Add

Tuesday, December 11, 2018

Bali, Indonesia (October 2018)



Awal tahun family mentua plan nk pegi jalan-jalan memandangkan mase tu ade promosi tiket Air Asia dan Malaysia Airline. Banyak gile tiket murah tapi kami tak pasti nak bercuti ke mana. Kami mencadangkan family mentua pegi Bali sebab diorang dah biasa ke Indonesia. Cume di Bali ni budaya die sangat2 berbeza berbanding dengan wilayah2 lain di Indonesia. Kami laki bini pun dah ke Bali dalam 4 kali tak silap.. Tapi masih seronok dan sentiasa rasa nak ke sana lagi. Last2 family pun setuju book tiket ke Bali. Tiket Air Asia mmg murah gile. Tak silap RM200+/return bergantung kepada tarikh. Tapi akhirnya terpakse book Malaysia Airline sebab lebih murah dan mmg nak tarikh yang specific dan Air Asia punye tiket utk tarikh yang sama mahal plak. Ni ringkasan untuk perbelanjaan dan aktiviti trip ke Bali:

Return flight ticket : RM399/person
4 days Tour : RM500/person (including entrance ticket, tips, van + drive/guide, drinking water)
Deva Villa Bali : RM1590/4 days 3 nights/6 rooms private villa (through Agoda)

Family datang KL tp tak dpt nak entertain diorg stay kat rumah sebab masih dalam proses packing nak pindah rumah. Rumah baru plak belum abis setting/bersihkan. So untuk memudahkan family beramai2 ke airport, kami booked Orange Hotel di Kota Warisan. Murah je! RM80+/night. Ade airport shuttle plak tu. (RM9/pax atau RM50/van). Dekat je kalau nak ke airport, dalam 5-10 minit.

Masa check in boleh book van dulu. Awal pagi tu terus naik shuttle ke airport. Lepas check in baggage, kitorang lepak2 jap sebelum boarding. Flight kami tak delay. Tapi delay masa nak mendarat plak. Terpakse berlegar2 di ruang udara 1 jam.. Gile tak.. hahaha.. first time aku dengar. Sebab ade lawatan VVIP, delegasi2 antarabangsa ke Bali sempena Annual Meetings of the International Monetary Fund (IMF) and the World Bank Group (WBG). So kene bagi laluan pd diorang mendarat dulu. Haih.. Tak pelah kalau cmtu, boleh sambung tido.

Sampai di airport Ngurah Rai, Bali pun queue kat imigresen & kastam punye panjang. Cume nasib baik kami dengan anak dan ade mak abah mentua berumur lebih 60 tahun. So dapat masuk priority lane. Tp sama gak. Kat luar tetap kene tunggu adik2 ipar yg single beratur panjang plak hahaha..

Masa ni demam. Pastu pakai baju semalam huhu

First time cousins ni bercuti bersama <3

Hmm.. No comment





Tak komen kat sini tapi aku dah bg komen pd survey Malaysia Airlines email hari tu. "Baaaiiikkkkkk" punye komen



Kami terpakse berlegar2 di udara nak dekat 1 jam sebab kunjungan vvip ni la kot



Punyelah ramai orang mase ni


Dah sampai airport terus disambut oleh Komang dan Budi, kami punye drive/tour guide. Sebelum ni Komang yg bawak kami jalan2 bali melalui tour agent. Tp sekarang kami privately hire diorg utk bawak kitorang jalan2 Bali. Lebih personalize, private, xde orang tengah, murah dan layanan first class. Destinasi pertama kami ke Jimbaran untuk makan malam. Memandangkan dah lewat touch down, tak dapatlah tengok sunset di Jimbaran. Masa sampai di Jimbaran pun hampir gelap. Makan malam yang sangat best! Seafood yg marvelous. Lepas tu adelah surprise birthday celebration untuk mak mentua. Ade cake & bunga.. <3 






Happy birthday mak!!



Aku tak berapa suke air kelapa tapi sebab die bagi sorang satu, terpakselah aku abiskan



Selepas selesai makan malam, kami terus ke Deva Villa Bali, Kerobokan. Sampai2 di villa ade orang sambut. Namanya Ketut. Sangat2 peramah, baik & rajin. Die dan beberapa orang staff mmg jaga dan maintain villa tu. Villa ni mmg tersangat besar sampai tahap menakutkan pun ada sbb ade 6 bilik dan setiap bilik ade private bathroom, bathtub & toilet. Ade satu bilik yang tak digunakan sebab berlebih utk kami sepuluh orang. Pastu ada swimming pool, dapur, bilik karaoke dan lebih 4 living hall. Kalau nak datang2 buat party mmg sangat2 sesuai. Sampai2 terus rase air swiming pool. Suam2, mungkin sebab lately siang2 panas terik. Terus kitorang terjun dalam kolam. Seronok gile.. Perjalanan yang memenatkan tp bile dapat berendam dalam air suam mmg best.

Breakfast halal disediakan dan diletakkan siap2 di dapur. Hari pertama makan nasi goreng, hari kedua makan mee goreng + telur mata, hari ketiga makan omelette & sosej. Oklah juga. Asalkan dapat alas perut. Water dispenser Aqua mmg dah sedia ada untuk air panas & sejuk. Perkakas2 masak/hidang makanan semua ada. Ambil je dalam kabinet dapur.

