Add

Sunday, September 2, 2012

Ho Chi Minh, Vietnam (30th August - 1 September 2012)

Return Flight : RM193 per pax with Air Asia ~ hidup mati bersama Air Asia
Hotel : Saigon Pink 2 Hotel, Ben Thanh, District 1, Ho Chi Minh (Booking melalui Agoda = USD70 utk 2 malam (Deluxe Room)

Lagi satu hari, genaplah 55 tahun kemerdekaan Malaysia. Bangga menjadi rakyat Malaysia. Manusia takkan menghargai kesihatan selagi tidak sakit. Manusia takkan menghargai kemerdekaan & keamanan selagi tidak ditimpa peperangan. Aku pelik beberapa orang sukakan pergolakan, pergaduhan, keadaan huru hara dan lansung tak ade perasaan sayangkan negara. Sampai tahap nak sambut merdeka, bawa bendera 'baru' Malaysia. Come on la.. Boleh ke, ko nak tukar nama negara ni, tukar bendera negara ni? Tahun ni ko tukar bendera / nama negara Malaysia. 10 tahun akan datang, kalau ade orang lain nk tukar, kire boleh tukar ke? Tidak mengira bangsa, kaum, budaya, mahupun parti politik, cintailah negara anda. Malaysia. Kalau tak sayang, ko beli pulau sendiri, buat lah negara sendiri, bendera sendiri, ok? Benci mana pun terhadap sesuatu pemimpin, tapi sayanglah negara. ha.. tu mukadimah sempena percutian kali ni di Ho Chi Minh, Vietnam. Aku psycho sekejap sbb mcm kat Cambodia, Vietnam pun gak kisah tersendiri yg boleh kita amik ikhtibar. Bukan setakat shopping baju lip lap lip lap je ehhh..hihi.

30 Ogos 2012 - Flight aku diawalkan. Dari pukul 8.00 pagi ke 7.00 pagi. Adoila.. Aku & Zul, pukul 2.30 pagi dah keluar umah. Gile kan.. Plan2 nak overnight, style zaman2 kolej dulu. Tp hampeh, mata mengantuk sangat. Sampai LCCT je, makan KFC, lepas tu check in, tido kat kerusi. Sampai Airport Ho Chi Minh, terus basuh muka, gosok gigi, tukar baju. Pastu merayau cari tour utk ke Cu Chi Tunnel. Mahal & tak berbaloi utk pegi 1 day tour. Last2 aku sewa kereta + driver. USD 75 utk 8 jam. (9 pagi - 5 petang). Sempat gak lah pg City Tour.

Ni kereta yang kitorg sewa. Toyota Innova. Kalau ramai2 lagi best & jimat. Driver dia pun baik dan peramah walaupun susah ckp English.



Cu Chi Tunnel

Cu Chi Tunnels yang dibina selama 20 tahun ni, dibuat oleh Viet Cong masa perang Vietnam







Sistem ventilation Cu Chi Tunnels. Ade gak ventilation yang dibuat dari batang bamboo. Mmg kite xkan perasan.

Tempat masuk tunnel tu pn mmg kite xkan perasan. Size pn muat2 je. Kalau badan besar gedabak, xbleh wat ape lah..hihi


Aku pn try gak. Kalau main nyorok2 best nih..

Kalau aku jadi Viet Cong, kompom tak jumpe pintu masuk..

Ini menandakan Zul masih lagi dalam bentuk badan yang ideal. hahaha.. tunnel ni pun dah dibesarkan skit utk pelancong. Kalau ikutkan saiz sebenar, lagi kecik dan ade gak diorg kene crawling

Booby trap (tapi diorg letak batu kat tepi & pagar utk keselamatan pelancong)

Punyela penat merangkak dlm tunnel tu, tetibe sampai dlm bilik meeting, bilik surgery, etc. mmg aku kagum

Kebanyakan bunker, diorang dah bukak dan letak atap utk pelancong. Yang belah kanan tu bilik makan


Ubi Kayu - Makanan ruji Viet Cong mase tu. Cecah gula+garam+kacang. Sedap!


Atas Kanan : Kedai souvenir kat area situ
Atas Kiri : Selipar Viet Cong
The Rest : Antara exhibit yang ada kat situ. Ade tunjuk cara diorg guna semula bom tentera U.S.A, jenis2 booby trap yang diorg wat, gambar2 sepanjang pembinaan & life diorg dalam Cu Chi Tunnels. Walaupun dalam tunnel, diorg masih bersekolah, wat persembahan kebudayaan, dll.


