Add

Monday, December 24, 2012

Singapore (December 2012)

Ni merupakan kali kedua aku ke Singapore. Tapi kali ni lebih meriah lagi kerana adik bongsu aku, dan adik2 ipar ikut skali. Seronok..!! Macam biase lah, kami stay di Tune Hotel Danga Bay dan naik bas ke Sentosa Island. Plan asal aku nak book Hard Rock Hotel di Sentosa. Pakej siap sekali dgn tiket Universal Studios Singapore dan breakfast. Tapi disebabkan salah seorang adik ipar aku datang ke JB lewat sehari, jadi kami batalkan book hotel di Sentosa Island. Gather terus di Tune Hotel Danga Bay, senang. Banyak jugak persinggahan kami dari Puchong. Mule2 singgah di Seremban, ambik adik bongsu aku, lepas tu singgah di Pontian untuk ambik adik2 ipar aku plak. Lepas tu baru kami ke Tune Hotel Danga Bay. Lepas check in, kami terus tidur..

Tune Hotel, Danga Bay : RM90++/room/night
Universal Studios Singapore : SGD74.00/pax
Shuttle bus to Sentosa : RM30.00/return/pax
MRT ticket : SGD10.00/pax

Pagi2 lagi seawal 7 pagi, dah ramai orang tunggu kat depan hotel untuk naik bas ke Sentosa yang akan bertolak pukul 7.30 pagi.

Perjalanan kami dari hotel ke Sentosa lame jugak sbb traffic jam. Bas tu pg lalu Woodlands plak..mmg lah jam. Time2 orang nak pg keje plak. Aku tak fhm kenape diorg tak lalu 2nd Link. Sampai je Sentosa, kami terus naik Sentosa Express untuk ke Vivo City. Dari Vivo City, kami naik train di Harbour Front Station untuk ke Marina Bay Sands (Turun di Bayfront Station)

Vivo City

Vivo City

Sentosa Express @ Vivo City


Sentosa Island

Tukar train di Dhoby Ghaut Station (North South Line)


Marina Bay

Marina Bay

Marina Bay



Au Chocolat Cafe
Kami singgah makan snek & minum kat sini. Comel2 betul kek die. Sedap!


Lepas penat gile berjalan kat area Marina Bay, kitorg naik train dari Bayfront dan menghala ke Bugis Station (transit di City Hall). Kami berhenti makan tengahari di Bugis Junction dan shopping kat situ. Mmg heaven gile shopping kat situ! Murah..

Bugis Junction

Sambung plak shopping di Bugis Street

Sebelum balik ke hotel, kami singgah di City Square Plaza di Station Farrer Park (North East Line) sbb adik bongsu aku sibuk sangat nak tengok collection Nerf kat Toys'R'us. Dah abis shopping, kami naik train balik terus ke Harbour Front untuk ke Sentosa Island dan kejar bas kami yg akan bertolak pukul 7.30 ptg.

Hari Kedua, seperti biasa pukul 7 pagi dah terpacak depan hotel untuk naik bas yg bertolak ke Sentosa pukul 7.30 pagi. Sampai je di Universal Studios, tak buang mase dah, kami terus je masuk. Tapi 1st sekali kami singgah shopping di kedai souvenir Universal Studios. Kali ni belajar dari pengalaman, tak mau tanggung2 beli barang. Last time aku pegi U.S.S, nak balik baru beli souvenir, end up ramai giler orang, pastu barang banyak dah abis, saiz baju susah nak cari sebab bnyak yg abis. Kali ni, banyak jugak barang2 baru yg diorg jual. Seronok jugak shopping kat sini..At least harganya tak semahal barang2 kat Legoland.



Sebelum naik boat ride Madagascar


Masing-masing dah basah kuyup sbb kene simbah air mase show Waterworld





Bersiap sedia sebelum naik ride Jurassic Park. Beriya pakai poncho tp kasut basah bertakung air gak..haih

Keringkan baju dulu sebelum teruskan perjalanan. SGD5.00 tu..!

Nachos yg sangat sedap! & Sufi, Haiqal dan Iwan tgh naik ride @ Jurassic Park





Transformers The Ride yang sangat2 best!!!! Datang sini tak main, rugi!!



Late Lunch!



The next day nyer pegi Legoland plak!!


Takde bende yang menarik sangat. Pada pandangan aku, tempat ni mcm makin tak berjaga je. Sesetengah tempat di Miniland tu dah bersawang, beberapa bende kat Miniland tu dah tak berfungsi (tak gerak dah), warna bangunan2 Lego tu pun mcm dah faded. Ni hanya pandangan aku jelah sbb aku bandingkan dgn visit aku ke Legoland yang pertama dulu. Tapi macam mane pun, adik2 aku enjoy jee.. :-D

Pemandangan dari Observation Tower

Lunch @ Pizza Mania
Hahaha.. sebijik mcm dalam game Pizza Mania..Pizza die biase2 je lah.. tak de lah sedap sangat..just oklah.


Tengok bdak2 ni mengata aku "Loser". Sbb tak follow diorg naik roller coaster. Ceh.. dah naik skali dah lah wei..haha

On the way back, kami singgah di Hello Kitty Town, Puteri Harbour plak. Tempat sesuai lah untuk bdak2 kecik, bdak2 perempuan. Antara kartun karakter yg ade, Thomas & Friends, Hello Kitty, Barney, Angelina Ballerina, Bob The Builders dan Pingu. Semua ni sesuai lah untuk baby ~ toddler. Untuk adik bongsu aku dah tak boleh dah. Die tanya aku "kat sini ade roller coaster tak??". Ape aku nak jawab? hahaha..




Sebelum balik ke KL, aku singgah di persinggahan yg terakhir untuk hari ni.
Johor Premium Outlet!!
Banyaklah jugak aku borong..Yang paling best shopping barang2 Coach kat sini. Murah sangat2 dan barang2 die exclusive tak de jual kat butik lain except kat US je. Outdated, outdated la..janji cantik, murah..hihi

Lepak makan ais krim sebelum balik


No comments:

Post a Comment