Sebelum kami keluar villa untuk tour, kami pesan kat housekeeper (Ketut) untuk arrange tukang urut, manicure & pedicure dtg malam selepas balik dari tour. Seronoklah mak abah, ipar semua kene urut. Sebelum balik sempat jugak buat rawatan kuku tepi swimming pool. Yang penting semua in private, tak perlu ke salon :)




Aku terpakse memberanikan diri pegi toilet tengah2 malam. Gile tak takut, dah lah tempat shower open air
















Karaoke time!! Tapi masing2 dah penat balik dari tour. Tak larat nak karaoke haha..








Tengok Barongan Dance





Selepas tengok Barongan Dance, terus ke Kintamani makan lunch








Cuzzy's love!




Di Tirta Empul Temple, penuh dah pelancong datang termasuklah rombongan delegasi IMF - WBG. Tapi yang untungnye, ade persembahan special utk menyambut kedatangan diorang. So kami pun join sekali.






Tarian Pahlawan

Excited budak kecik tengok balinese warrior


Di Tirta Empul ni kebanyakan orang datang melawat untuk mandi suci dan untuk membersihkan diri daripada dosa. Yang seronoknye, mat salleh pun beriya tumpang beratur mandi



Kat atas tu rumah bekas Presiden Indonesia - Sukarno dibuat pada tahun 1954 sebagai rumah rehat

Strike a pose!












Tegalalang Rice Terrace




Tak silap mase singgah di Ubud. Besar jugak bandar die. Busy mcm Kuta.




Makan bebek di Ubud!! Mase ni lagi sekali kami terlepas sunset! huhuhu.. lame sangat shopping kot. Tempat makan ni cantik gile cume sayang tak sempat sampai sebelum sunset. Makanan yang sedap dan pemandangan yang cantik, tepi sawah mengadap tasik. Diorang bagi plak tempat duduk kat gazebo mmg best.











Mine is bebek gorang tepung! Best!



Free wifi is everywhere



Dessert - Bubur pulut hitam, ais krim dan strawberry

Next day tu kami ke Tanah Lot. Mase ni hari Ahad, takut orang ramai. So kami bertolak awal2 pagi terus ke Tanah Lot. Pagi2 pun best, cuaca cantik, pemandangan cantik, orang pun tak berapa ramai.














Pantang ade ular, mesti aku nk bergambar dengan ular. Husband aku cukup tak suke haha tapi pasrah je ikut bini haha











Singgah ke Kuta.. ke Ground Zero. Bali Bombing Memorial pada 12 October 2002. Kebetulan plak serentak dengan trip kitorang, ulang tahun ke 16. Banyak orang tinggalkan jambangan bunga dan ucapan2 daripada kawan & keluarga mangsa. Sedih gile bace. Suami kepada isteri, parents kpd anak, etc. 





Sementara tunggu petang, kami luangkan masa mandi di Pandawa Beach. Sewa tempat duduk (sooo cheap), lepak tengok anak mandi pasir, mandi kat pantai, sambil minum air kelapa dan makan jajan.
























Ni Melasti Beach, berdekatan dengan Pandawa Beach. Cantik gile..






Lepas penat mandi laut, terus ke Uluwatu untuk tengok Kecak Dance.












Amboi budak belakang tu makan biskut tak beringat!


Datang Bali, jangan miss tengok Kecak Dance! Wajib!









Hari ni budak kecik ni extra penat, so tido awal..





Pagi2 dah bangun nak mandi swimming pool. Mommy geram je nak mandi tapi malas nak basuh rambut, so mommy tengok jela ye




Awal2 pagi, Ketut dah hantar breakfast & bersihkan dapur :)





Malam lepas balik dari tour, ade tukang urut datang tp hanya lelaki. So abah dan adik ipar pegi berurut dulu. Yang tukang urut perempuan datang pagi esoknye.. Sekali dengan manicure & pedicure.









Sebelum ke airport, kami singgah makan lunch dulu

Selain makan lunch, kitorang singgah beli pai susu dan beli souvenir.

Saying goodbye to Budi, our kind driver/tour guide



Haish ade je budak kecik ni nak beli. Letih nak layan


Overall, trip kali sangat2 happening sebab rombongan kami ramai, dapat villa yang best! (thanks to hubby), tour package yang sangat2 best.. Tempat2 makan yang cantik, sedap, exclusive, flexible boleh deal ape saje dengan diorang. Terima kasih sangat2 sbb arrange untuk birthday mak mentua. Trip kali ni kami hanya fokus kepada tempat pelancongan yang utama je. (Kintamani, Tanah Lot, Tirta Empul, Temple, Uluwatu, Kecak Dance, Pandawa Beach). Selepas beberapa kali ke Bali, kitorang dah pilih beberapa tempat yg ok utk kami sekeluarga. Tak terkejar2 sangat, rilek, free & easy. Million thanks to Budi and Komang for arranging everything for all of us. Definitely will come to Bali for the fifth time!!

2 comments:

  1. thanks to both of you... this trip is the best for me and my family.. first time trip oversea yesza... sangat gembira, kalau boleh nak bercuti lagi ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome udin <3 ade rezeki kite holiday lagi!

      Delete