Add

Sunday, March 24, 2024

Bukit Bintang, Kuala Lumpur Quick Getaway

Lepas penat sehari di SplashMania, kami terus ke Kuala Lumpur. Dah lama tak lepak2 makan-makan di KL. Hotel plak bila last minute semua harga naik. Tapi kali ni kami nak try apartment lama. Murah dah bertempat di Bukit Bintang. Tempat ni nostalgia dulu masa bujang pernah kerja kat sini. Dulu pejabat di KL Plaza. Sekarang dah dikenali sebagai Fahrenheit88. Bayangkan dulu kerja kat tempat ni tak se-havoc sekarang. Masa tu Pavillion pun takde lagi. Tapi seronok la.. lunch hour jalan-jalan Lot 10, Sungei Wang. Tapi kopak la hahaha. Alhamdulillah lepas check in Fahrenheit Suites, receptionist bagitau apartment guest akan dapat voucher RM30.00 sehari. So takdelah nak bayar parking ikut jam huhu.. Apartment pun bersih. Nampak lama dan tak refurbished tapi tetap kemas dan bersih. Apa yang menarik di Fahrenheit Suites ni, die punye easy access. Semua under one roof. Dari apartment terus ke turun lif ke Fahrenheit88 dan boleh terus ke Pavillion.





Malam mestilah kene merayau kan! Kami terus ke Jalan Alor. Asyik dengar je tapi tak pernah pergi..




Kami jarang turun KL malam weekend sebab mesti jammed dan susah parking. Tapi bila dah stay kat Bukit Bintang, baru la syok lepak malam minggu :)




Syok jugak tengok kemeriahan Jalan Alor








Singgah dulu makan tomyam. Sedap!



Ais krim marshmallow. Boleh lah, buat rasa-rasa













Esok paginya ingat nak breakfast di Paris Baguette/Five Guys tapi awal sangat cafe baru bukak dan koleksi makanan kami suka tak lagi. Last-last si kecik ni pilih Dome jugak. Dah kerap sangat makan sini.. Tak tau la kenapa die suka sangat kat sini








Pekene ais krim turki, adoi.. RM20.00 wehhh.. taubat. Rase hari tu beli yang cone baru RM10.00



Mula-mula daddy layankan dulu budak kecik ni nk lepak Dome. Lepas tu kami tapau shawarma. Datang awal, so takde la tunggu lama sangat




Pegi Don Donki, beli coklat dan plushy ni. Dah lama die aim. Last time die nak beli tapi untuk member sahaja. Kali ni boleh beli. Untuk ape ntah.. Jenis suke peluk-peluk hahaha




Sebelum balik, pekene coffee kejap :)

SplashMania @ Gamuda Cove

Cuti Sekolah berbaki lagi 2 hari. Di masa-masa semua orang dah kalut sibuk untuk persediaan sekolah anak-anak, kami buat keputusan ke SplashMania bertempat di Gamuda Cove. Alhamdulillah cuaca cantik. Mungkin sebab semalam hujan. Dengan harapan tak ramai orang sebab semua dah balik dari bercuti :) Seawal pukul 9.00 pagi kami bertolak dari rumah, hanya 20 minit ke SplashMania. Kami sampai awal dan terus beratur. Parking pun kosong boleh tak perlu parking jauh. Parking jauh pun ada, boleh naik tram yang disediakan.









Kami sewa loker kat sini. Tak pakai kunci, hanya nombor telefon. Pembayaran kat sini semua cashless. Beli makanan, sewa pelampung dan lain-lain semua boleh QR Code / kad. Lagi senang kita install aplikasi GL Play, boleh beli tiket dan pre-book makanan. Gambar digital juga percuma unlimited. Register & download je nanti. Kene rajin approach jurugambar diorang.



Danish Ilham memang tak sabar nak berendam kat tempat favourite die tapi nasihatkan kite pegi dulu naik slides yang jadi kegemaran ramai, sebab takut beratur panjang. Tapi alang-alang lalu kat kapal tu, kita naik dulu untuk ambil gambar. Kat sini ada lebih 30 slides. Hah naik la semua sampai lebam








Line agak laju tak perlu tunggu lama. 1 rides sampai kitorg naik 5x





Kat sini slides boleh pelampung atau body. Yang syok nye semua sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak (bergantung ikut ketinggian). Ada slides yang ada lampu LED dan ada yang pakai VR. Something yang luar biasa jugak. Tak pernah ada ni mana-mana waterpark











Masa beratur naik slides yang pakai VR. Orang tak ramai sangat tapi banyak orang silap lane jadi stuck kat situ.






















Body slides ni plak lain macam die punye terjun. Tinggi gak, kedalaman pool tu plak 3 meter. Boleh pakai life jacket kalau nak






















Tengah hari kita berhenti sekejap makan snack. Beli hotdog & fish and chip





Dah petang sikit kami baru nak makan berat. Beli set nasi lemak ayam goreng & set nasi ayam. Dapat sekali dengan air dan dessert (sama ada puding/ais krim). Kami dapat ais krim Paddle Pop :) Ada banyak sebenarnya port untuk makan. Oklah banyak pilihan. Ada jugak stall Famous Amos dan Krispy Kreme Donut.






Favourite dia! Lama dah die mintak. Memang mommy & daddy bantu abiskan. Tak die makan banyak2 gula









Nak surfing pun boleh. Tapi kene bayar lain. Syok gak praktis sini sebelum pegi Bali / Australia



Tempat kanak-kanak pun antara tempat yang paling best. Banyak gile slide. Yang ada LED pun ada! Tinggi jugak! Orang dewasa pun tumpang enjoy. Nasib baik tak kene halau. Yang selamatnye setiap slides, akan ada life guard jaga dan kawal sorang-sorang turun slides. Jadi tak perlu risau budak berebut-rebut atau terlanggar/bertembung.. Semua peringat umur boleh main slides. Ade pendek, panjang, rendah, tinggi.. Kami berdua mom & dad lepak bawah je sembang-sembang















Lepas tu kami ke pantai plak. Memang cantik dengan berlatarbelakangkan kapal.

















Tempat favourite si kecik ni plak, Ravage River. Rasenye mcm 3-4 kali jugak ulang pusing sampai ke petang. Mula-mula kami sewa pelampung. Lepas tu malas dah nak pikul, terus pulangkan. Orang kaunter tu pun terkejut, eh kenapa sekejap sangat?? Pelampung die sangat cantik dan selesa nk bersantai. Tapi berat wehhh


Ravage River ni menarik jugaklah. Sebab die buat banyak tarikan. Ada gua, bunyi-bunyi, keluar asap, ada juga area water bubble ala-ala jakuzzi, ada jugak kolam berombak, refleksologi pun ada. Bagi kami, sangat cantik dan relaxing

































Handphone pun sehingga ke titisan terakhir la baterinya haha.. Masuk paling awal dan balik paling lewat. Dalam 2 minggu tu sunburn jangan cerita la. Tak berhenti main air seharian. Overall kami sangat-sangat enjoy. Kalau nak dibandingkan dengan Sunway Lagoon, susah nak compare. Sebab Sunway Lagoon ada pelbagai tarikan. Zoo, waterpark, amusement park, rumah hantu, jambatan gantung. Memang 1 hari pun tak abis nak explore satu Sunway Lagoon. Kalau di SplashMania, ia ada tarikan tersendiri. Mmg betul-betul "SplashMania". Banyak slides dan permainan air yang kami enjoy. Insya Allah ada rezeki boleh datang lagi dengan adik-beradik lagi happening!