Add

Thursday, November 22, 2018

4 Islands Trip, Thailand (July 2018)


Untuk hari ketiga, kitorang ke 4 Islands Trip by long tail boat. Mula2 booking naik speedboat. Konon2 nak kelainan dan bagi pengalaman anak naik long tail boat plak. Pastu berangan naik long tail boat mcm dulu2, slow and steady, tak melambung2 mcm naik speedboat. Tu berangan je. Realitinya, mmg mabuk 2 kali ganda hahahaha.. (gelakkan diri sendiri) Bile arus kuat, musim monsoon, long tail boat tak kuat melawan ombak berbanding dengan speedboad. Mmg bertambah melambung2 la. Dah lah slow lg drpd speedboat. Perjalanan dekat pun rase jauh dan lama. Orang lain ok je. Aku beberapa kali muntah jugaklah..huhu.. 1st ms turun kat Tup Island, 2nd kat Poda Island dan finale kat Krabi ms balik. Aku bersyukur aku sorang je mabuk. Orang lain & anak aku ok je. So bolehlah aku gagahkan meneruskan perjalanan. Orang mabuk ni, kasi keluar isi perut je. Terus lega. Seriously tak tau kenape post kali ni banyak citer psl muntah ;-p

Seperti biasa menunggu shuttle untuk ke jetty



Tour yang bawak pegi 4 Islands ni adalah sediakan minuman & makanan ringan sementara menunggu boat. Cume aku xberapa suke service tour guide. Kurang courtesy, orang turun naik boat, bawak anak, xde pun nak tolong ke ape. Dah lah long tail boat ni tangga die tinggi gile. Compare dengan tour guide ke Phi Phi Island, lebih banyak membantu & ade courtesy. Service mmg 1st class. Briefing ke ape ke mmg xdelah..

Baiknye hati adik aku bg makanan kat anjing. Sbb ade leftover smlm hihi







Destinasi pertama kami ke Phra Nang Cave. Yang frustnye, sekarang boat dah tak boleh stop kat pantai. Kene turunkan penumpang kat belah belakang pulau. Kene lalu tepi2 gua dulu. Mmg cantik gua2nya tapi perjalanan tu hampir 30 minit jugak jalan! Adoooi dah buang masa.. Mmg xdpt lah nak lepak lama kat pantai. Pasrah jelah. Mmg lepak duduk je melayan anak main pasir.



Sekarang ni dah agak crowded pantai ni compare zaman dulu-dulu xramai orang, seronok je lepak..




Yang penting si kecik ni happyyyy


Ni singgah di Chicken Island. Mmg menyiksa batik aku sbb berhenti tengah2 laut, xboleh turun laut dulu sbb tgh sesi ambik gambar. Sorang2 dok ambik gambar. Boat bergoyang2, kepala otak aku pun bergoyang2.. Tak sabarnye nak turun laut mase ni


























Lunch buffet di Poda Island. Tempat ni pun dah ramai gile orang. Tapi yang bagusnye dah ade kedai nak beli makanan ringan.
















Kali ni bawak Danish Ilham turun laut, aku xpakai life jacket dah. Pakai fin. Baru selesa skit. Kurang lah penat..







Aktiviti favourite kitorang, tengok ikan kat Tup Island. Of course orang yang paling seronok ialah Danish Ilham. Stand by bawak roti siap2. Aku nampak sign board kate xboleh makan ikan. Tp nampak ade guard kat situ diam je. Nasib baiklah tak cakap ape2..
















So kire rumusannya, kalau boleh pegi island tour, check bile monsoon season di Krabi. Walaupun tak hujan, panas terik tp bile arus laut kuat perjalanan tak berapa best, water visibility pun kurang. Ape pun, Ao Nang selepas 8 - 10 tahun banyak perubahan yg aku nampak. Lagi meriah dan happening. Mmg akan repeat lagi asalkan musim panas, bukan monsoon hihi.. Trip kali mmg best sebab pertama kali bawak Danish Ilham pegi snorkeling, swimming dengan ikan. Die pun terlebih berani nampaknye. Aku yg risau. Yang penting kami happyyyyy..