Kuil berdekatan dgn tmpat exit. Actually mase ni kitorg dah sesat. Tak tau mana nak keluar

Ni Zul kate bekas2 Cu Chi Tunnel.. Hahahahaha

War Remnants Museum

War Remnants Museum - Sebelum ini dikenali sebagai Museum of American War Crimes. Aku lagi suke nama lame! hihi


Statement tak boleh blah oleh U.S

Antara poster yang memprotes perang Vietnam

Ramai yang protes still tak boleh wat ape eh?? biase lah tuh..banyak jugak kes bakar diri sebab protes perang Vietnam tapi diorg pedulik ape..

Antara gambar kegemaran aku. Teringat filem Watchmen


Ni antara gambar yang aku tak pernah lupa. Aku pernah tngok dalam Times ms sekolah rendah dulu. Gambar ni menang Pulitzer Prize. Cume mase tu aku tak berapa faham. Sekarang baru aku faham. Phan Thi Kim Phuc ni tgh berlari dan badan terbakar sbb kene bom napalm. Immediately lepas amik gambar, photographer tu selamatkan budak ni, hantar g hospital. Sekarang budak ni dah jadi doktor & migrate ke Canada. Tu kate mak aku la.. Bile aku google, betul la..

Antara kekejaman tentera U.S - Sebarkan Agent Orange. Terseksa beberapa keturunan sbb kesan dioxin. Orang yang kene cacat, janin pun cacat termasuklah beberapa keturunan. Tentera U.S yang involve pn kene jugak kesan Agent Orange.

Sebarkan Agent Orange pkai pesawat. Tanaman2 pn mati. Ini kan pula hidupan. Kot tabur baja buah oren tak pe jugak

Antara mangsa kesan Agent Orange



Jennifer Loney yang dilahirkan dgn sebelah tangan akibat kesan dioxin dalam Agent Orange. Bapak dia D. Loney, bekas tentera U.S di Vietnam. Bapak dia pun suffering kanser tapi bunuh diri (tembak diri sendiri) pada tahun 2003 sbb rase bersalah atas keadaan anak die. Jennifer Loney ni skarang dah ade 3 orang anak, keje sbg social worker. Sekian.





Penjara melintang & takde bumbung. Adoi..


Aku suke diagram ni.. kalau bleh, aku nk tambah lagi satu column ~ The Iraq War
Kalau aku jadi American, aku dah mengamuk dah tngok figure berape billion USD diorg spent utk berperang

Saigon Pink 2 Hotel

Hotel ni aku book melalui AGODA. Murah je..  USD70.00 utk 2 malam Deluxe Room. Bangunan hotel kecik, tapi biliknya sangat besar & bersih. City view plak tuh



Nak ambik gambar kawasan bilik. Sambil2 tu posing pkai baju tradisional Vietnam. Sepasang USD20.

Ni beli kat depan Central Post Office. Aku tak reti nk explain. Tapi bile bukak kad tu, keluar bentuk2 bangunan, farris wheel. Mahal gak. VND100,000.00/pcs (MYR20.00/pcs). Macam2 bentuk ade. Notre Dame Cathedral, Central Post Office, pagoda, happy birthday, Eiffel Tower, etc.

Instant noodle Tom Yam yang sangat sedap.. beli kat 24h convenient store depan hotel
Tiket2 entrance - Cu Chi Tunnel, Reunification Palace and War Remnants Museum

Zul tgh makan mempelam yang baru beli kat Ben Thanh market. Bapak mahal.. VND50,000.00/pcs (MYR10.00/pcs). Takde lah sedap mane pun

Lobi Saigon Pink 2 Hotel

Shopping at Ben Thanh Market

Dari luar bangunan Ben Thanh Market

Peta kedudukan kedai-kedai dalam Ben Thanh Market. Gile hebat..

Jalan kaki je dari hotel nak ke area sini. Every night akan ade night market kat area situ. Tersangat meriah. Tapi jaga2. Harge diorg letak kadang2 tinggi smpai tak masuk akal. Bleh tawar. Buat2 merajuk, nak blah confirm diorg bagi harga murah punye..Aku beli baju tradisional Vietnam, diorang bukak harge USD55/sepasang. Huh.. merepek.. Aku buat muka, nak belah je, tetibe dia tarik aku bagi aku USD25/sepasang. Aku bargain lagi. Dapatlah USD20/sepasang.
Semua barang ade jual. dari kedai makan, buah-buahan, baju, seluar, barang elektronik, kasut, barang hiasan, baju kurung siap (dengan manik2), kain ela, baju tradisional Vietnam, makanan & minuman eksotik, semua ada jual.




