Add

Monday, October 28, 2013

Birthday Treat @ Perhentian Island (23 - 25 October 2013)

Assalamualaikum semua.. sebelum aku mulakan next entry, ni nak bagitau.. Alhamdulillah, tax refund dah dikreditkan dlm Citibank credit card aku. Masa di Europe pada bulan Jun yg lepas, aku dapat refund RM170 (CHF50.00++) masa beli swiss watch aritu dan RM40 (£8.00) masa beli Michael Kors di Bicester Village dan 150 euro (RM600.00++) dari Longchamp.

22 Oktober 2013 adalah birthday aku yang ke 29 tahun (Jujur gile nih pi bgtau kat orang). Dah tua2 pun masih sambut birthday eh? Bagus ape kalau amalkan sambut hari jadi bersama keluarga. Sekurang-kurangnya ade gak sebab untuk berkumpul bersama keluarga. Bila birthday mak ayah nenek ke (atau inlaws), selalu keluarga aku akan buat makan-makan atau pun pg holiday. Seronok ape.. Wish aku sempena birthday aku pada tahun ini, aku doakan aku dikurniakan kesihatan yg baik dan kebahagiaan.. Amin..

Pada asalnya husband aku (Zul) nak ajak aku sorang je pegi melarikan diri ke Phuket atau Pulau Perhentian. Pastu die tukar fikiran, lagi meriah kalau ajak the whole family pg sana. Zul mmg selalu busy, susah nak uruskan holiday, so die serahkan semuanya kepada aku untuk uruskan. Actually selalunye mmg gitu pun. Aku jadi COO, Zul jadi CFO. ;) Lepas survey2 hotel dan pengangkutan, ni summary nye:

Return Flight (KL - Kota Bharu) : RM78/pax (Air Asia)
Accommodation : Perhentian Island Resort RM559/pax (Termasuk penginapan 3 hari 2 malam di Semi Suite, 2 breakfast, 2 lunches, 2 dinner, return airport transfer dan return boat transfer)
Snorkeling : RM40/pax
Boat schedule : Jeti Kuala Besut - Perhentian Island Resort (11.00 pagi)
Perhentian Island Resort - Jeti Kuala Besut (12.00 tgh)

TOTAL : RM677 per person (Return flight + penginapan di Semi Suite + makan pagi, tengahari, malam + snorkeling trip to 4 places + gear + return airport transfer + return boat transfer)

Last time aku pg Perhentian Island utk diving dulu aku stay di Maya chalet. Selesa tp just average je la. Tapi Zul & mak aku nak tempat yg ok mcm resort / hotel. Selesa utk lepak2. Banyak tempat yang aku survey. Antara hotel/resort yg cun :

Tuna Bay Island Resort (Perhentian Besar)
Bubu Long Beach Resort (Perhentian Kecil)
Perhentian Island Resort (Perhentian Besar)

Pilihan pertama kami adalah Tuna Bay Island Resort (Perhentian Besar). Ia menjadi pilihan pertama kami sbb resort ni dapat rating yg sangat tinggi dalam Tripadvisor dan ranked as #1 of all hotel in Perhentian Besar, walaupun ia bukan resort yg terbesar kat situ. Selain die nombor 1 kat Tripadvisor, kami prefer tempat ni sbb kami assume senang nak makan, pantai yang cantik dan happening.

Untuk pilihan yang kedua pula, kami prefer stay di Bubu Long Beach Resort (Perhentian Kecil) sbb resort die sangat2 cantik dan ranked as #1 of all hotel in Perhentian Kecil di Tripadvisor. Tapi takde rezeki kami nk stay sini, sbb diorg dah start tutup dari 15 Oktober sampai Februari tahun depan. Selalu diorg tutup sbb monsoon dan mase tu lah diorg nak renovation/maintenance. Kalau di Bubu Long Beach, pakej termasuk makan, aktiviti, bilik, boat dalam RM600/pax utk 3 hari 2 malam di bilik superior. Agak mahal utk superior room tp sangat2 cantik.

Untuk pilihan yang ketiga pula, kami pilih Perhentian Island Resort (Perhentian Besar). Resort ini terletak di private beach dan agak terpencil berbanding dgn resort & hotel lain. Facilities di resort ni juga lengkap. Ade swimming pool, lounge, restaurant, tennis court, etc. Lepas bincang2 dgn my parents, diorg prefer duk sini sbb ade swimming pool.. especially untuk adik bongsu aku..hik3. Lagi pun pakej tu dah siap bilik, makan, boat, airport transfer semua.. so senang, tak payah nak pening kepala.

