Showing posts with label Vatican City. Show all posts
Showing posts with label Vatican City. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Vatican City & Rome, Italy (31 May - 2 June 2013)

Sampai di campsite Tiber, Rome awal jugak. Takde lah awal..dalam pukul 8-9 malam jugak tp masih terang lg. Kami mmg dah book untuk duduk cabin di Rome. Kali ni, 1 bilik 2 org. Selesa sangat2 lah.. Hot shower free plak tuh. Bathroom plak besar. Mmg best. Malam tu dinner yg paling best sepanjang trip ni ~ nasi lemak. Terbaik! Sape yg dok complaint tu seriously, korang mmg tak reti bersyukur.

Cabin di Rome. Ade 2 katil, shower & toilet.. Plus ade garden chair

Makan malam Nasi Lemak :-)


Sape bwk swimming suit boleh mandi swimming pool. Sejuk!! Malam2 best lepak sini sbb ade restorant by the pool


 
Campsite Tiber, Rome
Aktiviti soknye agak padat sampai ke malam. Perjalanan bermula dr Tiber Campsite, naik free shuttle ke Prima Porta Metro Station. Kat situ kami semua beli 1 day public transport ticket €6.00/pax dan boleh naik apa saje public transport dlm mase 1 hari. Kami naik Metro dari stesen Prima Porta ke stesen Flaminio (last station) dan sambung ke stesen Metro Ottaviano San Pietro utk ke Vatican City.


Ganas gile train diorang..
Sebelum bertolak ade briefing dari big boss. Sebelah tu Zul wat muke gangster konon2nye xnak bg org gypsy dekat.ha3
Vatican City ni adalah independent country yg terletak di tengah2 Rome, Italy dan mempunyai pentadbiran dan kerajaan sendiri. Pope semua kat sini la.. diorg sumer ni kaye smpai bleh hire tentera swiss utk jaga Vatican City ni. Laluan nak masuk The Vatican ni agak panjang tp sangat2 laju. So janganlah risau klau tngok queue panjang ms nak masuk. Bukan queue sbnarnye tp laluan tu dibuat khas utk masuk dan ade laluan lain utk keluar shj. Tu yg nmpak mcm beratur. Dari luar dan bile masuk, mmg tersangat2 kagum dgn seni binanya.  Dugaan kami ms pg round2 Rome ni adalah hujan renyai2 sepanjang mase. Tp nasib baik masing2 dah pkai poncho. So kami redah je..











Tetibe rase nak layan citer Angels & Demons plak


Memakai poncho sepanjang masa mmg tak stylo sungguh!


Swiss guard





Gambar ni dikatakan simbol bagi Romulus dan Remus iaitu adik beradik kembar (anak raja) yang dibesarkan oleh wolf, lepas diorg ni dibuang untuk mengelakkan diorg ni dibunuh. Ms tu kerajaan dah digulingkan. So nak elakkan pewaris ni hidup, diorg ni diarahkan dibunuh. Lepas diorg ni dapat tau keadaan sebenarnye yg diorg ni sebenarnye pewaris tahta, diorg rampas balik kerajaan. Romulus yang menamakan tempat ni Rome sempena name die.
Ade gak khabar angin yang keluar dari mulut adik aku kate, inilah asal usul werewolf. Aku pun pnyelah bengong gi pecaye..hahah. Siap publish. Sekali En. Google kate lain. cisss..


Di tengah2 kota Rome ni, kite dah boleh nampak Vatican City

Lepas melawat Vatican City, kami jalan kaki ke Castle St. Angelo. Dah puas ambik2 gambar, kami pg lunch di Termini iaitu stesen utama di Rome di mana org boleh transit sama ade nak mn2 area lain di Italy, semua airport2 utama dan lain2 (ala2 KL Sentral). Dari Castle St. Angelo, kami naik bas straight ke stesen Termini. Kat sane ade bnyak restoran halal. Kedai kebab ade, briyani ade, etc. Kami lepak mkn 2 set burger, 1 kebab, dan 1 pizza including coke, total €25 utk 4 org. Murah gak.





Castel Sant'Angelo ataupun Castle of St. Angelo

Makan lunch di central station Termini

Menikmati gelato di Kota Rome


Lepas mkn, kami sambung jalan ke Colosseum (naik Metro dari stesen Termini ke stesen Colosseo). Dari Coloseum boleh beli tiket €11/pax utk entrance ticket Colosseum, the ruins dan Foro Romano. Tp aku tak beli pun. Xkuase plak nak masuk2. Ambik2 gambar kat luar pun dah mkn mase. Jalan kaki dr Colosseum, ke the ruins dan ke Foro Romano mmg sngat2 best. Sebab seronok kesan2 peninggalan sejarah, bangunan2 lame dan seni ukiran yg sngat hebat. Lepas tu kami sambung jalan kaki ke Pantheon, Fontana Di Trevi dan Spagna (Spanish Steps).

Colloseum



 Saya dan Si Comel






Husband aku ni mmg perangai die cukup suke menggunakan public toilet dan amat2 teruja nak mencuba yang ni
Ruins of Roman Forum


Gambar struktur asal









The Pantheon


Makcik photobomb yang amat fail!

The Pantheon


Fontana de Trevi



De Spagna ataupun dikenali sebagai The Spanish Steps

Ni Spanish steps. Kat sini ramai org yang cantik2 lepak sini dan kebanyakan model agency cari model kat sini. Tapi aku rase citer tu bohong. Aku dok situ 2 jam, tak de pun agency approach aku jadi model. huhu. Tempat dipanggil Spanish Steps sbb Kedutaan Sepanyol sebelah tu je.
Plan asalnye sebelum balik ke campsite, nak singgah tngok sunset di Pincio Garden tp sbb hujan renyai2 dan matahari pun xbrp nk nampak, so skip jelah nak tngok sunset. Kami terus naik Metro utk ke stesen Fliminio dan sambung ke stesen Prima Porta. Sampai di stesen Prima Porta, kamu terus naik shuttle utk ke Tiber Campsite. Lepas tu aku demam selsema sbb berhujan satu hari...huhuhu. Dgn Zul2 skali terbersin2. haish. Seblum tido, dinner disediakan oleh krew ~ nasi & sup ayam.