Add

Saturday, June 15, 2013

London, United Kingdom (9 - 10 June 2013)

Hari ni kami bertolak dr Paris ke UK, melalui Calais dan naik ferry ke UK. Ferry tu sebijik mcm kapal cruise. Bwk kereta & bas skali, parking kat bwh dan kat atas ade restoran, bar, executive club, viewing deck, etc. Mase naik ferry ni aku xsuke..sbb sungguh memabukkan. Walaupun ferry tu besar tp mungkin sbb laut bergelora, ferry tu terumbang-ambing skit.

Dalam ferry dari Calais, France ke Dover, UK



Sampai di London dlm 6.00 pm. Kami diberi pilihan sama ada nak stop di Victoria Station atau di Bayswater. Kami stop di Bayswater (sbb lg dekat dengan hotel) dan naik teksi ke Tune Hotel Paddington. Mula2 tu susah gile nak naik teksi. Mcm2 perangai driver teksi ni. Ade yg berhenti, br kite nak ckp, tetibe driver teksi kate "sorry..too many passanger..". Lepas tu die terus pecut. Bodoh betul... aku nak tahankan utk org lain dulu (4 org je pun). Aku berempat akan tahanlah teksi lain. 1 teksi mane muat 11 org kan?? Lepas tu aku tahan lg satu teksi, die tanye plak "how many bags do you have there?" and I said "5 bags". Lepas tu die xbagi. Die suruh aku naik dgn die & yg lain naik lg satu teksi. Padahal 4 bag besar 1 bag kecik. Teksi yg aku tahankan sebelum tu lg bnyak bag ape aku masukkan. Huh..xfhm aku.. terus aku reject die. Tahan lg satu teksi. Alhamdulillah..ok je, teksi tu accept kami berempat + 5 beg. Macam2 perangai taxi driver kat London nih. Suke hati korang lah.. Tambang £7.20.

Kenangan bersama group Travel Maniac!
dan juga bersama Keith (driver) dan Hani yg dok melayan permintaan aku yg mcm2 kat email..


Bersama Abu Fadzil
Sampai je di Tune Hotel Paddington, kami cepat2 check in, letak bag dan terus tahan teksi utk pg Harrods. Tambang £12.50. Yang kecewanya, sampai2 di Harrods, tutup plaaaakkk!! Kami lupe yg hari Ahad kebanyakan kedai tutup pukul 6 pm. Takpelah dah alang2 sampai di Harrods kami lepaklah lame skit, beli2 souvenir kat kedai2 area tu dan amik2 gambar. Lepas tu terus naik tube ke Oxford Street, konon2nye nak shopping di Primark. Again, kami terlupe pukul 6 pm bnyak kedai dah tutup..huhu.. Melopong je la.. Kami just sambung beli souvenir je la utk saat2 akhir ni. 


Sape nak shopping souvenir last minute, mmg sangat2 sesuai. Kedai2 souvenir semua masih bukak sampai ke malam..

Muke sedih sebab Harrods tutup..huhu







Muke sedih sebab Primark pun dah tutup!


Sebelum balik jalan kaki ke hotel kami dinner di bar restorant di Marble Arch. Kami mkn 2 roasted salmon, tuna pinini, udang, hot chocolate, cafe latte dan 2 Monster energy drink = £36.00. Best sngat lepak kat situ. Free WIFI plak tu. On the way back to hotel, kami singgah lg plak kat Tesco Express kat depan Tune Hotel Paddington. Barang2 makanan kat Tesco mmg betul2 menggeramkan! Kebanyakan coklat2 yg sepeket besar semuanya harge £1-£3. Duit dah semestinya ade utk borong coklat2 yg murah tu semua tp memikirkan bag semua dah penuh dan dah xde tempat dah nak packing. Kami just beli instant coffee, energy drink dan coklat skit2 je. Malam tu di hotel kami packing bag siap2 supaya senang sok paginye nak ke Paddington Station.