Please take note, di Pulau Perhentian takde ATM machine & sesetengah resort / chalet tidak menjual minuman keras.. hihi.. Kalau di bulan Oktober, aku agak risau bile cakap psl monsoon ni. Cuaca sekarang tak menentu. Takut jugak bulan Oktober dah terus musim hujan.. :( tp ade gak aku bace artikel ni di Utusan Melayu yg mengatakan diving pada Oktober adalah yg paling terbaik sbb air laut berada pada tahap paling jernih. Meh aku quote skit :

"Hakikatnya, tidak ramai yang masuk ke pulau di antara bulan Oktober hingga November. Biasanya ketika itu, pantai berpasir putih dan halus seperti di Pulau Perhentian, Redang dan Tioman hanya dipenuhi pelancong asing. Hal ini berlaku kerana ramai beranggapan bahawa laut sudah mula bergelora dan agak berbahaya untuk perjalanan menaiki bot. Padahal musim tengkujuh di pantai timur hanya bermula pada November. 

Jika anda salah seorang daripada mereka yang masih belum berpuas hati melihat keindahan dasar laut pada tahun ini, bulan selam terakhir itu tidak harus dilepaskan. Bukan itu sahaja, selaman pada bulan itu juga mungkin menjadi selaman terbaik pada tahun ini kerana air laut berada pada tahap paling jernih. 

Tempoh pertukaran arus laut sebelum musim tengkujuh di Pantai Timur dikatakan memberi kejernihan air yang luar biasa. Bagi penyelam, jarak penglihatan antara 20 hingga 30 meter bukan sesuatu yang mudah diperolehi. Ia bukan sekadar omongan tetapi penulis sendiri pernah menyaksikan kejernihan seperti itu semasa menyelam di Pulau Perhentian Kecil, Terengganu, pertengahan tahun lalu."

Artikel Penuh: DI SINI © Utusan Melayu (M) Bhd.

Sememangnya ini memang bukan omongan kosong. Alhamdulillah, sepanjang kami berada di Pulau Perhentian, cuaca mmg tersangat baik dan cantik. Memang agak berisiko kot2 hujan, tp kami bernasib baik. Jangan lupa check tarikh sebelum merancang bercuti ke pulau di Pantai Timur OK! :)

Family aku bertolak dari Seremban naik kereta dan parking di LCCT. Sbb kos byr parking lg murah dr naik teksi..hihi.. Aku plak mcm biase naik moto dari Puchong ke LCCT. Tawakal je supaya tak hujan! Dua hari sebelum bertolak ade plak insiden di mana aku baru perasan aku tersalah masukkan nama adik bongsu aku. Termasukkan nama adik aku yg sorang lagi ~ dia tak pergi pun! Last minute, terpakselah aku beli tiket lain. Terbang jugak duit sbb harga tiket dah tak murah sangat.. huhu

1st of all nak mintak maaf gambar tak berapa lawa sbb amik pakai hp je :-)

Flight dr KL - Kota Bharu
 
Baru sampai. Zul excited gile sbb 1st time sampai Kelantan. Pastu die die hard fan TRW plak tuh..


Turun je dari pesawat, kami dah nampak driver Perhentian Island Resort tunggu di arrival hall dengan signboard nama husband aku. Kami terus naik van dari airport Kota Bharu ke jeti Kuala Besut. Perjalanan dari airport ke jeti hujan renyai2, tak lebat sangat. Sampai je di jeti Kuala Besut, kami daftar di office dan terus naik boat awal skit dari yang dijadualkan. Perjalanan mula2 ok sbb dah tak berapa hujan. Tengah2 perjalanan, hujan lebat plak sampai boatman pun dah tak berapa nampak. Cuak gak bile boatman pun tanya "ade GPS tak?". Rupa2nya die pun ade GPS cume lambat skit dapat reception. Maklumlah boatman pun muda lagi, kurang berpengalaman nak tengok arah kalau dalam keadaan hujan / pemandangan tak jelas. Sambil tengok2 GPS, kami pun sampai la di Perhentian Island Resort. Dugaan yang kami hadapi tu terlalu sedikit kalau dibandingkan dengan nelayan-nelayan yang cari rezeki tengah laut yang bergelora. Sekurang-kurangnya laut tak bergelora sangat ms tu. Kami boleh lagi lah ketawa-ketawa walaupun basah kuyup.

