Saturday, May 4, 2024

Seoul, South Korea: Return Journey and Travelodge Dongdaemun Hotel

Nami Island  |  Starfield Library & Songpa Naru Park (Seokchon Lake Park)

Cat cafe Goyangi Noriteo (Cat's Playground), Myeongdong  |  Night life in Itaewon and Hongdae

Hanbok Rental & Gyeongbokgung Palace  |  Seodaemun Prison, Insadong & Ikseondong

The War Memorial of Korea  |   City Hall, Deoksugung Palace & Cheonggyecheon Stream

Namdaemun Street & Myeongdong  |  Yeouido Hangang Park, DDP & Jungbu Market  |

Return Journey &Travelodge Dongdaemun Hotel 

Mengimbau balik kenangan flight ke Sapporo dibatalkan sebab pandemik Covid-19, akhirnya berjaya juga tebus balik voucher. Syukur alhamdulillah dapat 100% balik jumlah harga tiket. Cuma bila nak redeem tu ada tips & tricks sikit. Air Asia ni pun bijak jugak hihi.. Masa mula2 nak redeem tu memang memanjang tak boleh. Bila kita masukkan kod voucher, ada error. Masa tu hanya trial and error je. Akhirnya dapat jugak selesai sehingga ke pembayaran. Tipsnya, kena pilih tarikh tertentu seperti di dalam jadual website khas untuk redeem voucher, voucher hanya boleh digunakan untuk harga tiket sahaja, tidak termasuk cukai-cukai. Lepas tu cuba redeem satu-satu, jangan serentak untuk beberapa orang. Tu yang tak lepas hari tu. Jadi kami redeem 1 voucher untuk 2 booking yang berasingan. Alhamdulillah berjaya. Voucher tu juga boleh digunakan untuk beli seats, makan dan baggage. So, oklah takde rugikan, walaupun tidak termasuk cukai.

Pada awalnya kami nak ke Seoul, South Korea pada musim sejuk (Disember/Januari) tapi memikirkan bawak anak yang selalu tak tahan sejuk ni, jadi malas nak bawak jalan lama-lama musim sejuk. Lagi pun kami pernah ke Seoul pada musim sejuk beberapa tahun lepas. Jadi, kali ni kami nak merasai musim bunga di Seoul plak.


Jenuhlah hari tu nak pegi Singapura pasport lama tak jumpa (misplaced). Jadi masa perbaharui pasport di Pejabat Imigresen kami dapatlah surat amaran sorang-sorang. Ntah tibe-tibe terjumpa dalam kotak mainan anak. Adoyaii.. tak pelah.. at least bukan terbuang ke ape.. boleh simpan sebagai kenangan.



Biasalah permulaan, mesti nak susun itinerary ikut lokasi & line subway kan. Baru boleh decide nak duduk mana dan nak pegi jalan-jalan mana. Lepas tu kami apply K-ETA melalui website imi South Korea. Tak sampai sehari dah approve. Senang. Nervous gile bila dapat email "Cancellation Notice" daripada Air Asia. Sakit jantung rasenya. Owh rupe-rupenye flight masa kami balik dari ICN ke KUL dibatalkan. Jadi boleh pilih reschedule/tukar tiket. Legaaa.. Waktu yang dicadangkan pun awal sikit dari yang dijadulkan. Oklah, takdelah mengganggu itinerary. Cuma tak syok balik tu tak boleh tido hihi


Masa ni rezeki dapat tukar duit rate murah di Pavilion, Bukit Bintang. Masa bulan puasa, tukar lagi di Midvalley. Murah skit. Terus bahagi-bahagi untuk keperluan utama. Lain-lain boleh tambah untuk shopping/snacks

Untuk kemudahan travel di Seoul, aku install apps Seoul Metro. Mudah, once on terus apps ni track kita di station mana / paling hampir. Boleh tengok cost & masa

Masa buat preparation, aku prefer rancang perjalanan dari website Seoul Metro Cyber Station

Naver Map

Kakao Map

Since di South Korea tak boleh pakai Google Map untuk navigation, aku install apps dan website Naver Map dan Kakao Map. Sangat-sangat membantu especially untuk tengok route & jarak perjalanan. Nak pakai Google Map pun boleh tapi hanya untuk rujukan location ok jugak. Pun membantu.