Hari terakhir di London, dlm pkul 9 am kami jalan kaki ke Paddington Station utk naik Heathrow Connect (£9.50/pax/single journey) direct trus ke Terminal 4, Heathrow Airport. Sampai di Heathrow Airport agak awal tp kene singgah pg pejabat kastam dulu utk claim tax. Di counter VAT, aku nak claim 6 resit utk claim cash, tp resit pertama tu die advice baik claim tax via credit card sbb amount agak kecik dan xberbaloi bile dah tolak additional fees bile claim by cash. Resit kedua, kami accidently tick "claim via credit card". Resit ketiga plak, kami terpakse post ke kastam Switzerland sbb resit beli brg di Switzerland xbleh claim kat London (bukan negara EU). Patutnye ms mntak cop kat kastam Switzerland tu terus je mintak claim by cash terus..haish..xpelah..delay skit pun xpe. Asalkan dapat. Syukur Alhamdulillah dptlah total claim ±£315.00 (±RM1500). Baik aku simpan je dulu duit pound tu, bile rate pound dah naik baru aku jual balik. Di Terminal 4, Heathrow mmg meriah dgn semua butik2 dan kedai2 duty free yg lain. Seronok jgak klau menghabiskan duit kat situ, barang semua murah2. Nak murah, beli banyak. Contohnya, 3 set Toblerone kecik2 dalam packet besar £12.00, coklat 2 Daim besar £8.00 dan bnyak lg coklat2 lain yg die jual in bulk dgn harge £5.00-£15.00. Di bahagian perfume pun best jgak. Kebetulan ade perfume yg kawan aku kirim~ Elizabeth Arden Sunflower aku jumpe plak kat sini. Aku dpt harge £29.95 sebotol 100ml dan get another 1 free! Mmg rezeki kawan aku tu dpt 2 botol dgn 1 harge. Dalam pukul 3 ptg aku boarding dr London - Abu Dhabi - Kuala Lumpur. Sampai di KL pd 11 Jun 2013, 3 ptg local time.

Kami naik train Heathrow Connect dr Paddington Station ke Heathrown Terminal 4


Etihad Airways

Sebelum aku mengakhiri entry ni aku nak share tips utk travel di Europe dan juga travel bersama Kelana Convoy.

Penginapan
Nasihat aku, sepanjang trip please choose to stay in cabin. Walaupun kene spend £5.00-£20 / pax / night tp sngat2 memudahkan dan membantu kite. Pastikan dah booking awal2 utk stay di cabin, cepat2 form a group of 2 / 4 dan request utk stay in 1 cabin. Kdg2 Kelana Convoy akan assign asing2 perempuan & lelaki. So family & spouses slalu terpisah. Walaupun jd cmtu, bleh je kite tukar sama suke dgn org lain utk stay dgn spouse / family. Cume bnyak keje la..huhu. Cabin di semua campsite setakat ni semua ok tak kire cabin yg ade bathroom / takde bathroom. Very basic tp sngat selesa. Mcm aku, kdg2 lagi suke pakai communal bathroom (sharing bathroom) sbb bathroom di luar lg besar, lg selesa dan hot shower die stabil. Kalau di cabin, bathroom die sempit dan hot shower die x stabil. Bile kite mandi, air tu sekejap sejuk, sekejap panas. Mngkin tu style nye utk save energy kot.

Bagus jugak kalau nak stay dlm khemah. Stay dalam khemah was really fun and adventurous (my dad said "adventurous" is a romantic word for problem) tp kite xbleh duga dgn cuace dan keadaan mase tu. Setakat ni Alhamdulillah kami sekeluarge xde masalah stay dalam khemah tp just an opinion selepas tengok bad experience org lain yg duduk khemah. Walaupun kami travel pd musim panas tp di Eropah bukan semua negara yg panas pd musim panas. Kdg2 kami menghadapi kesukaran jgak bile cuace terlalu sejuk, tanah pun lembap dan sejuk, susah nak tidur.

Di Europe, walaupun musim panas tp kdg2 suhu boleh jatuh sampai 8°c. Belum hujan lg tuh. Contohnye cuace amat sejuk ms di UK, Amsterdam (Holland), Heidelberg (Germany) dan Innsbruck (Austria). Di Italy plak selalu hujan. Semua keadaan xseperti yg kite harapkan. Cuace baik  dan panas plak di France & Switzerland (Swiss yg slalunye org assume sejuk membeku) sampai kami boleh pakai short, t-shirt dan selipar jepun instead of pakai baju 5 lapis, stokin 2 lapis, winter jacket & gloves mcm di negara2 yg lain.

Selain cuace yg kdg2 tak menentu, susah jgak nak duduk khemah bg sape2 yg bukan light traveller. Susah kalau dah bwk baggage yg besar2 dan nak packing dlm khemah. Tips aku, bagus kalau bukak 2 khemah (1 utk tidur & 1 utk letak semua baggage). Serious mmg selesa dan best. Lg best kalau kongsi tidur 4 org 1 khemah. Kurang skit sejuk berbanding tidur berdua. Kalau nak tukar2 baju & packing barang bleh pg kat khemah yg lg satu. Nak lg best pakai extra sleeping bag. Sbb lantai khemah tu mmg sejuk gile mcm marmar tile.

Pastikan khemah tegang supaya xlembap dan air hujan xmasuk. Kalau lepak2 pastikan juga tutup zip khemah tu sbb kalau asyik terbukak khemah tu jadi sangat2 sejuk. Pasang khemah lg mudah berbanding nak dismantle balik khemah. Pasang mungkin dlm 5 minit je tp nak dismantle dan packing khemah mungkin akan ambil mase 15-20 minit especially bile nak gulung dan simpan khemah yg basah. Mau kebas tangan.

Utk family yg bwk baby, warga emas, atau sape2 yg nak bwk parents, bg aku not advisable utk duduk khemah. Seriously. Takut diorg xselesa dan x elok utk kesihatan. Kalau muda2 remaja mcm aku ni boleh, xde masalah. Tapi pendapat aku, tempat yg agak selesa untuk berkhemah, di Amsterdam, Heidelberg dan Innsbruck (terbaik). Sbb kawasan dia lapang, kering dan toilet pun dekat. Kalau hujan pun xde masalah.

Makan
Setakat ni, kalau dgn Kelana Convoy mmg kite xkan kebuluran. Breakfast, dinner, lunch dan free flow hot drink mmg ade. Cume kadang2 je lunch sendiri di luar. Kdg2 kite pun prefer lunch kat luar sbb nak merasa makanan local. Kami sekeluarge pun dah tahap bosan makan nasi kat campsite. Kekadang nak gak makan makanan omputeh.hihi.. Kalau sape2 yg suke kunyah2 bwklah makanan ringan mcm biskut ke, cikedis ke, kacang2 ke.. Tp bg sape2 yg cerewet makan, selera tinggi dan mcm2 pe'el, susahlah join Kelana Convoy. Aku bersyukur kami sekeluarge senang dgn semua makanan yg disediakan. Pasal rase dan kadang2 nasi mentah skit / lembik tu biaselah bile dah bercamping. Kalau nk mkn sedap ikut tekak sendiri, baik duk umah..x usah pg melancong. huhuhu. Nak lebih convenient, bawak tupperware sendiri supaya boleh tapau just in case nk makan kat mn2 (kat khemah ke, kat luar ke..). Sebab makanan pasti berlebih. Dan yang paling penting.. kalau nak lebih selesa, kite bawaklah pinggan mangkuk, sudu garpu dan cawan sendiri. Bukan ape, kadang2 gaya & cara orang lain pinggan, lain2. Kite xrs selesa kalau ade stain, bau yg kurang enak atau ape2 pada perkakas kite, especially cawan. Mangkuk / pinggan ok lagi. Pengalaman aku, aku kurang gemar minum air di campsite. Sbb bile nak minum air masak ke, akan ade bau kurang enak sbb kekadang orang lain basuh kurang bersih. That's why kami selalu lepak minum kat luar / beli di kedai (bottled/canned/paper cup). huhu.. Krew Kelana Convoy pun kekadang tegur kami, kalau nak lepak2 minum, datanglah lepak di khemah masak. Free flow tea, coffee & hot chocolate..hihi.. heaven kaan..

