Add

Sunday, June 5, 2016

Yogyakarta, Indoesia (April 2016)

Setiap kali Air Asia buat promotion, aku mesti nak tengok dalam website. Sampai tahap tak tau nak pegi mane dah. Hampir semua destinasi impian dalam route Air Asia, dah tercapai. Masalah sekarang tiket murah sangat ni tapi tak tau nak pegi mane. Ruginye tak beli. Last2 decide nak pegi Yogyakarta. Teringin nak pegi tengok Candi Borobudur. Husband aku ikutkan je sebab die pun dah tak de idea nak pegi mane. Mase tu tahun 2015, beli lah jugak walaupun lagi setahun tiketnye. Mase nak travel tu, masing2 mcm tak mood sebab terpakse. huhu.. Tiket dah beli, tapi badan penat baru balik dari macam2 event. Family day office kat Melaka la, balik kampung la.. Takkan nak cancel. Yang bersemangat, si budak kecik sorang ni je.. Sentiasa bertenaga dan excited bile mom & dad nak bawak jalan2.

Return ticket : Air Asia RM76.92/seorang
Infant : RM50.00/sehala
Penginapan : Grand Quality Hotel (4 star) RM261.60 (3 hari 2 malam)
Sewa kereta & driver : IDR800,000.00 (2 hari) (Website : www.borobudursunrise.net)
Package tiket masuk Candi Borobudur dan Candi Prambanan : USD30.00/seorang untuk 2 hari


Day 1 - Arrival, Candi Prambanan dan city tour (Jalan Malioboro)
Day 2 - Gunung Merapi, Candi Borobudur dan Universitas Gadjah Mada
Day 3 - Departure

Tour kali ni mmg nak rileks2 je. Tak nak banyak sangat aktiviti. Sebab mmg nak rehatkan diri dan kesian kat budak kecik ni. Dah lah cuaca tengah panas. Just nak free and easy je.

Suke sangat tengok muka sendiri kat passport


Sampai di airport, driver jemput dan terus bawak kami lunch. Lunch bayar sendiri, tak includes sebab aku sewa kereta & driver sahaja.

Candi Prambanan. Panas oiii..





Jalan Malioboro. Kami terus shopping buah tangan kat sini. Murah jugak lah. T-shirt sehelai dari IDR15,000.00/sehelai.




Banyak2 kedai, nak jugak masuk kedai ni.. Kedai favourite aku. Tapi aku ragu2 dengan baju2 die. Macam tiruan plak. Design yang aku tak pernah nampak dan kain yang tak berkualiti.

Dah abis shopping kami check in hotel. Tak rugi aku pilih hotel ni. Besar, mewah dan murah.




First time rase kueh tradisional Yogyakarata ~ Bakpia. Mula2 aku main beli je.. Sedap gak lah. Ade banyak gile brand. Tak tau yang mane sedap.

Hasil kajian aku, ni lah antara bakpia yang paling sedap.. Tapi Bakpia Kurnia Sari tu mahal sikit, dalam IDR40,000.00. Yang lain2 tu dalam IDR15,000.00 - IDR30,000.00.

Disebabkan banyak sangat makan bakpia kat Yogyakarta dan Malaysia aku mengalami kenaikan berat badan yang mendadak. Baru aku perasan, bakpia ni buat dari minyak sapi. Padanlah sedap. huhu

Malam pertama tu malas nak keluar cari makanan. Kami makan di hotel je. Murah je.. Tak lebih dari RM60.00 pun.

Hari Kedua tu mula2 pegi gunung merapi dulu. Tak naik jeep pun. Just sewa motor. Sejuk je cuaca kat sini. Banyak sangat awan, tak nampak pun puncak gunung. Mula2 je nampak. Naik atas tu tak de ape sangat pun just bekas2 lava je.



Lepak minum teh.. Budak kecik ni nak makan pisang

Lepas pegi Gunung Merapi, kami terus ke Candi Borobudur. Dalam tu kalau nak naik tram kene bayar lg tapi murah jela. Tak de penat jalan kaki.


Mendaki tangga ni.. Fuuhh..!

Pemandangan dari atas Candi Borobudur







Tengah hari kite lunch kat sini. Sedap gile. Dapat husband makan ikan gurami. Aku confuse sikit ikan talapia dengan gurami ni. Mcm same je.


Sebelum balik ke hotel, kami singgah jalan2 kat Universitas Gadjah Mada. Besar kawasan die. Sambil2 tu sembang dengan driver, katenye kos belajar kat universiti sini mahal gile berbanding dengan pendapatan yang mereka dapat. Kalau pandai sekali pun, bukannya ada biasiswa.

Sebelum balik ke hotel, driver tu recommend beli ayam goreng Suharti. Katenye sedap dan resepinye special. Husband mmg pantang bab2 makan ni. Mesti nak try. Kami belilah bungkus buat makan malam kat hotel. Mmg sedaplah.. Anak aku pun suke dok mengunyah. Yang buat aku terkejut, die bagi dengan kepala2 ayam sekali. Mmg menjerit la aku..huhu.. Orang jenis tak penah siang ayam mentah mmg camtu. haha

 
Dah bersiap nak check out..

Aku suke stay kat Grand Quality Hotel ni. Selain harga yang murah (mungkin sbb insider promo kat Agoda), lokasi die dekat dengan airport, Carrefour, kedai makan dan kedai2 Bakpia. Hari last tu, kami nak borong lagi bakpia, kami jalan kaki je sepanjang deret hotel tu. Bakpia Kurnia Sari pun ade. Cume jauh sikit tp bolehlah jalan kaki. Walaupun dah beli kat situ, sampai airport masih lagi tambah bakpia, sbb tak cukup nak bagi buah tangan. Harga bakpia di airport sangat mahal. Hampir double harga die. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan seronok. Husband pun suke pg Yogyakarta. Rindu dengan ikan gurami dan ayam goreng Suharti katenye. ;p

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
    (pakej lain sila whatsapp)

    Day 1
    ● Tebing breksi
    ● Kotagede (kilang silver & chocolate)
    ● Sandboarding Parangkusumo
    ● Parangtritis beach
    ● Manding (leather arts)
    ● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

    Day 2
    ● Merapi lava tour (sunrise)
    ● Borobudur temple
    ● Kalibiru

    Day 3
    ● Timang beach
    ● Cave tubing pindul
    ● Pinus Forest
    ● Bukit bintang

    Day 4
    ● Drop off to airport

    Harga bermula dari:
    RM 602 (ALL IN)*
    RM 452 (exclude hotel)*

    *kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
    * kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal

    Pakej termasuk
    ● Private kereta / van AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
    ● Pick up & drop off airport
    ● Hotel *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
    ● Supir / Pemandu
    ● Makan supir
    ● Parking
    ● Semua entrance fees sesuai itinerary (include Borobudur entrance fee $25 (Rp 325.000)
    ● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
    ● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
    ● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
    ● Air mineral
    ● Insurance

    Exclude:
    ● Flight Ticket
    ● Airport taxes
    ● Gondola ride bilamana pergi timang
    ● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
    ● Menu tambahan untuk dinner / lunch
    ● Tips untuk driver (seikhlasnya)

    Note:
    Harga dapat berubah setiap masa
    Harga tidak berlaku bagi high season

    >>> Untuk pakej pelancongan jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
    >>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
    >>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

    Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.


    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb



    #jogja #yogyakarta #jogjakarta #pelanconganjogja #percutianjogja #pakejpelanconganjogja #pakejpercutianjogja #4d3njogja

    ReplyDelete