Arrange duit siap-siap. Senang. Tak kalut


Kemain.. holiday manicure is a must!



Pakaian-pakaian semua siap-siap vacuum senang sikit nak sumbat dalam luggage



Bila sampai je di KLIA2 kami terus collect pocket wifi Roaming Man


Senang dah check in online, scan QR code di kiosk dan print tag untuk baggage. Terus masukkan baggage di kaunter/kiosk. Boleh buat sendiri. Cuma tak boleh nak tipu/kautim dengan airlines untuk consider 1-2 kg.. hahaha. Satu luggage kecik tu exceed 1-2 kg je, tapi kene tolak dari machine. Jadi redha jela, kene bawak naik cabin. Nasib baik dah standby barang-barang yang sesuai bawak naik cabin.





Muka tak sabar nak tido dlm flight. Mengantuk dah






Sampai je di Incheon International Airport, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. K-ETA dah apply siap-siap, Q-code pun dah isi 3 hari sebelum, itinerary, hotel booking, voucher Klook, insurans semua dah simpan hardcopy dlm luggage. Softcopy pun ada simpan. Ms di kaunter pun kami tak keluarkan apa-apa. Hanya pasport je. Lega takde tanya apa-apa. Kami terus ke toilet untuk bersiap-siap untuk mulakan perjalanan. Lepas tu ke CU untuk beli kad T-Money dan reload. Kad T-Money mane tah pegi. Tak tau boleh pakai lagi ke tak.




Setakat trip kami, sekali jela kami top up, sebab ada beberapa perjalanan yang kami tak plan dalam itinerary. Kalau boleh top up cukup-cukup. Boleh refund tapi akan ada charge. Rugi je huhu. Baik pakai sampai abis atau, simpan je baki dalam kad.




Perjalanan ke hotel untuk simpan luggage. Sampai je di station Euljiro-sa(4)-ga keluar exit 7, jalan dalam beberapa meter boleh nampak bangunan hotel dari jauh. Tinggi dan berwarna merah. Sejuk! Ingat angin sepoi-sepoi bahasa. Tapi suhu mencecah 10 darjah celcius dan angin agak kuat. Mmg kene pakai sweater.





Lepas tinggalkan luggage, kami teruskan perjalanan. Di lobi hotel kelihatan coffee machine, komputer, microwave dan laluan ke cafe. Senanglah tengah-tengah malam nak mengopi/mengeteh. CU, 7-Eleven dan cafe-cafe lain semua berdekatan dengan hotel.




Bilik hotel walaupun kecil tapi sangat selesa dan bersih. Pemandangan pun cantik, nampak Namsan Tower. Lengkap dengan semua kemudahan dan kelengkapan. Plug point lansung tak kedekut. USB port pun bersepah. Meja tulis, selipar, hanger, mini fridge dan safe box pun ada.




Memang perangai kaann.. bawak makanan tak ingat dunia. Last-last bawak balik Malaysia haha


Pakaian-pakaian semua kami unpack, susun & simpan luggage. Takdelah rase sempit dengan beg-beg bersepah


Lengkap dengan plug + adapter. Kami tak perlu pakai pun international adapter. Mudah nak charge handphone, poket wifi, laptop dan tablet.







Shower dan toilet pun besar dan sangat selesa


Sekali-sekala bila malas nak ke kedai, kami beli coffee/tea di machine ni. Boleh beli yang panas atau sejuk. Siap ais. Best!


