Add

Monday, October 2, 2023

Majlis Khatam Al-Quran Danish Ilham

Syukur alhamdulillah, bulan Ogos yang lepas Danish Ilham dah selesai khatam al-quran. Kata ustaz di sekolah agama, bacaan pun lancar berserta tajwid. Danish pun rajin mengaji. Mula-mula baca 2-3 ayat, bila dah semakin lancar, kite bagi die bace 1 muka surat. Bila dah semakin laju, die bace 2 muka surat sehari. Kadang-kadang datang mood baik die, bersemangat nak khatam quran cepat, die baca jugak sampai 4 muka surat sehari.

Tanye juga pada keluarga mentua kalau mereka izinkan kami nak buat kenduri kecil-kecilan di rumah mentua. Memikirkan seronok dengan sepupu-sepupu ramai kat sana. Alhamdulillah mereka amat mengalu-alukan kenduri dibuat di sana. Masa mula-mula nak buat tu, suami bercadang nak buat tempahan catering nasi ambeng. Last-last mak mentua offer untuk order nasi ambeng dengan orang yang die dah biasa. Sedap dan murah katanya. (Memang pun! :) )

Punyalah mak mentua excited nak buat kenduri, mak order telur pindang dan bercadang nak buat roti jala memandangkan ia makanan kegemaran Danish Ilham :) Jadi menu yang kami makan pada majlis tu ada nasi ambeng, roti jala, pulut kuning, brownies dan telur pindang (yang dibuat sebagai bunga pahar/bunga telur)

Door gift pula kami buat tempahan yassin. Senang sekarang.. personalized sticker, yassin, paperbag dll boleh dibeli di Shopee.


Ni contoh tempahan Yassin, kad dan sticker masa Majlis Akikah Danish Ilham dulu pada tahun 2014 :)


Semua warna dan design Danish Ilham yang pilih :) Mommy tukang design & order shj








Sticker terdesign kecik plak font die. Kalau orang-orang tua memang tak berapa nak nampak haha







Cukup untuk kami sekeluarga dan kanak-kanak yang hadir



Terima kasih anak-anak sudi sertai sekali bacaan Al-Quran



Cantik kan bunga pahar mak mentua buat kat belakang tu. Naik plak warna purple kat situ :)


Sebelum mula Majlis Khatam Al-Quran, kami mulakan selawat ke atas Nabi (s.a.w) memandangkan semalam Maulidurrasul




Penyampaian cenderahati kepada anak-anak



Sesi pemberian sumbangan daripada Atuk dan Nenek kepada cucu-cucu kesayangan




Bagi chan skit :)



Terima kasih kepada yang memberi :)


Brownies yang ditempah dari Instagram Skalicious (Putrajaya). Tak pernah mengecewakan. Setiap kali birthday mesti tempah dari dia


Pulut kuning & rendang ayam yang ditempah daripada kawan suami


Set nasi ambeng & roti jala





Sesi potong pulut kuning

Esoknya kami ambil kesempatan untuk ke Gunung Pulai. Niat asal untuk hiking dan mandi air terjun. Tapi memandangkan ramai anak-anak kecik dan mak mentua ikut sekali, kite tukar rancangan untuk pergi mandi-mandi saja di Gunung Pulai 1. Meriah gile pegi ramai-ramai. Tak sangka mak mentua pun ikut sekali. Siap masak mcm-mcm untuk berkelah :) Ada mihun goreng, nasi goreng dan popia sayur


Budak ni mcm biasa lah die yang paling excited sbb sekali dengan sepupu-sepupunya. Happening!




Kagum dengan mak, walaupun keadaan fizikal tak berapa nak mengizinkan, die tetap bersama-sama enjoy tengok cucu main air, lepak-lepak. Dah letih, mak berehatlah dalam khemah




Sungai di Gunung Pulai 1 ni sangat mesra kanak-kanak. Dekat je dengan parking. Walaupun kami agak lambat, tapi tapak untuk berkelah dan pacak khemah banyak, luas, selesa dan selamat.












Melintasi sungai untuk ke seberang. Kat situ banyak tapak untuk berkelah atau pacak khemah







On the way balik tu pekene mango shake.. sedapppp


Rumah terus bersihkan khemah, canvas dan kerusi. Senang nak balik Cyberjaya tak payah bersihkan dah. Terus simpan


Balik rumah sibuk nak packing goodie bag untuk kawan-kawan sekolah Danish Ilham plak :)