Keselamatan
Bile pg trip ke Europe, mmg xlari dr menggunakan public transport dan berjalan dalam bandar. So kene hati2 especially dgn penyeluk saku. Antara langkah terbaik adalah simpan passport & IC di tempat yg berlainan. Sekurang2nye kalau passport hilang, IC kite masih ade utk pg embassy. Lg satu asing2kan duit dan jangan letak semua jumlah duit di satu tempat. Mcm Zul (husband aku), die letak wallet & passport semua kat poket dlm backpack. Cash money dlm poket plak hanye €50 utk makan/beli souvenir. Kalau perlu keluarkan duit bnyak br die akan keluarkan. Setakat ni Alhamdulillah, xde sebarang kejadian buruk yg terjadi pada kami. Tp malang tak berbau, kami bersimpati pada beberapa family yg mengalami kejadian pick pocket.. Hilang cash money, passport, etc. Alhamdulillah, Kelana Convoy mmg ade person incharge untuk bawa kite ke pejabat kedutaan untuk menguruskan hal ini. So, nasihat aku, kalau ape2 buruk yg jadi mase tour ke Europe, jgn bimbang..semua masalah pasti dapat diselesaikan. Yang penting kite tetap juga kene enjoy.. :-)

Shopping
Di London, kalau ade budget lebih, masa peluang jgn lupe untuk shopping Bicester Village. Kalau join tour Conquest of Europe (Kelana Convoy), jgn lupe allocate budget untuk shopping di Barberino Designer Outlet, Italy. Please take note business hour di London. Hari Ahad kebanyakan kedai tutup petang. Kalau nak selamat, shopping waktu siang. Barang2 souvenir murah boleh beli di sepanjang Oxford Street / Bond Street (dekat2 je). Di sini mudah sbb tempat tengah2 dan tempat tumpuan (bnyak tube station & dekat dgn Marble Arch). Aku jalan kaki je dari hotel ke Oxford Street. Kalau rajin nak berjalan + naik tube boleh juga shopping di Bayswater dan Camden Market. Aku tak pergi situ sbb jauh.

Mase Europe tour jgn bnyak sangat beli coklat di Belgium (Belgian Chocolate Factory). Sbb susah nak travel, takut cair. Di Switzerland juga boleh beli coklat bnyak2. Kalau dah last minute, beli je coklat di supermarket (Tesco atau lain2). Sangat2 murah!! Tak payah buang duit beli coklat / makanan yg lain di kedai2 souvenir / kedai coklat. Sape2 yg shopping barang2 designer label (LV, Gucci, Burberry, etc), brg2 exclusive (swiss watch, Swarovski, etc) dan brg2 lain yg melayakkan diri untuk claim VAT, jgn lupe simpan semua resit in 1 place. Make sure isi borang awal2. Kalau beli di Switzerland make sure siap2 claim di kastam Switzerland. Negara2 EU yg lain boleh claim di mana2 last departure (Heathrow, Gatwick, Leonardo Da Vinci, Charles De Gaulle atau mane2 airport negara EU yg lain). Please take note, kalau claim tax by cash, akan ade caj. Nak senang claim by credit card tp akan ambil mase yg agak lame dan bnyak kawan2 aku xdpt pun tax tu bile claim by credit card..huhu.. Make sure, sampai je di airport, terus claim VAT dulu. Letak borang2 yg telah diisi & barang yg kite beli tu siap2 untuk declare di kaunter. Dah claim VAT baru check in bag.

Belanje2 optional yg excluded dlm pakej Kelana Convoy
Bagi aku information dalam website Kelana Convoy mmg kurang lengkap terutama sekali jumlah perbelanjaan excursion & public transport. Bg aku bnde2 tu penting dan majority org xkan lepaskan peluang. Cume segelintir org yg terpakse menolak sbb kekurangan duit dan xberitahu terlebih dahulu. So bwk duit extra atau allocate €200 / pax khas utk excursion sahaja. Sekurang2nya ade budget kalau ade bnde menarik yg xmngkin kite lepaskan. Duit extra xpe. Jgn xckup. Tp aku suggest jgn naik cruise di Amsterdam & Paris. Buang duit dan buang masa. Mase yg diperuntukan dah lah limited, so buat ape buang mase. Baik abiskan mase explore tempat tu sepuas2nya atau lepak makan. Bg aku xberbaloi klau naik river cruise.Xde bende yg aku boleh tngok dan amik gambar klau naik cruise. Kene plak tepi2 sungai penuh pokok, susah gak nak capture ape2. Tp sape yg nak relax2, duk naik cruise pun bleh...xde mslah. Ni saranan aku je la..sbb aku menyesal naik cruise. huhu.. dan jgn lupe allocate duit utk toilet & hot shower. Bayar masuk toilet antara €0.50 (di tempat2 awam), €0.70 (di highway, dpt voucher €0.50) hingga €1.50 (kat Venice dan setakat ni yg paling mahal). Hot shower di negara2 sejuk plak standard €1.00/5 minutes. Klau di Switzerland 1/2 swiss franc/5 minutes. Contohnye di Amsterdam, Germany, Austria dan Switzerland. Hot shower free di Italy & France.

