Add

Sunday, March 24, 2024

Bukit Bintang, Kuala Lumpur Quick Getaway

Lepas penat sehari di SplashMania, kami terus ke Kuala Lumpur. Dah lama tak lepak2 makan-makan di KL. Hotel plak bila last minute semua harga naik. Tapi kali ni kami nak try apartment lama. Murah dah bertempat di Bukit Bintang. Tempat ni nostalgia dulu masa bujang pernah kerja kat sini. Dulu pejabat di KL Plaza. Sekarang dah dikenali sebagai Fahrenheit88. Bayangkan dulu kerja kat tempat ni tak se-havoc sekarang. Masa tu Pavillion pun takde lagi. Tapi seronok la.. lunch hour jalan-jalan Lot 10, Sungei Wang. Tapi kopak la hahaha. Alhamdulillah lepas check in Fahrenheit Suites, receptionist bagitau apartment guest akan dapat voucher RM30.00 sehari. So takdelah nak bayar parking ikut jam huhu.. Apartment pun bersih. Nampak lama dan tak refurbished tapi tetap kemas dan bersih. Apa yang menarik di Fahrenheit Suites ni, die punye easy access. Semua under one roof. Dari apartment terus ke turun lif ke Fahrenheit88 dan boleh terus ke Pavillion.





Malam mestilah kene merayau kan! Kami terus ke Jalan Alor. Asyik dengar je tapi tak pernah pergi..




Kami jarang turun KL malam weekend sebab mesti jammed dan susah parking. Tapi bila dah stay kat Bukit Bintang, baru la syok lepak malam minggu :)




Syok jugak tengok kemeriahan Jalan Alor








Singgah dulu makan tomyam. Sedap!



Ais krim marshmallow. Boleh lah, buat rasa-rasa













Esok paginya ingat nak breakfast di Paris Baguette/Five Guys tapi awal sangat cafe baru bukak dan koleksi makanan kami suka tak lagi. Last-last si kecik ni pilih Dome jugak. Dah kerap sangat makan sini.. Tak tau la kenapa die suka sangat kat sini








Pekene ais krim turki, adoi.. RM20.00 wehhh.. taubat. Rase hari tu beli yang cone baru RM10.00



Mula-mula daddy layankan dulu budak kecik ni nk lepak Dome. Lepas tu kami tapau shawarma. Datang awal, so takde la tunggu lama sangat




Pegi Don Donki, beli coklat dan plushy ni. Dah lama die aim. Last time die nak beli tapi untuk member sahaja. Kali ni boleh beli. Untuk ape ntah.. Jenis suke peluk-peluk hahaha




Sebelum balik, pekene coffee kejap :)

No comments:

Post a Comment