Add

Thursday, February 2, 2023

Wonderful Weekdays in Cameron Highlands (Part 2)

Cameron Highlands (Part 1)

Cameron Highlands (Part 2)

Setiap kali orang datang Cameron Highland mesti akan lepak makan steamboat. Kene plak sejuk-sejuk ni kan. Kami cari port yang bukak awal skit sebab kami sekeluarga jenis makan malam awal. Kami makan steamboat di Restoran Taman Epal Cameron Buffet Steamboat & Grill. Sebab datang awal sangat, orang pun takde lagi. Makanan banyak pilihan. Daging, ayam, kambing yang diperap pun ade beberapa pilihan. Selain daripada tu, ada banyak pilihan makanan laut, desert (ais krim, bubur kacang, float, jagung) dan makanan yang dah sedia masak. Pun sedap2. Kami suke tempat ni sebab luas dan cantik dihiasi pokok-pokok bunga. Mentang-mentang la di Cameron Highlands, senang diorg jaga pokok cantik-cantik.







Budak kecik ni memang kegemaran die makan steamboat sebab nak masak-masak katenye


Kalau lewat-lewat sikit, kat belah depan tu ada gerai-gerai jualan. Tapi mahal skit berbanding di Kea Farm. Still okay la sebab kalau malas nak naik ke Brinchang, boleh shopping sini.








Malam sikit kami lepak di Cameron Centrum Mall. Banyak jugak kedai makan kat sini. Hotel pun ada



Konon nak cari coffee tgh2 malam. Biasa minum white coffee dari machine Nescafe kat 7-Eleven, sedap je tp yang ni ceroi plak.. tak sedap. Kurang manis dan kurang coffee
















Hari tu dah lepak Cameron Valley Bharat Tea Plantation, kali ni kite pegi Boh Tea Centre, Sungei Palas plak. Sebab pagi-pagi lagi dah gerak, tak de sangat orang. Pernah pegi zaman-zaman dulu tp tak best mane pun. Sekarang die dah refurbish, parking yang luas, ade cafe, kedai dan observation platform yang cantik. Cumenye, jalan masuk die yang terlampau sempit masih kekal seadanya. Ni kalau bertembung dengan bas/lori tak tau nak cakap mcm mane. Kami okay je jalan sebab masih awal. Tak sesak, tak beratur dan tak bertembung dengan lori/bus. Bertembung dengan kereta pun kene jugak reverse/bagi laluan.



























Nampak macam jauh, tp tak terasa pun sebab pemandangan sangat cantik dan cuaca sejuk. Kalau tak nak kaki pun boleh, kereta boleh naik ke atas untuk turunkan penumpang. So, kalau bawak orang-orang warga emas, bolehlah terus naik atas.

















Ade 2 cafe kat sini. Menu yang sama cume interior dan pemandangan yang berbeza. Tristan's Terrace dan J.A.’s Balcony. Kami kat sini puas betul minum teh. Dah beli masing-masing punye minum tibe-tibe dapat plak percuma 1 teko lagi teh sebab pembelian lebih RM40.00 tak silap. Jadinya bermacam-macam jenis teh kami minum. Kami tak nak makan banyak sangat sebab simpan perut untuk makan nasi lemak strawberi. Tapi geram tengok makanan2 die. Ade kek, pie, tart, scone, donut, nasi, pasta dan macam-macam lagi.




Sebelum tengah hari kami dah turun dari Brinchang ke Tanah Rata. Dalam perjalanan tu dah nampak dah jalan sesak dan beratur panjang berkilo-kilo meter dari Tanah Rata nak naik ke Brinchang. Huhuhu.. Ni baru hari Jumaat.. belum hari minggu atau cuti umum lagi.










Lepas ni kene bare in mind, setiap hari Jumaat, semua restoran di Kampung Sedia tidak beroperasi. Jadi kalau nak pegi, kene dtg awal-awal sebelum pukul 12.00 tgh hari atau datang selepas pukul 2.30 petang.









Sebelum makan tengah hari dan balik, kami singgah makan scone di The Lord's Cafe. Kami konon-konon bajet tak nak terlalu kenyang, jadi kami beli 1 plain scone dan 1 strawberry scone. Masya Allah sedapnye plak. Menyesal tak beli sekali tart / apple pie die. Walaupun die tak serve dengan real clotted cream, buat still semua sedap2 belaka. Die hanya serve dengan butter, whipped cream dan jam strawberi. Akhirnya kami dapat dah buat keputusan scone mane yang paling sedap! The Lord's it is.. Lepas tu kami tapau banyak2 utk bawak balik. Harga murah plak tu.










Sebelum balik, kami makan tgh hari Nasi Lemak Strawberi. Malas nak pegi kedai-kedai yang viral takut sesak & susah cari parking. So kami singgah je di mane2 yang kosong. Alhamdulillah, sedap juga walaupun xde banyak pilihan dan nasi die warna hijau huhuhu.. harapan nak nasi lemak warna pink hahah


Rata-rata restoran di Cameron Highlands ade ladang strawberi sendiri. So boleh la kita jalan-jalan tengok. Tak perlu nak susah2 pegi strawberry farm, bayar mahal2 atau kene beli strawberry dulu baru boleh masuk huhu








Geram kan tengok restoran kat Cameron Highland mesti ade banyak bunga-bunga



Takde beli ape. Just nak rase teh flavour pelik-pelik ni je

No comments:

Post a Comment