Selain tu, rajin2 lah buat research di mana-mana blog (contohnye blog saya..hihi) untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti2 tambahan yang memerlukan kite keluar duit. Supaya kite tak ketinggalan untuk melawat tempat2 menarik. Kene selalu survey harge excursion kekadang berubah (selalunye makin naik harge..hihi).

Cmne pun, saya berbangga dapat join Kelana Convoy sbb sudah semestinye kami menjelajah tempat2 yg jarang orang2 lain / travel agency pergi. Kebanyakan travel agency yg lain di Malaysia hanya akan pergi ke tempat tumpuan pelancong / yg popular sahaja. Tp kami berpeluang melawat tempat2 mungkin org lain tak pegi. Selain itu, kami sendiri merasai pengalaman sebenar jadi orang tempatan. Bercakap dalam bahasa tempatan, makan makanan tempatan, naik public transport, bace map, fhm & mengenali line setiap train, jalan kaki ke tempat2 menarik dan banyak lg. Rase2nye kalau berpeluang ke Europe lagi, Insya Allah boleh survive pegi sendiri. Dengan Kelana Convoy, kite bukan hanya melancong. Tapi mengembara & menjelajah!

Harap info ni semua membantu. Lepas ni mungkin akan bercuti sekejap dr mengembara..(xbleh nak janji..hahaha). Insya Allah, akan dtg, ke Tanah Suci, Eastern Europe & Spain.. But not so soon.. Amin... Till then, so long & farewell.

Paris, France (6 - 9 June 2013)

Hari keempat, kami check out dan teruskan perjalanan ke Paris, France. Perjalanan ambil mase dalam 10 jam. On the way tu kami singgah di border Switzerland-France utk dptkan cop kastam Switzerland pd borang tax refund / tax exemption. Borang tu nnti kite bwk ke airport / last departure utk dptkan tax refund. Sampai di campsite Paris Est pkul 9 mlm. Tp masih terang benderang lg. Kami dpt cabin yg sngat2 best! Ade patio kat depan siap dgn garden chair, ade tv, ade bathroom, 2 bilik, kitchen cabinet, dan lain2 peralatan masak dan keperluan lain. Ala2 mcm cabin kat Venice. Mmg penginapan yg paling best stakat ni. Kami stay di Paris 4 hari 3 malam. Dinner malam tu makan mee kari, kitorg bwk balik makan kat cabin. Seronok makan kat patio. Malam tu kitorg lepak2 tngok movie, sambung external hard disk kat tv.

Cabin di Paris. Sangat2 best!

Bengong kan Syaq amik gambar sambil buang air..caaaiittt..!


Gaya mesti over..

Hari ketiga di Paris kami menghabiskan mase di kota Paris (kenape org tak kate bandar Paris eh??). Destinasi yg pertama adalah ke Avenue des Champs Elysees. Ini adalah jalan utama di Paris. Kalau ade ape2 official events diorg akan buat kat sini (i.e independence day, pertabalan, etc). Selain tu, sepanjang jalan ni kite boleh nmpak bnyak designer butik dan cafe2. Kat depan sekali kite bleh nmpak Arch de Triomphe. Arch de Triomph ni bina oleh Napoleon sempena meraikan kemenangan mereka menakluki Eropah. Tempat die betul2 kat tengah2 roundabout. Roundabout tu plak ade 11 exit..Sape2 nak mencube nasib silelah masuk roundabout ni. Sediakan wasiat siap2. Yang best, kat tepi dekat dgn exit tu ade safety line warne biru. Kalau accident berlaku diluar line biru tu, insurans takkan cover.




