Add

Sunday, October 6, 2019

Genting Highlands (Danish Ilham's Birthday Getaway)

Sempena birthday Danish Ilham yang ke-5 saje bawak die jalan-jalan. Die sibuk nak main salji tapi mommy xdpt beli lg tiket flight murah ke Sapporo huhu.. So mommy and daddy bwk pegi Genting Highlands. Bagi rase dulu salji tipu. Lepas birthday celebration di tadika, kami terus bertolak ke Genting Highlands. First, kami check in dulu di Resort World Awana, Genting Highland. Booked di Agoda, dapat harga bilik RM150.00 pakej sekali dengan 2 tiket Skytropolis Indoor Park. Memang favourite kitorang stay kat Awana sebab bilik besar dan swimming pool die best, air panas. Tiket kene redeem di Skytropolis Indoor Park.


Firstly, kite ke Snow World. Dah lama gile tak masuk Snow World. Last sekali ms study. Berbelas tahun lepas. Masa tu diorang hanya provide winter jacket sahaja. Sekarang bagus, diorang dah provide winter jacket, glove dan winter boots.

Mula-mula masuk bukan main excited dan seronok Danish Ilham.. Dah lame2 dia tak tahan sejuk hahaha.. kesian. mungkin sebab terkedap kat dalam kot. Mmg tak selesa. Pernah pegi winter trip di Seoul, South Korea dan Mount Buller, Australia tapi sesejuk mcm ni. Mungkin sebab kite duduk dalam freezer kot, takde udara, cahaya matahari ;p














Danish Ilham hanya mengadu sejuk jela. Nasib baik xmengadu sakit telinga, frost bite ke ape2. Dah la kurus. Lemak pun tak de hihi.. Bile tanya, nak pegi main salji lagi tak? "Tak naakkk....." Lols

Bagi happy, kami belikan die cotton candy. Pastu puaslah main indoor rides. Mase ni hari Jumaat petang. Orang tak ramai. So takde lah  beratur panjang. Mmg kalau nak selesa, kene pegi on weekdays. Kalau boleh awal. Kalau semua bende kene beratur lama, mmg takkan enjoy pegi ke sana. Anak pun meragam nanti. Rides pun boleh naik berulang kali, anak-anak puas :) 






Testing kasut Vans baru bawak jalan jauh. Tak boleh la.. Sakit kaki hihi.. Nasib baik tak lama sangat berjalan




Baru tahu tempat bowling ada Glow in The Dark! :)
Hmm.. Tula, main bowling ada lampu terang benderang pun kekadang masuk longkang apetah lagi dalam gelap lols






  
Pengalaman pertama kali naik bumper car. Mula-mula tak berapa pandai. Dah lama2, die pandai dah cuma die tak pandai bukak seat belt.. hihi.. sedih die kene tinggal sorang-sorang bila budak2 lain semua dah gerak








Aktiviti paling best, berendam dalam swimming pool.. Air plak suam2, best gile.









Teman daddy shopping running shoes


Mommy plak shopping kasut kerja. Offer RM39.00/each! Ambik 3 design, tapi satu je ada saiz :(


Malam tu dinner di Nene Chicken. Sedap! Mula2 dah siap budget nak makan Burger and Lobster sekali sampai, beratur punye la panjang.. Dah la xboleh buat booking. Hmm xpela.








Hari ketiga, sambung mandi swimming pool sebelum check out






Lepas check out, sebelum balik ke KL kami singgah ke Genting Strawberry Leisure Farms. Seronok jugak jalan-jalan dalam ni. Kalau bawak mak-mak lagi seronok sebab diorang suka tengok pokok-pokok bunga. Ada entrance fees. Tapi lupe, dalam RM10.00 tak silap. Strawberry picking lain harga. Kat dalam tu ada kedai makan, cenderahati dan dll.



























Masa keluar dari Snow World, Danish Ilham request nak beli snow ball. Die sendiri pilih gambar ni. Pandai dia pilih. So lovely..

1 comment: