Add

Tuesday, October 23, 2012

Macau (20 - 22 October 2012)

Dari Hong Kong ke Macau

Turun dari ferry Turbojet di Macau, lepas lalu imigresen kami terus fikir nak pg ke Ole London Hotel naik teksi. Tengah tunggu2 teksi, banyak plak nmpak bas 3A (yang berhenti kat station Praca de Ponte e Horta). Kitorang pun serba salah, nak naik bas ke.. naik teksi. Naik bas boleh jimat duit lg. hihi.. Last2 kami tunggu la bas. Yang lawaknye kami dah naik bas yg betul dah, tapi tersalah direction plak. Tak pasal2 kene naik bas dua kali.

Di Macau mereka memang akan terima duit HKD$ (1:1). Tapi di Hong Kong duit Macau diorg takkan terima. Tu sebabnya kat Macau kebanyakan tanda harga dalam HKD$. Pendek kate, tak usahlah tukar duit Macau Pataca yee..

Ole London Hotel, Macau

Ole London Hotel, Macau

Sampai je di bus stop tu, jalan kaki sikit terus nampak dah Ole London Hotel. Kami terus check in hotel dan terus mandi & makan. Lepas badan dah segar sikit, kami keluar balik. Kaki sakit lagi sbb banyak sangat jalan dan tak biase jalan lama sambil galas beg berat, tapi malam2 kalau tak keluar rugi plak. Nak jugak tengok suasana malam kat bandar Macau. Kaki & bahu lenguh ni sebijik macam mase pg diving dulu. Dok pikul tank & naik tangga. Adoi..!! Malam tu kami keluar lenggang2 kangkung. Action sikit la sbb tak bawak beg. Haha..

Suasana Senado Square pada waktu malam

Senado Square

Senado Square

Ruins of St. Paul Cathedral
Dari Ole London Hotel, just jalan kaki dlm 10-15 minit ke Senado Square. Tempat ni ala2 Bukit Bintang la.. lepak2, shopping2. Ape yg aku nmpak kat Macau ni, ramai betul orang Filipina. Sampai tahap diorg bukak kedai2 makan, kerja kat sini dan menetap kat sini. Ingat2 aku dengar orang cakap portugis. Tapi rupenye diorg cakap tagalog. Signboard semua kebanyakan dalam bahasa portugis. Setahu aku diorg dijajah Portugis sampai 1999. Lame gak lah. Pegi Senado Square ni sebijik mcm pegi Melaka. Reka bentuk bangunan pn sama. Dari Senado Square ke Ruins of St. Paul Cathedral pn tak jauh. Jalan kaki dalam 5 minit, sampailah. Kat area ade jual2, butik ade, farmasi ade, department store ade, kedai jual cenderahati ade, malah kedai jual daging khinzir salai pun ade..hahaha.. Aku dok berangan tngok Ruins of St. Paul Cathedral tu ade lampu2 colourful macam dalam iklan Visit Macau tu.. tapi xde pun. Lampu oren je.. Cis, kecewa aku.. Lepas tu kami proceed jalan kaki tengok casino-casino.. fuhh lampu lip lap lip lap. Macam kat Las Vegas (macam aku penah pegi Vegas ye tak?)


Nak berjudi tak dak duit.. Bergambar je la eh..haha


Sok paginye tu lepas breakfast dalam bilik dan check out, kami pegi Senado Square & Ruins of St. Paul Cathederal lagi sekali. Saje nak tengok suasana siang plak. Langit cerah tak de awan dan cuaca pun ok. Ingat nak beli t-shirt Macau tapi hampir semua ade gambar Ruins of St. Paul. Ade cross plak tuh..huhu.. yang lain2 tak cantik plak..Ambik2 gambar skit lepas tu terus tahan teksi nak pegi ke The Venetian Resort di Taipa. Nak naik bas, tp tak jumpe mn station dia. huhu..

Kedai permainan dekat dengan hotel. Harga mahal skit lah.. sbb Gundam original. Nak cari China punye tak jumpe plak..

Senado Square di waktu siang




Bahagian belakang Ruins of St. Paul dan Bahagian asal blok St. Paul Cathedral. Tempat ni dulu 2 kali kene kebakaran. Last2 dah tak boleh selamat dah.



Kiri : Polis Macau dan scooter. Sangat comel!
Kanan : Dalam teksi ade tv. Jakun lagi!

Suasana casino pada waktu siang. Tak cantik sbb xde lampu..

Macau Tower
Mula2 plan nak singgah Macau Tower sebelum proceed ke The Venetian. Tp rase2 taxi driver tak faham kot. huhu.. nasib baik die lalu kat situ.. sempat ambik gambar

Kami dah lame buat booking utk stay di Venetian Macao Resort. Beberapa hari sebelum check in, hotel ade hantar invitation untuk Key Express. Boleh pilih masa dari pukul 11 pagi untuk check in. Seronok jugak sampai2 di Venetian Macao Resort dah boleh check in. Takdelah rugi. Sebab pagi2 sok pukul 11 dah kene check out.