Arch de Triomphe


  
Lepas amik2 gambar kat Arch de Triomphe, kami shopping di Louis Vuitton. Mmg betul kate org, harge kat sane mmg murah dari Malaysia. (RM300-RM2000 cheaper). Senarai harge boleh check dlm website Louis Vuitton (pilih French utk harge dlm Euro). Mmg itulah harge yg diorg jual. Plus, dapat refund tax. Aku dpt claim tax LV total €152.00. Peerghhh...seronok! Selain beli LV, kalau dtg Paris jgn lupe makan macaroon especially di Laduree. Diorg claimed diorg yg invent macaroon dan jual premium macaroon. Kite makan je la..hihi. Kami singgah lepak minum2 dan makan macaroon di Laduree. Total bill dlm €50+ utk hot chocolate, cafe latte, coke, english breakfast tea, 4 macaroon dine in dan 8 macaroon packed dlm gift box utk take away.

Kete kat belakang tu boleh test drive.. 89 Euro untuk 20 minit.haha

Seronok ape yg diidam dah dapat. Syukuuurr.. bagus diorg nih susun g LV pagi2. So tak ramai org. Kalau tak mesti beratur. Pastikan bawak passport kalau nak beli LV ok!
  

Kalau nak senang, plan dulu awal2 ape nak beli kat LV, sampai sane terus order. Sbb LV tu 5 tingkat, nak round makan mase, lepas tu seorang sales person mmg akan entertain 1 customer je. So kene rebut sales person dulu..haha.. Lepas beli boleh round tempat lain plak.


Lepas shopping, lepak minum makan macaroon di Laduree


Sambil menunggu.. servis yg agak lambat sbb waitress tu blur2..hihi





Lepas shopping LV dan lepak Laduree, kami terus pg Opera. Dalam novel / teater The Phantom of the Opera, kat situlah lokasi teater opera tu, konon2nye. Berdekatan dgn Opera, kami melawat pusat pembuatan perfume, Fragonard. Fragonard ni sebenarnye tempat artis2 hollywood design masing2 punye fragrance. Dah lame lepas tu Fragonard buat fragrance label die. Tp mmg sngat2 exclusive, xde iklan, xde bnyak outlet yg jual fragrance Fragonard. Bg diorg, diorg xperlu bazir duit utk marketing which is most of companies will spent more than 70% only for marketing. Sbb Fragonard sendiri adelah pusat designer2 terkemuka mencipta fragrance diorg. Contohnye Chanel, Christian Dior, Gucci, David Beckham, Madonna dan banyak lg. Pendapat aku Fragonard ni kire mcm consultant dan r&d utk sape2 nak buat fragrance la..Perfume Fragonard ade murah & mahal. Yang the best adalah beli yg dalam aluminium. Tahan matahari, kedap udara, etc. Tahan 8 tahun. Kalau dalam botol kace boleh tahan dalam 1-2 tahun je. Harge semua affordable. Ade macam2 product. Sabun, aroma therapy, lilin, perfume, cologne, body spray, deodorant, miniature set, etc. Kalau beli banyak akan dapat discount lg.


Muzium Perfume Fragonard
Keluar je dari Fragonard, ade sorang chinese ni jual keychain Eiffel Tower. 50 pcs = €5.00 !! Beli pun sorok2 sbb ade polis tngok lepas tu halau org tu. Polis tu bg warning, jg2 takut org tu seluk saku. Sempat jgaklah aku seludup sebungkus dua keychain tu. Lepas tu aku berlari2 ke Gallery La Fayatte utk singgah ke butik Longchamp sekejap. Bas lagi 30 minit nak gerak. Tak smpai 2 minit aku dah pilih handbag mane yg aku nak beli..huhu..shopping paling pantas..harge Longchamp di Paris pun murah jgak. Contohnye harge Le Pliage (Long handle) €85, Longchamp Cuir (Leather + strap) €290. Bleh check harge dlm website Longchamp (French for price in Euro). Tapi masalahnye shopping kat Gallery La Fayette ni, ade kaunter lain utk dptkan borang tax refund. Longchamp xbg plak borang tu. Kene amik borang / bleh claim cash terus di kaunter tax refund di LV. Aku dah xsempat nak pg amik borang tax refund sbb bas dah nak gerak. Last2 Zul & Syaqirah pg tolong amik kan. Aku terpisah dgn diorg sekejap. Diorg bleh naik bas yg akan gerak lewat 30 minit. Sayang nak lepaskan tax refund tu. Nak dekat €50.00 jgak la dpt refund. Mase lunch time aku jumpe balik dgn Zul dan Syaqirah di Pompidou.



