Add

Wednesday, November 21, 2018

Phi Phi Island, Thailand (July 2018)


Hari kedua kami pergi ke Phi Phi Island by Speedboat. Pagi dalam pukul 8.00 am ade shuttle jemput kat hotel. Sampai ke jetty ade briefing daripada tour guide. Bagus explanation die, bg maklumat persediaan keselamatan dan maklumat terperinci tempat2 yang akan dilawati. Selalu pegi island tour takdelah briefing lengkap mcm ni.

Masa mula-mula plan nak beli flight ticket ke Krabi, mmg plan nak pegi bulan Julai konon2 musim panas dan laut cantik. Sebelum2 ni plak asyik jealous tengok kawan2 pegi island bulan Mei - Julai, pantai cantik gile. Matahari terik, xde awan, air cantik.. Sekali tak tau plak Julai - Ogos ni musim tengkujuh kat Thailand. Sebelum trip, siap ade kes 12 students terperangkap dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai disebabkan hujan lebat, banjir dan air naik dalam gua.

Hari pertama ke Krabi, keadaan hujan renyai2 dari KL sampailah ke Krabi. Satu hari hujan. Jalan2 ms 1st day mmg berhujan. Nasib baik esok ms nak ke island trip, cuaca panas terik. Tp tak terfikir plak air ombak kuat. Adoiiii, mmg naik boat melambung2. Pengalaman aku beberapa kali sebelum ni, pegi island trip ms bulan Mac dan September, seronok je, aman damai, cuaca best. Kali ni mmg pengalaman berbeza. Dah lah ke Phi Phi Island agak jauh (lebih kurang 1 jam 45 minit), perjalanan agak mencabar. Bawak plak anak. Tp alhamdulillah sampai ke destinasi pertama tanpa muntah. haha.. Tapi selepas2 ade gak la muntah sekali... hihi.. dok tahan2, last2 tewas gak. Ms tu xkire, diri diam2, tunggu sampai boat berhenti, muke rilek.. pastu terus muntah 1 kali kat belah xde orang lalu, kasi lepas isi perut hahaha. pastu berlagak buat muke mcm biase. Adik aku dok perhati gaya aku muntah hahaha. Gaya nak cool. Yang penting lepas tu aku sambung enjoy mandi laut.


Briefing sebelum naik boat

Budak kecik ni paling cool. Mabuk tak, rilek je.. siap tido dalam boat. Baguslah kau tak ikut perangai mommy kaki mabuk haha


Air mineral dan jus yang disediakan. Free flow!







Mule2 je rajin pakai sun block. Kali ketiga malas pakai dah. Balik Malaysia pastu mmg hitam legam, sunburn. Cuaca masa panas tapi cloudy. Matahari tak terik, ambik gambar xberapa lawa sbb awan tak biru. Tp air laut cantik :)



Mmg dok heret bawak pekakas2 budak kecik ni nk main pasir. Jenuhlah jugak tp asalkan die happy









Seronok gile spend time dengan si kecik ni. Suke mandi laut!





Acah2 romantik









Mule2 si kecik nampak takut, so aku turun dulu snorkeling. Ms tu xpakai life jacket. Bile dah turun, arus kuat plak. Melambung2 jugaklah. Bile Danish dah nampak mcm best, die mintak turun plak. Aku nak selesa, terus pakai life jacket, bwk Danish turun laut. Risau jugak takut die panik/takut. Turun2, kemain seronok die.. Bangga mommy sbb Danish berani masuk laut walaupun pakai arm floats. Orang2 lain dalam boat pun kagum tengok Danish sbb berani. Dielah budak paling kecik turun ms snorkeling kat open sea.










































Kesian si comel, penat sangat tido dah. Terus sunyi. Kalau tak asyik dengar suara die je















Our Favourites!!! Pancake di mana-mana sahaja di mana jua kami berada
















Buah-buahan yang disediakan di akhir perjalanan kami. Pergh, sejuk2, manis plak tu. Sedap!

No comments:

Post a Comment