Kat Ben Thanh ade gak jual model kapal Titanic. Abah aku suke gile kalau ade model Titanic. Murah plak tuh. VND500,000.00 (MYR100.00). Tapi bila aku tunjuk kat bapak aku, die kurang suke sbb model ni tak ikut bentuk yg tepat kapal Titanic. Nasib baik tak beli. huhu.. sbb aku tau, hanya orang yg betul2 minat & kenal je tau tu bentuk Titanic ke tak.

Zul cukup suke dengan helmet. Dulu pegi Bali pun beli helmet gak. Tapi kali ni, dia tak beli. Kat sini helmet ade macam2 bentuk & kaler. Style topi baseball pn ade. Cool. Harge pn tak mahal. VND150,000.00 (MYR30)

Aku beli baju kurung kat kedai depan hotel tu je. Murah jugak. USD20/sepasang. Belum bargain lagi tuh. Aku beli tak banyak. Banyak yang cantik2. Cume ade orang cakap, kualiti kat sini kurang elok. Ade tempat lain yang jual mahal skit tapi kualiti bagus. Kat mata aku, ok je.. Asal murah. Hahahaha.. Kedai MINH COLLECTION tu antara kedai yang paling popular dikalangan pelancong Malaysia. Tapi aku tak pegi. Sbb xjumpe. Lagipun tutup, sebab dah nak cuti umum Vietnam. Mase jumpe tu pun, dah borong dulu. Duit pn dah abis. On the way balik dr jalan2, terjumpe kedai jual beg manik2. Orang kedai tu peramah dan bleh cakap melayu. Beg2 pun murah. Kalau beli banyak, msti lagi murah. Aku beli 2 handbeg utk nenek saudara & mak mentua. USD15.00 untuk 2 buah handbeg. Hmm.. aku telan air liur jelaa..

Pemandangan depan Ben Thanh Market

Dari hotel, jalan kaki skit boleh jumpe Baskin Robbins. My favourite!

Mempelam mahal. VND50,000/pcs (MYR10.00/pcs). Takde sesedap mane pun. Kitorang plak blur, terus je bayar. Dah jalan baru terfikir, mahal gile. Haishh..

Susah nak jumpe kucing / anjing jalanan kat sini. Semua orang bela. Anjing pn comel2 kat sini. Yang tak comel, tak pasti diorg wat pe. Makan ke.. ntah..huhu. Ni kucing-kucing tauke kedai emas depan hotel.

Ho Chi Minh City Hall /
Ho Chi Minh City People's Committee Head Office

Kami jalan kaki dari hotel ke semua tempat kami lawati. Seronok jalan kaki kat sini. Tempat jalan kaki yang proper pun banyak, banyak taman2, pemandangan best dan bersih. Hampir 2KM jugak lah kitorg berjalan. Tapi tak rase penat sangat. Jalan2, terjumpe HCM City Hall. Depan dia ade Rex Hotel. Berhenti sekejap untuk amik gambar. Lepas tu sambung lagi jalan kaki. Target kitorang nak sampai kat Central Post Office & Notre Dame Cathedral. Lepas tu nak pegi Reunification Palace. Plan seterusnya nak lunch kat Hard Rock Cafe.


Orang selalu kate coffee di Vietnam ni sedap gile. Zul dengan selambanya beli coffee kat tepi kaki lima.
Pergh... mmg sedap.. (bagi peminat coffee la..)

Notre Dame Cathedral

Sebelum sampai ke Notre Dame Cathedral kat sebarang jalan, kitorang nampak ade gerai-gerai kecik. Menyesal tak beli coffee sini. Kalau tak, boleh lepak sini. Boleh main2 dengan burung. Best tngok burung banyak2 kat sini. Sekali diorg terbang ramai2, terkejut gak aku. Takut diorg berak atas kepala aku. huhu
Kebanyakan burung lepak kat menara Notre Dame Cathedral. Bile orang kat gerai coffee tu panggil makan, burung-burung tu pun terbang dtg makan.