Masing-masing smart lagi sbb belum basah kuyup. hihi
 

Masing-masing dah basah kuyup! Baru sampai di jeti Perhentian Island Resort
Jeti Perhentian Island Resort
Sampai2 je, hotel terus sediakan towel & welcome drink (hot lemon tea). Nyamaaan..



Semi Suite


Bilik kami betul2 depan pantai







Zul sedang study sbb ade test. huhu



Swimming pool pun ade kalau tak mau mandi laut. Tapi serius rugi kalau tak mandi laut!

Anak penyu yang kami jumpe di depan The Reef Chalet ms kami cari boatman untuk snorkeling trip


Di reception resort - On the way nak pegi dinner

Cafe tempat kami makan sepanjang penginapan kami

Nak lepak2 kat sini pun boleh.. :-)


Perhentian Island Resort ni punya facilities mmg lengkap walaupun resort die nampak lama. Lagipun sekarang dah nak hampir tutup sbb monsoon. Katenye next week semua pulau tutup untuk renovation & monsoon. Mula-mula sampai kami terpesona dengan pemandangan indah pantai yang jernih. Walaupun tak sejernih seperti yang sepatutnya (sbb dah musim tengkujuh) tp kami tetap enjoy, ikan pun banyak. Alhamdulillah hari kedua & ketiga cuaca sangat2 baik. Awal pagi je hujan sekejap. Sepanjang hari lepas tu panas terik. Pelancong2 pun dah ramai berjemur ~ sun bath..hihi. Kat resort ni banyak tupai. Kat mana2 ade tupai. Jinak jugak..bagi je makanan mesti diorg datang..

Penah jugak sekali tu tupai2 ni datang approach kat verandah bilik abah aku. Sbb abah aku buat teh utk minum2 petang. Keluar2 je tupai2 ni kat atas meja sibuk nak cari makanan..hihi











Zul, Syaq dgn abah di depan bilik kami






Budak ni tak puas2 main pasir  & mandi laut.. sampai tanned dah

Tak pasti ikan ape. Nak kate swordfish, kurus2 plak. Bile tengahari2 je, ikan2 ni banyak di jeti. 

Pantai tetap cantik walaupun selalu hujan..

Laluan dari Perhentian Island Resort ke chalet2 yang lain sepanjang pantai. Kebanyakan orang akan stay di chalet lain dan mandi di pantai depan Perhentian Island Resort sbb pantainya lebar, luas dan tak berbatu. Mmg selamat untuk kanak-kanak jugak!

Sunset

Pemandangan dari laluan chalet2 lain di Pulau Perhentian Besar

Pagi2 lagi abah dah excited nak pegi snorkeling



Di depan resort ni la kami snorkeling dan berenang sekali dgn penyu! Turtle Bay dekat dan depan tu jugak Turtle Point! Banyak boat yang bawak org snorkeling berhenti kat depan tu utk tengok penyu.






Siap gak sand castle Haiqal. hahaha

Di sini kami selalu jumpe ikan2 yang cantik. Mmg tak rugi stay di Perhentian Island Resort sbb depan resort je pun dah boleh snorkeling

Haiqal snorkeling bersama ikan2 yang cantik







Kalau di pantai lain, agak berbatu2

Pantai di depan Perhentian Island Resort ni luas, lebar & tak berbatu. Mmg best!


Dalam pakej yang kami ambil, dah termasuk makan breakfast, lunch dan dinner. Makanan2 die plak semua best2. Breakfast je buffet, yang lain2 semua pilih menu. 3-4 course meal. Ade spagetti, steak, stew, nasi, fish & chip dan banyak lagi. Setiap kali makan, diorg akan bagi lain-lain menu. Mmg berat aku naik lepas balik dari Perhentian. Hahaha



Breakfast buffet (kuih2 dan dessert)

