Sunday, May 5, 2024

Seoul, South Korea: Nami Island

Nami Island  |  Starfield Library & Songpa Naru Park (Seokchon Lake Park)

Cat cafe Goyangi Noriteo (Cat's Playground), Myeongdong  |  Night life in Itaewon and Hongdae

Hanbok Rental & Gyeongbokgung Palace  |  Seodaemun Prison, Insadong & Ikseondong

The War Memorial of Korea  |   City Hall, Deoksugung Palace & Cheonggyecheon Stream

Namdaemun Street & Myeongdong  |  Yeouido Hangang Park, DDP & Jungbu Market  |

Return Journey &Travelodge Dongdaemun Hotel 

Kami bertolak dari hotel awal pagi sebab cuba nak sampai di Nami Island awal, risau ramai orang. Perjalanan plak dalam 1 jam 30 minit. Selepas breakfast di hotel kami jalan kaki ke Dongdaemun History & Culture Park Station (Line 2) dan menuju ke Wangsimni dan beberapa transit ke Gapyeong Station (Gyeongchun Line). Sampai di Gapyeong Station, kami terus naik teksi ke Nami Island Wharf. Ada juga alternatif lain jalan kaki dan naik bas terutama sekali bila hujung minggu, ramai orang. Nak tunggu teksi pun beratur panjang.




Masih segar. Belum mengantuk hihi.. Nanti daripada Sanbong ke Gapyeong boleh tidur ye



Danish Ilham tak suka naik eskalator. Suka naik/turun tangga. Haish pelik-pelik dia ni





Naik teksi ke Nami Island Wharf





Kat sini sibuk berebut nak bergambar dgn pokok, padahal kat dalam Nami Island ada bersepah haha






Kami excited juga nak pegi ke Nami Island. Bukan disebabkan oleh drama Korea Winter Sonata tapi sebab Nami Island ni merupakan self-declared micronation yang dikenali sebagai Naminara Republic. Danish Ilham pernah bercerita pasal micronation di Nevada, USA yang dinamakan Republic of Molossia. Di Molossia siap ada currency sendiri (cookie dough - lols), Perdana Menteri dan ada beberapa ketul rakyat. hihi.. Jadi kami nak tengoklah Nami Island ni dan mengetahui pasal sejarah General Naminara yang dihukum secara salah semasa Dinasti Joseon. 

Nami Island ni lebih kepada pusat percutian dan rekreasi. Penuh dengan taman-taman, aktiviti air, cafe, hotel dan tempat berehat. Sangat best. Kami berjalan hampir ke seluruh pulau. Paling jauh kami berjalan ke Hotel Jeonggwanru. Lepas tu baru patah balik. Cuaca sangat best, sejuk, jadi kami seronok berjalan keliling pulau. Kalau musin salji, memang tak la kan nak round-round pulau. Siapa yang minat dengan rekreasi, alam semulajadi, boleh datang ke Nami Island. Sangat berbaloi dan seronok. Kalau tak berminat, mesti akan rasa bosan ke Nami Island. Kami suami isteri macam skeptical sikit dengan tour ke Nami Island. Takut menyesal, membuang masa, takut takde ape-ape. Tapi alhamdulillah, seronok sangat. Kalau datang ke Nami Island, dengan musim yang sesuai pasti akan seronok. Kami banyak berjalan, berbual-bual, melepak, makan snek, bergambar dan berehat.


Kalau beli voucher Klook, tak perlu ke kaunter. Terus je ke jetty, scan QR code dan terus masuk.












Walaupun sejuk, tapi kami naik duduk kat atas nak tengok pemandangan




Kalau nak ke Nami Island naik zip line pun boleh. Lagi cepat. Tapi balik naik ferry jugak la






























































































































Masa ni syok, lepak kat gazebo sambil makan. Pemandangan cantik dan tenang je kat sini
















Balik dari Nami Island kami terus naik teksi ke Gapyeong Station dan berkejar ke Namdaemun Street sebab takut tutup awal. Nasib baik sempat. Konon-konon sekejap je di Nami Island tapi end up sampai ke petang hihi



Budak kecik ni sebelum lelap kepenatan