Add

Wednesday, January 1, 2014

Happy 6th Anniversary ~ Hard Rock Hotel Penang

Pada 1 Disember 2007, aku selamat diijabkabulkan sebagai isteri kepada Mohd Zulfakar. 1 Disember 2013 genaplah 6 tahun kami berkahwin dan lebih 11 tahun kami bersahabat..hihi.. Alhamdulillah, syukur di atas segala limpahan kebahagian dan keselesaan hidup kami suami isteri. Setiap tahun kami akan celebrate ulangtahun perkahwinan kami, tak kire di rumah, di kampung atau bercuti di mana-mana.. Namenye mmg laki bini kaki merayap. haha..

Tahun ni takde surprise.. Kami memang dah lame merancang untuk ke Penang untuk melawat sahabat baik yg bertugas di sana. Alang2 tu bolehlah celebrate sekali anniversary kami. Tempahan hotel suami dah uruskan. Aku cuma uruskan tempahan tiket kapal terbang je. Mase ni harga tiket flight Air Asia murah jgak, dalam RM40.00, tambahan pula boleh lah aku pakai voucher Air Asia RM50.00 yg aku dapat mase buat survey dulu.

Sampai je di airport Penang, syukurlah sahabat kami tu free dapat jemput kami, lepas tu die pinjamkan kereta. Senanglah nak round2 dalam Penang. Sebelum ke hotel, singgah dulu makan lunch Mee Goreng Sotong kat tepi laut. Mmg sedap..

Aku bukan penggemar sotong. Tapi diorg serve mee goreng dengan sambal sotong kering, mmg sedap!

Lepas lunch, kami terus ke hotel untuk check in. Bilik belum ready lagi, so kami round2 dulu sambil minum welcome drinks yg disediakan

Antara hiasan2 di lobi Hard Rock Hotel. Kebanyakannye gambar The Beatles.

John Lennon

George Harrison

Paul McCartney

Ringo Starr


Tangan mmg xbleh duk diam. Semua bende nak diusik..haha

Bestnye lepak dengan swimming pool kat kerusi ni..letak kat umah pun best jugak nih


Ray Charles!! I really adore him very much! Tp having him in my bathroom, hmm.. mcm pelik la plak..


Haaaaaa... ade gak surprise kek sempena anniversary.. sweeeett!

Awesome lagoon deluxe room pool access concept!!

I wish I could stay here longer

Towel untuk mandi di swimming pool & daily pass utk mandi di swimming pool


Mmg satu hari tak pegi mane dah.. just rileks je, tenangkan fikiran. Konon2 nak pegi Bukit Bendera la.. pegi pantai Batu Feringgi la,  pegi makan di tempat2 best di Penang la..round2 Penang semua tinggal jadi mimpi je..hahaha. Lewat petang kami dah nak kene jemput kawan kami balik dari keje lepas tu nak lepak makan. Nak lepak makan kat mane, takde idea lagi..






Comelnye gambar gitar kat bantal!


Lagi The Beatles!

Sekitar lobi hotel dan lounge








Kami cukup suke lampu2 ni kat pintu depan hotel ni.. tukar2 kaler..tp sakit tengkuk la menengoknye..hihi




Selambe je jalan2 pakai selipar hotel. Malas nak pakai kasut


Masing2 pun malas nak lepak kat luar. Baik lepak kat Hard Rock Cafe boleh tengok live band!!

Makanan pun sangat best! My favourite quesadillas pun ade.

Comel kan sahabat kami ni? Masih single..huahuahua.. sapa berkenan boleh calling2

Live band kat sini mmg best gile! Mestilah best kan.. kat Hard Rock Cafe kalau live band xbest mmg tak patutla..



Selfie dikala mata dah mengantuk..

Abis makan dan tengok live band dalam pukul 1 lebih, sambung plak sembang2 kat bilik, depan swimming pool. Owh romantik sungguh diorg berdua nih


Breakfast yg sangat heaven!!

Pagi ni hujan jee.. tak dapatlah nak pegi mana2.. konon2 nk mandi laut, hmm.. mandi swimming pool jela


Kalau bwk kanak2 kat sini mmg seronok




Tak tau kenape aku posing diri tegak gitu

Deretan bilik Lagoon Deluxe Room (pool access)







Hari ni abiskan mase mandi kolam, pilates dan bergurau senda bersama suami.. ;p




Sebelum balik, sempat lagi lepak kat lounge, minum Ice Mint Tea & makan banana split

Dari hari mula kami sampai husband aku dok sebut Hydro Hotel, Hydro Hotel.. (sbb die kaki layan drama LU Mr. Arrogant). Sampai kitorg bahan die, bawak die pegi hotel tu..sibuk sangat nak pegi kan..parking dengan lobi, tak nak masuk plak..hahaha

Sebelum kami dihantar ke airport, kami melayan dulu perut yang lapar. Pegi Penang, orang kate banyak makanan2 best ade tp kami just makan sushi je..hihi.. Tekak masing2 tgh gile sushi.
Sekian, percutian kami yang singkat tp amat2 bermakna di Pulau Pinang.. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada sahabat kami kerana sudi menjemput, menghantar kami, pinjamkan kereta dan luangkan masa dengan kami. Sampai tahap die ambik half day pada hari terakhir kami kat sane..hihi. Syukur kami juga sempat luangkan masa, sbb tak lama lepas kami ke sana, kawan kami ni bertukar ke Seremban, Negeri Sembilan plak..hmm.. mmg rezeki la, nasib baik kami sempat jalan2 di Penang..hihi

5 comments:

  1. Happy 6th Anniversary....!!!!!! Semoga kekal ceria dan bahagia :D
    Seronok sambut anniversary even kat rumah atau mana jer.. Pi Hard Rock Cafe Penang tu.. memang terbaik la huhuhu :D

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/royal-belum-part1-calling-from.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Afif... Insya Allah.. Amin. Sekali sekala nk merasa..hihi

      Delete
    2. Betul tu tak salah nak merasa pun .. yg penting ejoy and happy :D

      Delete
  2. Assalam sis..menarik plk tgok percutian ni..brp bajet ye..maaf tny..dh lama gak tpikir nk ke situ..celebrate anniversary n birthday skali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. ms ni tiket flight ade promo.. dalam RM40 kot pegi balik.. Bilik hotel kalau dalam Agoda.com dalam RM693+/malam (Deluxe lagoon room)

      Delete