Add

Thursday, June 2, 2016

Perth, Australia (June 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Dah lame gile tak update blog. Start ade baby terus hilang minat nak update blog. Blog psl baby pun dah malas nak update. Nak buat mcm mane, dah takde mase nak update. Kalau nak mengadap handphone selalu confirm kene jeling dengan husband selalu hihihi.. apetah lagi mengadap laptop selalu. Ingat nak start la balik update blog skit2, sebab sekarang pun blog entry tak sekerap dulu. Travel pun mungkin 2-3 kali je setahun, tak macam dulu sampai hampir setiap bulan travel. Nak patah jari update blog / edit gambar. Untuk entry kali ni, aku update ringkas jela ye. Sbb cerita dah basi..huhu.. gambar2 pun banyak dah hilang. Trip2 sebelum ni pun ade yang aku tak simpan gambar, sbb pakai hp lame. Mane tah simpan gambar2 semua.

Balik2 Perth.. Balik2 Perth hahaha.. mcm dah takde tempat lain nak pegi..hihi..

Flight ticket

Flight ticket ke Perth ni sebenarnya aku beli pada tahun 2014. Mase tu masih mengandungkan Danish Ilham. Mmg niat nak bawak anak pegi jalan2. Tapi tak berani jauh2 sampai naik flight 8-10 jam. So pegi Perth jela sebab dekat dalam 5 jam je. Lagi pun lebih kepada nak try praktis bawak baby travel je. Mase tu beli ticket flight je dulu. Tak masukkan lagi infant. Yela tarikh lahir die pun tak tau lagi..hihihi.. Masukkan infant kemudian pun tak pe. Seat mase ni tak beli hot seat pun. Sebab fikir dekat dan nak jimat. Mase ni family mentua nak ikut sekali ke Perth. Oklah, the more the merrier. Aku tak share detail sangat sebab semua tempat aku dah pegi banyak kali. Cuma pegi lagi sekali bersama si kecil je. Utk lebih detail, boleh tengok di sini :

Perth, West Australia (Summer 2013)


DAY 1 - Caversham Wildlife Park
DAY 2 - Fremantle, E-Shed Market
DAY 3 - CBD

Car Rental - Ace Car Rental (Toyota Corolla)
Penginapan - Seashells Scarborough (AUD482 / 3nights)

What to bring

Persediaan yang penting semestinya untuk anak kecik tersayang. Aku kene pastikan semua kelengkapan ada supaya semua berjalan dgn lancar.

PAKAIAN - Mase aku Perth ni, winter tp tak sejuk sangat. Setakat 15 darjah celsius ke atas. Jaket, baju sejuk, legging, stokin, gloves, topi semua kene bawak.

UBAT - Aku stand by sekali ubat demam, ubat batuk, ubat selsema, alat penyedut hingus, minyak telon, krim herba Tropika, calamine lotion, nixoderm dan handyplast.

MAKANAN & SUSU- Mase ni anak masih umur 10 bulan, so aku just bawak biskut baby dan nestum je. Walaupun kat rumah aku ade masakkan bubur, tp bile travel, aku bg nestum je. Mudah sikit. Nak bawak puri dalam botol/paket pun mudah. Aku bawak jugak flask besar dan kecik. Satu dalam bag dan satu lagi tinggal di hotel. Formula ade dalam bekas dan juga dispenser.

TRAVEL SYSTEM - Mase sewa kereta di Perth aku sewa sekali baby car seat. Selain tu, aku bawak jugak stroller dan baby carrier. Mase ni aku menyesal jugak bawak stroller sbb susah sikit nak angkut sana-sini. Baby carrier pun dah cukup dan mudah dah. Anak lebih mudah tidur dalam carrier especially bile ade bau ibu die. Tp mudah juga ade stroller bile jalan jauh dan tempat yang mudah untuk stroller.

TOYS - Kene bawak jugak toys untuk hilangkan bosan.

Kami sewa 2 buah kereta. Sebab MPV dah fully booked

Seashells Scarborough - Apartment yang serba lengkap. Sekali dengan basement parking. Kebetulan ade offer dalam website, Stay 3 nights, Pay 2 nights!

Pemandangan di balcony apartment. Cantik gile.. Ombak tinggi.. Cuaca pun best je..

Kemudahan yang serba lengkap. Washer machine dan dryer pun ade. Mmg balik rumah tak payah basuh baju dah.. Seronok!




Danish Ilham dengan atuk dan nenek





Tengok tu.. tangan tak boleh duduk diam..hihi





Aku mmg tak boleh tahan diri bile pegi supermarket huhuhu.. I want them all!!



Toys bertambah

Dalam bag mmg ade stand by flask kecik, botol susu, formula, kain lap.. Dah mcm poket doraemon dah bag mommy. Semua ade..












No comments:

Post a Comment