Venetian Macao Resort
Cantik gile limosine nih.. bile la nk merasa naik limosine. KLIA limo ade la..haha

Kawasan Main Lobby hotel

Mase check in, receptionist tu ade tanye aku ade bawak kanak-kanak tak. Kalau tak de, boleh terus lalu depan lobby dan naik ke South Suites Tower. Aku tak berapa nak tangkap sebenarnya.  Rupe2nye laluan aku ke lif mmg betul2 laluan utama kat casino. Fuh.. 1st time jejak kaki dalam casino. Open plak tuh. Macam2  ade. Russian roulette ade, black jack ade, slot machine ade, etc. Aku tak pasti Gin Rummy ade ke tak..hahaha.
Exhibition Titanic yang kami tak dapat tengok sbb 25 Oktober baru start.. cisss..


Royale Suite with Cotai Strip View


Bathroom yang tersangat besar. Tapi kurang best sbb paip shower tak sampai kat toilet. Hahaha.. pakai tisu jela ye..


TV ade 2 unit. Senang.. tak de lah berebut2 nak tengok. Dah lah skrang tgh ade Motor GP kat Sepang

Makanan Singaporean & Malaysian pn ade. Nampak ramai jugak yg datang dr Singapore & Malaysia. Yang pasti bukan org melayu la..hihi.. Makanan pun mmg xhalal punye..

Room key + Welcome Photo Voucher + Welcome Drinks Voucher 

Selain tu, diorg ade bagi voucher welcome drinks (pilih beer/softdrinks/juice), voucer amik gambar kat lobby dan voucher discount makan. Bilik die cantik, besar dan view die mmg marvelous! Fikir2 balik, rase2 lagi berbaloi tinggal kat sini dari tinggal kat hotel lain. Hotel yang biase2 pun mahal gak (HKD1000+ per night). Unless nak tido kat hostel la. Kat sini ade provide free shuttle pg Macau City, Airport & Ferry Terminal (Macau & Taipa). Mestilah diorg nak jage kaki-kaki judi kat sini kan..hihi.

Kiri : Motor GP @ Sepang, Tahniah Zulfahmi Khairuddin dpt #2. Walaupun last2 minute kene potong. hik3
Kanan : Adult Movies in the house.. ewww...

Hadiah saguhati dari bos

Cotai Strip View dari bilik kami & kawasan golf putting yang sangat cantik..hihi. Mane plak nak cari putter..




Pusat kanak-kanak. Macam2 ade, macam seronok je nampak. Kalau ade anak boleh lepak sini. MOP100/pax

Swimming Pool, playground dan sand box kat tingkat bawah hotel


Grand Canal Shoppes
Ala-ala mcm kat Genting kan? agak2 sape tiru sape?
Sebenarnya, The Venetian Macao ni ikut konsep sebijik mcm di The Venetian Las Vegas yang berkonsepkan Italian.
Sekarang baru aku tau, Marina Bay Sands, The Venetian, Sands.. semua owned by Sheldon Adelson. Kire dia nak buat Macau ni macam Asian Las Vegas la. Jgn dia wat kat Malaysia sudah..huhu

THE LARGEST DUTY-FREE SHOPPING RANGE IN MACAU

Casino kat bawah hotel


Masa redeem free voucher gambar kat main lobby, diorg mintak kami posing kat depan waterfall. Pastu diorg print segala mak nenek gambar sebesar A4, print gambar kami untuk snow globe dan frame kaca. Siap ade buku lagi. Setahu aku voucher ni utk gambar 4R je.. Sekali dia offer gambar2 tu semua MOP250. Tak mau la kitorang.. bkan cantik sngat printing tu pun. Gambar pn tak brp sharp. Tak pasal amoi yg offer tu buat muke bengang kat kitorg. Sape suruh korang print besar2, snow globe & frame bagai?? Buat rugi kertas & ink je. Haishh..

Kawasan luar Venetian

Dari The Venetian, boleh jalan kaki ke City of Dreams. Kat sana ade The House of Dancing Water. Nampak macam best giler tapi tiket dia boleh tahan. Kami pun x budget nak tengok show. Tapi yang pasti kami missed 2 exhibition. Ice World (abis awal Oct) & Titanic (start 25 Oct). Frust gile... Di Venetian & City of Dreams semua penuh dengan designer boutique dan harga dia murah sikit compare dengan di Malaysia. (Sama macam kat Hong Kong jugaklah...) Tapi yg pasti di Venetian, semua duty-free. Wahhhh.... Boleh shopping di Grand Canal, Cotai Central, Four Season, City of Dreams, etc.


The House of Dancing Water


Hard Rock Cafe Macau


Redeem Welcome Drink voucher. Minum coke je la..

Lepak2 sambil makan Parmesan Fries

Manchester United Experience
Kalau nak beli segala merchandise MU semua ade kat sini. Kat atas kiri tu clearly bukan peminat MU. Hahaha


Malam tu dinner celebrate birthday aku ~ 22 Oktober 2012. Melilau gak nk cari restoran nak lepak. Ade kedai seafood tp mcm tak bleh blah je..huhu.. pork sane pork sini. Last2 lepak kat Italian Restaurant.
Vegetarian Lasagna & Seafood Fettucini Carbonara, dan Hot Brownies with ice cream untuk dessert




Pemandangan Cotai Strip dari bilik kami pada waktu malam

Breakfast makan Mc.D. Ade burger udang..sedaaap..

Public toilet.. Adoi.. kalau aku berkampung kat sini pun xpe kot..Macam best je..

Kesian Zul.. tak dapat tengok Exhibition Titanic


Antara butik2 dekat dengan Four Seasons

Lepas check out, terus simpan beg kat sini. Free of charge. Tak larat dah nak pikul beg tu semua. Baik simpan tenaga untuk petang. Nak jalan jauh lagi.

Portuguese Egg Tart (ala.. mcm la xde kat sini..huhu)

Di The Venetian ade free shuttle untuk ke Macau City, Taipa Ferry Terminal & Macau Ferry Terminal. So kitorg pegi ke ferry terminal naik shuttle jela.. Padanlah banyak je bas Venetian ni aku nampak bandar Macau. Kalau tau ade shuttle dari Macau city, confirm aku naik shuttle je..hihi

Boleh plak emblem Mazda jd camni..haha

Sampai-sampai je kat Taipa Ferry Terminal, aku bagi la booking confirmation. Tetibe plak pakcik kat kaunter cm marah kat kami. Kononnye kami lambat. Dia kate "hurry up!! hurry up!! you are late! U supposed to be here 1 hour before boarding!". Aku cuak la..Boarding patut pukul 4 pm. Aku sampai sane pukul 3.10pm. Ok la tuh?? ape yg lambat sangat?? Ingat aku salah time. Kalut giler pakcik ni. Dah la check boarding pass& passport lame giler.. mcm pruf reading la plak. Check satu2 perkataan.. haish.. Bile dah masuk semua rilek je tunggu ferry. Sebelum naik ferry siap ade sticker kat baju, pass letak kat leher.. haih macam2..huhu


Naik ferry Cotaijet tak umbang-ambing sangat.. Ferry dia pun lagi selesa dari Turbojet. Tapi harge tiket Cotaijet mahal sikit la dari Turbojet.

Sampai je kat Sky Pier HKIA, terus ambik boarding pass & dapat Refund Departure Tax. Yey!! Dapat lah HKD$120 sorang. Lepas tu terus naik shuttle train ke Terminal Gate (Terminal 1). Sampai Terminal 1 plak, ade lagi shuttle train ke setiap gate. Maaak aii.. punye lah besar Chep Lap Kok Airport ni.. Aku nak tengok gate berape flight aku, tak boleh plak sbb flight lambat lagi. Last2 lepak dulu kat Terminal tuh. Seperti biase menghabiskan duit sehingga ke titisan terakhir.

Seronok giler dapat tengok kedai Disneyland. Barang2 semua comel2!! Harge..hmm mcm biaselah..hihi

Kawasan Hong Kong International Airport

Kat board pun dah appear gate # flight kitorg. Lepas naik shuttle ke Gate No. 40, kitorg lepak2 minum coffee. Ade la baki2 duit tinggal beberapa dollar. Kami beli fridge magnet.. HKD48.00. Huh..mahal.. (dah itu je barang harge bwh HKD50.00 yang ade..hihi)


Dalam flight AA, ade makan lagi..hihi

Sebaik sahaja mendarat kat LCCT, mase tu dah pukul 1 pagi. Badan penat, mata mengantuk. Nasib baik dah book Tune Hotel kat LCCT. Harge mahal gak, bilik kecik plak tu, compare Tune Hotel yang lain2, kat LCCT la yang paling kecik skali..huhu.. ape nak buat. nak balik umah malas. Kate receptionist tu, kat situ everyday fully booked. Kalau nak walk in, jangan mimpi la dapat bilik. huhu..

Kesimpulannya trip kami ke Hong Kong & Macau adalah sangat2 best! Hong Kong aku suke public service die. Dari MTR, taxi, mid level escalator, subway for pedestrian hinggalah ke orang-orangnye. Tak kasar & biadab mcm di China. Senang communicate and diorang sangat suke menolong. Aku teringat pengalaman kat China, telefon receptionist hotel, aku cakap english, die tak berapa faham.. terus die letak telefon. Kat Tianjin Railway Station plak, aku tanye orang pekedai psl direction, die terus wat tak layan & tak nak ckp dgn aku. Siap halau2 lagi. Even aku try nak tanye customer kat kedai tu, terus semua gelang2 kepala xnak ckp dgn aku. Kurang asam betul.. tak pela.. pengalaman.. Alhamdulillah Hong Kong & Macau tak seperti yang aku sangkakan. Compare antara Beijing & Hong Kong, kalau ade rezeki, aku prefer repeat Hong Kong dari repeat Beijing. Hihi.. Dòjeh & Joigin Hong Kong & Macau !!

No comments:

Post a Comment