Musee du Louvre / Louvre Museum. Besar & panjang gile.. kalau nak go through semua art collection, akan ambil masa 8 bulan nak abis. Gile... Potret Mona Lisa pun ade kat dalam ni. Tp tak berbaloi kot nak bayar & masuk semata-mata nak tengok potret Mona Lisa. Potret tu kecik je. Dah tu bukan real plak tu. Replika je. Katenye yg real simpan underground.












Galeries Lafayette

Sampai di Pompidou, kami mkn lunch di Pizza Hut. Area situ jd tumpuan ramai org jgak. Ala2 mcm Central Market, KL. Ade pusat seni, org basking, org jual2 utk charity dan bnyak lg. Ms aku pg tu diorg ade buat jual2 sempena perlindungan haiwan. Diorg ade jual makanan2 vegan (kebanyakannya diperbuat drpd kacang soya). Bnyak jgak diorg bg free tester. Sedap! Rs mcm daging / ayam tp bukan diperbuat drpd daging / ayam. Bnyak jgak diorg protes, tayangkan video, gambar, bg flyers psl ujian ke atas haiwan especially utk barang2 kosmetik / penggunaan bulu2 haiwan utk clothing, dan lain2. Tak sanggup aku nak tngok semua tu..sedih.. Area sini bnyak jual souvenir yg murah2 wlaupun fixed price. Tak murah sngat tp sekurang2nye murah dr kedai2 di Eiffel Tower. Kami sngat2 menyesal xborong sakan kat sini.



Orang tgh promote vegan food
Last destination yg kami pegi arini adalah Ba Teaux Parisian utk tengok Eiffel Tower. Kat situ kami naik river cruise sepanjang River Seine. Boleh nampak semua iconic building di Paris. Sebelum balik, kami sambung shopping souvenir di area Eiffel Tower. Harge mahal skit, xbanyak variety dan xbnyak kedai. Ade lah org kulit hitam jual keychain & miniature Eiffel Tower. Murah gak lah. boleh bargain.

Kesian Zul.. sakit kaki

Dalam river cruise yg agak membosankan






Cuaca tak berape best.. gambar pun xberape cantik.. maklumlah pakai camera hp je


Eiffel Tower dalam pembinaan untuk buat platform kat tengah2






Pkul 9.00 pm br balik ke campsite. Malam tu dinner nasi ayam hainan. Sedap.. kenyang.. Alhamdulillah.. Malam tu packing2 brg utk balik ke London. Beg pun sudah beranak satu. huhu..

Hari semalam (7 June 2013) kami pg Disneyland Paris. Walaupun kami ni semua dah tua bangka, tapi kami enjoy jgaklah pg Disneyland. Kami tak naik satu pun rides tp kami tngok show, ambik gambar, makan2, shopping2, tngok parade je..tu pun xckup masa dari 10 pagi - 8 malam. Teruk betul kitorg nih..hahaha.. Malam tu balik campsite, dinner yg disediakan ~ BBQ. Best...makan smbil tngok movie.

Harge children lain, youth lain, adult lain.. yg Euro 0.00 tu special case..hihi



Sampai je di Disneyland, breakfast dulu.. lapar..









Ade nampak Neuswanschtein Castle tak?


















Punye susah nak cari tempat makan.. bukan mslah makanan tapi nak tempat yang cantik..hihi


Lunch kat concept restaurant. Cantik..









Stunt show yg tak berape nak stunt. huhu

Tak rugi menunggu parade pukul 4.00 pm. Kitorg suke jerit name watak2 diorg nih. Diorg mesti akan pandang, lambai2, bg flying kiss.. Dtg watak tak berape kenal..xtau nak panggil ape, kitorg terus blur..haha









Semua dok obses beli topi..hahaha..