Rp30,000.00. Handbeg imitation pun variety dan cantik2 gak. Tapi diorg bukak harga tu mahal gak. Kene tawar betul2.

Shopping di Toko Tiga
Antara yang best shopping kat sini la. Jeans yang original murah. Selain tu ada t-shirt, jacket, seluar dll. Orang lelaki yang datang sini pun boleh enjoy shopping jugak. Tak de la asyik orang pompuan je yang shopping.

Makan Tengahari (Provided by the tour)

Makan Malam di Jakarta setelah menempuh perjalanan hampir 4 jam dari Bandung. Hari Ahad plak tuh.. Adeehh..
Makan kat sini antara yang best gak. Macam2 lauk ade! Balik2 KL berat aku naik 2 kilogram dalam mase 4 hari je..adoi

Hotel Triniti, Jakarta

Sebahagian kecil hasil shopping

Selepas breakfast dan check out hotel, kami ada beberapa jam lagi utk ke airport. So sebelum ke airport, kami ade shopping buat kali terakhir di Mangga Dua, Jakarta. Mula-mula driver tu kata shopping compleks Mangga Dua ni terbesar di Asia. Kalau jalan 4 hari pun tak abis shopping. Huh, tak percaya aku. Sekali dah sampai, maaakk..ai.. mmg shopping compleks Mangga Dua besar gaban. Bersambung-sambung kiri & kanan jalan besar. Aku tak beli banyak sngat barang. Just handbeg je. Tapi lepas aku & Zul pegi catat rekod round semua bangunan. Kat sane mmg ade blok2 tersendiri. Satu blok tu aku tengok 5 tingkat, dari atas sampai bawah jual barang elektrik. Satu blok yg lain plak jual handbeg. Ade blok jual pakaian2 dan blok jual barang komputer. Mmg membuat aku kagum dan terase nak datang lagi.



Pemandangan on the way ke Jakarta Airport

Kesian Zul.. asyik cakap nak makan bakso.. tapi masalah makan pagi/tghari/malam semua provided. So takde chance nak makan bakso. Last2 jumpe kat airport. Merasa Zul makan bakso..


No comments:

Post a Comment