Add

Tuesday, October 8, 2019

Explore Kansai : Kuala Lumpur - Osaka, Japan (Autumn 2019)


Dah lama tak berebut-rebut book ticket flight kat website Air Asia. Kene plak tengah-tengah ade promotion, pastu time gaji plak, mmg tepat lah timing :)  Tapi niat di hati lama dah teringin nak ke Sapporo, Japan tp susah betul nak dapat offer Air Asia. Tokyo/Osaka je selalu ade tiket murah :( Ade jugak tiket flight ke Sapporo murah tapi bulan Mei - Julai.. (Musim panas).. Aku nak pegi Disember - Februari 2019 huhu.. Memang takde rezeki la.. Last2 beli je tiket ke Osaka (September 2019). Cume kali ni nak explore lebih skit.

Senarai perbelanjaan (setiap seorang)

Return flight ticket : RM829.00
Penginapan : RM2162.00 (6 hari, 2 rooms Airbnb apartment, 4 mins walk, 300 m to Tsukenkaku Tower)
Icoca : 200 yen refundable deposit + 5050 yen
3 days Kansai Area Pass : 5300 yen
2 days Osaka Amazing Pass : 3600 yen
Shinkansen (Bullet train) : 1420 yen
Locker : 700 yen/setiap satu

This time bawak mak pegi jalan-jalan. Yeayy... loveeeee

Beberapa bulan sebelum bertolak, adik aku tolong belikan Kansai Area Pass di H.I.S. Travel di Bukit Bintang dan Osaka Amazing Pass di OMW Solution di Seri Kembangan. Lebih mudah kalau beli awal2, sebab tak payah dah nk cari kaunter JR, redeem voucher. Beli di sini terus dapat pass dan boleh terus pakai. Malah boleh dapat harga yang lebih murah. Lebih2 lagi kali ni bawak anak dan mak, malas nk buang2 masa / tenaga cari2 kaunter. Kalau boleh settle di Malaysia, kasi settle terus.

Sila pastikan berbaloi sebelum beli Osaka Amazing Pass. Gerak awal dan kalau boleh pergilah ke mana-mana tumpuan pelancong. Memang boleh jimat banyak untuk tiket masuk. Kebanyakannya percuma !

Osaka Amazing Pass, Kansai Area Pass dan voucher shopping di Mega Don Quijote
Beli Brahim's sikit kat shoppee, lebih murah, senang pilih, delivery cepat. Tapi end up banyak makan kat restaurant/beli kat luar hihi

Merajuk sekejap sebab frust tokpa tak ikut sekali pegi Osaka.. hihi.. Selamba die je duduk situ




Nasib baik ada auntie Syaqirah... sepanjang trip ni die suka betul duduk dengan auntie Syaq. Sangat-sangat behave plak tu. Mommy just perhati je dari jauh.. Thanks Syaq





Haih.. memang terbaiklah makan dalam Air Asia. Cheese cake sedap gile!

Flight bertolak tengah hari, so kenelah sewa in flight entertainment utk Danish Ilham, takut die rase bosan. Last time pegi Hong Kong die complaint kenapa dalam flight tak de tv kat belakang seat? huhu.. Sebab sebelum tu pegi Bali naik Malaysia Airlines, tu yg die seronok dok tengok movie dalam flight.

Syukur alhamdulillah Danish Ilham fully occupied sepanjang perjalanan. Die main Lego, tidur, tengok movie. Mommy yang tak berapa sihat plak.. tetibe mabuk teruk. Tak pernah2 dalam sejarah..hahaha.. sampai 3-4 kali muntah. Ciss

Sampai ke Kansai International Airport (KIX) dalam pukul 9.45 pm. Dari KIX, terus ke kaunter beli ICOCA (4500 yen + 500 yen deposit) dan kami terus ke Ebisucho Station. Mula2 naik Rapid Nankai ke Tengachaya Station (36 min), pastu naik metro Sakaisuji ke Ebisucho Station (4 min). Dari Ebisucho Station, kami terlupe nak ikut exit yang berdekatan dengan apartment. Terpakse jalan jauh sikit. Padahal exit 5 sebelah pintu je bangunan apartment tu.

Antara alternatif lain nak ke apartment kami, boleh juga naik Kanku Rapid dari airport terus ke Shin-Imamiya Station (56 minit, tiada transit). Tapi agak jauh nak jalan dari Shin-Imamiya Station ke apartment, dalam 10 minit jugak. Malas nak tarik beg tengah-tengah malam.

Naik train ke main terminal di Kansai Airport



Tengah tunggu metro

Kepenatan
  
Apartment kami tu dekat dengan kedai di sekeliling. Ade Lawson, Family Mart, 7-Eleven dan supermarket lain.

12 m ke Metro - Ebisucho Station
500 m ke Tsukenkaku Tower, Daiso, Mega Don Quijote
800 m ke JR Shin-Imamiya Station
500 m ke Den Den Town (The Akihabara of Osaka)


Nasib baik dah survey dulu area apartment dan baca manual nak check in. So mcm familiar la.. hihi.. Naik ke tingkat tujuh, dan masukkan nombor code untuk dapatkan kunci rumah.