Dah nak tido tiba-tiba nak minum teh strawberry



Buat kerja office sambil layan Strawberry Mint Tea




Masa ni beli teh peach plak. Pun sedap! Tak try pun beli coffee sebab semua black coffee, tak de latte. Sebab machine pun pakai coffee/tea pod



Kat atas sekali ada roof top untuk tempat lepak-lepak. Nice jugak. Beberapa kali kami tapau dinner / minum-minum kat roof top. 










Cantiknya pemandangan dari atas













Lepas check in kami jalan-jalan di area berdekatan hotel. Banyak kedai hardware, cafe-cafe dan kedai serbaguna. Jungbu Market pun ada. Pasar yang jual makanan laut kering. Segala ikan masin, ikan bilis, sotong semua ada jual.







Budak kecik ni boleh plak tertidur kat situ huhu




Syok naik-naik dari Exit 7 je terus sampai hotel







Dari hotel sangat mudah nak ke station. Boleh jalan kaki ke station Euljiro-sa(4)-ga atau ke stesen Dongdaemun History & Culture Park (DHCP). Nak lalu atas boleh, nak lalu underground pun boleh. Kadang-kadang cuaca sejuk sangat, kami lalu underground. Tapi kadang-kadang balik malam, dah sunyi, takut jugak lalu underground. Kami suka lalu atas. Dari hotel boleh jalan kaki ke Dongdaemun Design Plaza, sebahagian Cheonggyecheon Stream, Jungbu Market, Gwangjang Market dan Hullyeonwon Park. Di sepanjang laluan underground ni juga ada kedai-kedai makanan, cafe, restaurant dan kedai sukan.















Hullyeonwon Park di waktu malam.






Hullyeonwon Park ~ tempat beriadah dan melepak. Tempat untuk orang main roller blade dan skateboard.










Breakfast disediakan di hotel. Kami pun baru perasan. Tak baca hotel booking. Tapi makanan agak tak berapa sesuai la dengan kami. Jadi kami makan salad & cereal je. Makanan yang disediakan banyak betul pilihan






Overall kami seronok stay di Travelodge. Sangat-sangat selesa. Housekeeping pun boleh request bila-bila masa. Budak kecik ni pun suka. Boleh bukak lampu tidur sambil membaca. Senang mommy & daddy nak tidur



Masa check out, kami simpan dulu luggage di hotel dan teruskan perjalanan untuk hari kami yang terakhir di Seoul. Dah selesai, baru kami ambil luggage, packing dan ke airport




Sebelum gerak, isi dulu borang claim VAT tax




Jalan ke station terus nampak lif. Jadi tak kisah kalau bawak beg banyak-banyak ke station



Budak kecik request Java Chip untuk kali terakhir di Seoul. Jom!








Bukan rezeki kami nak duduk sepanjang perjalanan train ke airport. Huhuhu. Dah dekat-dekat baru dapat seat kosong






First thing kami buat di Inchoen Airport, kami refund baki kad T-Money (kami menyesal sebab tak banyak pun lepas tu ada caj plak haha) dan claim cukai VAT. Senang je hanya ke machine, scan QR code, lepas tu terus dapat duit dari machine.



Kelam-kabut jugak nak naik flight sebab kaunter check in sangatlah panjang. Lepas tu kami kene naik train plak tu ke gate. Macam di Hong Kong. Jadi make sure kita tau flight kita gate nombor berapa. Naik train, berkejaran plak ke cafe nak menghabiskan duit won yang terakhir hahaha.. nasib baik sempat.




Dapatlah pekene coffee lagi sebelum balik Malaysia




Budak kecik kemain mintak ais krim







Budak kecik ni tak reti-reti penat. Lepas membaca, melukis plak. Lepas tu tengok movie plak.




Dapat makanan, semua orang happy!



Kami tak banyak shopping. Hanya beli untuk diri sendiri dan budak kecik ni. Kebanyakannya duit kami abis kat makan, coffee, makan, street food, coffee, makan.. :)

No comments:

Post a Comment