Toast, croissant, rolls, etc



Salad & soup





Mula2 kami tak ambil pun snorkeling pakej + penginapan sbb takut cuaca tak mengizinkan dan pertukaran plan saat2 akhir. So kami ambil pakej makan+penginapan je. Aku approach reception counter untuk book snorkeling trip. Tp malangnya diorg dah stop snorkeling trip buat masa ini sbb dah nak monsoon. Dan memandangkan kami pun tak book, so diorg pun tak prepare untuk kami punye snorkeling trip. Last2 sekali, kami round2 kat chalet2 berdekatan untuk cari mana2 chalet yang ade offer snorkeling trip. Alhamdulillah kami jumpe orang di The Reef Chalets dan boleh buat snorkeling trip (RM40/pax) untuk esoknya. Asalkan cuaca ok, boatman pun ok :-)

Antara snorkeling spot kami di Teluk KK (coral & ikan2 cantik), Shark Point (coral & white tip shark), Small Island (soft coral, sea cucumber, clown fish), Turtle Point (anak penyu & mak penyu...hihi.. ~ tempat die depan resort kami je..)

Contact detail The Reef Chalet (snorkeling trip)

Kesian Zul tinggal di resort.. nak study katenye dan die kurang minat dgn aktiviti air.. :-)

Pagi2 pukul 9.00 pagi confirm dgn boatman (Encik Sabri) dan pukul 10.00 pagi die terus jemput kami di jetty. Zul dan Auntie Noor tinggal di resort dan kami berlima je pegi snorkeling..





Sebelum start snorkeling, boatman singgah sekejap beli roti untuk bagi makan ikan2.. hihi

Mak tengah seronok bagi ikan2 makan




Ikan2 di snorkeling spot ~ Teluk KK



Abah berangan bawak boat





Bye-Bye.. hihi

Ms ni berhenti sekejap di Pulau Perhentian Kecil, drop mak, abah & Haiqal sekejap. Lepas tu aku & Syaq sambung snorkeling tengok clownfish (Nemo)


Sempat lagi abah membeli belah beli pisang goreng, keropok lekor, biskut & air..

Di pantai Pulau Perhentian Kecil

Mak tengah lepak sekejap




Di malam hari plak kami tak ade apa2 aktiviti. Ingatkan ade la lounge ke, karaoke ke.. Mmg la.. tengah low season, tak ramai orang..huhu.. So kami lepak je dalam bilik, minum2, sembang2 dan main Monopoly..


Ni pun aktiviti tak de keje..






Hari last tu, boat kami bertolak dari resort ke jeti Kuala Besut pukul 12.00 tengahari. Pagi tu kami habiskan masa main bola tampar. Haiqal plak sambung snorkeling.. Dalam pukul 11.30 pagi staff resort tu datang bilik masing untuk collect bag untuk masuk dalam boat. Syukurlah hari ni pun cuaca ok, tak delah kami balik ke Kuala Besut basah kuyup..hihi





Perjalanan balik dari Perhentian Island Resort ke Kuala Besut




Jeti Kuala Besut

Dari jeti Kuala Besut transportation untuk ke airport Kota Bharu dah ready. On the way ke airport kami singgah sekejap shopping2 keropok & buah tangan. Di airport, ms lepak di KFC kami terjumpe plak mat salleh (French) yang sama2 stay di resort & naik boat sama. Anak bujang die belajar kat UniKL. Sambil2 tu holiday kat Perhentian. Die ingat aku orang New Zealand sbb aku dok pakai t-shirt New Zealand setiap kali pg makan.. hahaha.. Sembang2 punya la lama. Pasal politik la.. pasal ekonomi la.. pasal sejarah la.. pasal travel la.. Last2 sangkut plak.. Dia bagi name card plak ajak contact-mengcontact.. hihi.. Insya Allah ade mase aku contact balik.. Die berminat nak ke Sipadan Island katenye.. nnti boleh lah aku kongsi2 info..
Maka berakhirlah trip aku sekeluarga ke Pulau Perhentian (Besar). Bagi aku, banyak pengalaman yang baru dan menarik. Salah satunya, naik boat berhujan ribut di tengah2 laut dan berenang dengan penyu di depan resort kami. Perhentian Island Resort bukan resort yang superb tp bagi aku agak sempurna bagi orang yang nakkan keselesaan, kelengkapan dan pantai yang cantik. Pengangkutan, makan dan boat semuanya telah diuruskan oleh resort. Pekerja2 di chalet2 lain pun kate, pantai paling cantik adalah pantai di Perhentian Island Resort. My parents mmg nak sangat repeat trip ke Perhentian Island dan stay di Perhentian Island Resort juga tp kene pegi bulan Mei - Julai. Masa tu air laut lagi cantik! Insya Allah..

No comments:

Post a Comment