Ni ruang favourite aku.. Tidur atas tatami dan futon.

Ni bilik tidur mak


Paling best ada sediakan pocket wifi! Memang amat memudahkan untuk ke mana-mana. Memang sepanjang perjalanan aku pakai internet untuk bukak apps jadual train/directory

Setiap kali travel memang kene bawak buku dan alat tulis untuk Danish Ilham. Kalau dia bosan, mula lah terlompat-lompat, bising ke buat perangai..hihi..




Tak tau lah kenapa, kitorang suka betul tidur atas tilam ni.. best sangat..



Dari apartment kami hanya jalan lebih kurang 10 minit ke JR Shin-Imamiya Station

JR Shin-Imamiya Station

Berdekatan dengan apartment tu ada plak Mega Don Quijote. Kebanyakan cawangan bukak 24 jam. Tapi kalau tak silap cawangan di sini bukak sampai pukul 3 pagi je. Hampir setiap malam kami merayau kat sini lepas anak tidur hihi.

Sekarang ni tgh halloween, seronok plak die beli barang hiasan halloween

Beyblade murah tapi tak banyak pilihan

Belum apa-apa hal lagi pakcik ni dah shopping mcm2. Beli plak kerusi untuk duduk main game. Nak bawak balik mcm mane, belakang cerita

Ade plak jual backpack gergasi ni. Patah pinggah nak galas

Ni masa hari last.. anak dah penat, tidur.. nasib baik ada ruang untuk kanak-kanak



Haih tak sempat nak pegi Legoland dia dah sambar dulu dah Lego kat Mega Don Quijote. Padahal mula-mula nak cari Gundam.

 
Selang 2-3 pintu dari bangunan apartment tu ada supermarket 24 jam. Pun seronok membeli-belah kat sini. Harga murah jugak.





Onigiri murah tapi tak xde label in english. So tak berani beli







Kerja kitorang makan je tengah-tengah malam.. Idamame tu murah jugak. 100 yen je.




Mula-mula berjalan dari apartment ke JR Shin-Imamiya Station terasa jauh. Tapi dah lama-lama rase dekat. On the way lalu Daiso. Rasenye 2-3 kali jugak singgah. Cume die tutup awal, pukul 8 malam.


Parking lot canggih.. ada mechanism bawak masuk kereta masuk dalam bangunan.. sayang tak dapat tengok live dekat-dekat.. tengok dari jauh je

Dari apartment jalan kaki sikit je untuk ke Den Den Town. Sape yang pernah ke Tokyo, Den Den Town ni lebih kurang mcm Akihabara (Electric Town). Jual segala barangan elektrik, elektronik, games, toys, etc. Best gile pegi sini cuci mata dan shopping.



Banyak jugak borong Gundam kat sini. Murah

Tengok orang main kereta Tamiya. Masing-masing yang datang dengan pakai pejabat dan brief case. Mungkin ni la tempat diorang release tension dan nk melayan hobi


Nasib baik die beli Lego lagi.. sigh




Haa kau. 5 tingkat.. best gile.. tak banyak gambar sebab segan nak ambik gambar semua tempat. Model kereta, keretapi, senjata, Tamiya, Lego, Gundam, dan banyak lagi. Name je Kids Land tapi aku rase orang dewasa yang banyak pegi sini

Depan lobi apartment je dah boleh nampak Tsutenkaku Tower. Sepanjang tu banyak kedai-kedai yang kite boleh singgah

Ni masa tengah-tengah malam, kami keluar lepas anak tidur. Dah sunyi.. hanya ada beberapa kedai makan yang bukak






Seronok berdating.. Anak tidur kat rumah, mak jagakan..hihi















Dekat-dekat dengan Tsutenkaku Tower ada kedai kebab.. Singgah la makan sekejap. Murah jugak

Set yang ni termasuk kebab roll, soup, coke dan turkish ice cream 1000 yen.

Tak suke.. bukan taste aku kot




Mase hari last, kami jalan ke JR Shin-Imamiya Station dan simpan luggage kat locker. Nasib baik banyak kosong. Lepas tu kami sambung jalan-jalan sebelum ke airport. Flight ke Kuala Lumpur pukul 10.00 malam. So ada banyak lagi masa nk jalan-jalan




Mase nak balik KL, bile ke airport kami sengaja tak top up. So bile tak cukup, kami pergi ke machine ni untuk top up tambang setakat yang cukup je untuk keluar.. Boleh pergi ke "Fare Adjustment" machine. Lepas keluar dari exit, boleh terus ke kaunter untuk refund deposit kad ICOCA

Alhamdulillah dapat sampai di airport on time dan boarding on time despite ramai gile orang ms naik train dan beratur panjang ms check in.

Lepas check in, terus ke naik train ke gate. Nasib baik ada playground, bolehlah Danish Ilham bermain sekejap, hilangkan bosan.






Berkenan betul aku dengan payung Air Asia ni

2 comments:

  1. locker boleh masukkan langguage besar ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, luggage yg paling besar (74cm/27”) pun boleh masuk

      Delete