Burung-burung berterbangan


Note Dame Cathedral dan Diamond Plaza (belakang)

Menara HSBC (antara landmark kat depan Notre Dame Cathedral)



Ho Chi Minh Central Post Office

Seberang je jalan Notre Dame Cathedral, terus kite akan nampak Central Post Office. Aku pelik gak, apasal orang duk suka sangat g post office. Tapi Post Office ni mmg cantik. Sebelum masuk, aku beli dulu barang kraftangan diorg. Padahal bende alah, bersepah jual kat area Ben Thanh. Kat sini gak nak beli. Aku beli kad yang ade bentuk Ben Thanh & Farris Wheel. VND100,000.00/pcs (MYR20.00). Mahal gak.. Tapi fikirkan betapa halusnya seni reka diorg, aku beli lah.. Tapi aku tak rase buatan tangan. Aku rase buatan machine. Mungkin dah ade template. Aku agak jelaa..Sbb setiap kedai jual design yg same je..hihi


Dalam Central Post Office

Bahagian luar Central Post Office

Reunification Palace

Lepas pegi Central Post Office, kitorg sambung jalan kaki nk pegi Reunification Palace. Walaupun cuaca panas, tapi best jalan kaki sebab lalu kat taman-taman. Tak jumpe jugak Reunification Palace ni sebenarnye. Nasib baik aku download application psl Vietnam dlm hp. Lepas tu tanye orang kat situ, tunjuk dia dalam tulisan Vietnam. Baru dia faham..hihi. Kebanyakan orang Vietnam tak boleh bace/cakap English.

Lintas jalan pun bermasalah jugak kat Ho Chi Minh ni. Kereta tak banyak, tapi takde traffic light. Kalau ade pun, mcm takde fungsi je. Nasib baik depan Reunification Palace ni ade polis jaga, bantu kitorg melintas. Lepas tu kitorg beli tiket nak masuk ke Reunification Palace. Tu la masalahnya bile jalan-jalan memandai sendiri tak pakai tour guide. Ape bende exhibit kat sini yang ade, kami tak tau ape citer nye. Kalau ade pun dalam bahasa Vietnam. Sepatah haram tak faham. haha.. amik gambar jela.. Yang pasti, kereta kebal kat depan Reunification Palace tu adalah kereta kebal buatan Russia & China yang merempuh masuk istana masa pergolakan South Vietnam & North Vietnam (Viet Cong). Kereta kebal tu semua Viet Cong punye. Masa  kereta kebal tu masuk gate utama, mase tu la tanda Viet Cong dpt dominate South Vietnam. Start dari hari tu, tak de lagi dah North/South Vietnam.

Nampak gaya macam bilik meeting. Meeting apa, aku kurang pasti

Tempat tidur, tempat rehat.. agaknye la.. hihi

Tempat makan, library, tempat rehat, tempat main mahjung. Betul tak hagak nye?

Pemandangan dari tingkat atas sekali Reunification Palace

Makan-makan

1st day tu malas nak jalan jauh2. Makan je kat depan hotel. Ade kedai makanan halal. Harga mahal sikit. tapi SEDAP!.
2 orang aku VND400,000.00 (MYR80.00). Nasi putih+ayam goreng sambal kicap+udang goreng tepung+sayur campur+air kelapa+air mineral. Pergh.. kenyang & sedap!

Muke masing2 baru mandi. Rambut aku pn tak kering lagi. hihi

Hari kedua masa pegi city tour tu kami pegi makan kat Hard Rock Cafe. Kecik comel je Hard Rock Cafe dia.. tak ramai orang. tapi tak tau lah kalau malam. Mungkin happenning kot..


Hagak2 kalau malam mesti happenning kan?

Makan macaroni & cheese.. huh, mcm dah tak de makanan lain..




Hotel-hotel di area Ben Thanh Market


2 September ni Hari Kemerdekaan Vietnam. Malam2 akan ade fireworks.

Diorg gantung bendera-bendera Vietnam & communist sempena Hari Kemerdekaan Vietnam

Suasana malam di Ho Chi Minh City. Belah kiri tu sebijik mcm Menara Telekom. Haha..

City in the Garden - aku panggil

Zul berangan mcm kat dalam Twilight. hahaha

Diamond Plaza ~ shopping complex kat belakang Notre Dame Cathedral. Tapi tak de shoplot. Just department store je. Branded la tapi.


Ni mase nak balik, kami naik teksi dari hotel ke airport. USD8.00 ke Airport

Pemandangan Airport Ho Chi Minh ~ Tan Son Nhat International Airport

Vacuum Fried Lotus Seed ~ sedap gak!

Ni lah plane AA kami. Comel eh??

2 comments:

  1. Bole tahu cam mana nak book teksi yg usd 70 utk pagi smpi ptg tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ambil di airport je. Ade banyak kaunter tour package/sewa kereta+driver. Boleh bargain. Tu tahun 2012, sekarang xtau cmne

      Delete