Nami Island | Starfield Library & Songpa Naru Park (Seokchon Lake Park)
Cat cafe Goyangi Noriteo (Cat's Playground), Myeongdong | Night life in Itaewon and Hongdae
Hanbok Rental & Gyeongbokgung Palace | Seodaemun Prison, Insadong & Ikseondong
The War Memorial of Korea | City Hall, Deoksugung Palace & Cheonggyecheon Stream
Namdaemun Street & Myeongdong | Yeouido Hangang Park, DDP & Jungbu Market |
Return Journey &Travelodge Dongdaemun Hotel
Hari pertama kami ke Yeouido Hangang Park. Turun di station Yeouinaru (Line 5). Saje nak rilex, konon-konon picnin, makan-makan tepi sungai sementara tunggu waktu check in hotel. Nasib baik sampai sana awal pagi, jadi orang takde. Selalu tempat ni penuh dengan orang berkelah, beriadah, berbasikal, lepak makan-makan.

Kami makan mee segera, jagung cheese dan biskut. Sampai sekarang suami dok puji jagung cheese tu sedap betul. Sampai ke sudah tak jumpe kat mana-mana 7-Eleven lain. hahaha..
Kami beli makanan di 7-Eleven terapung ni
Selepas tu kami ke Dongdaemun Design Plaza (DDP), turun di station Dongdaemun History & Culture Park (Line 5). Kagum tengok seni bina bangunan unik ni mcm space ship. Malam-malam lagi cantik. DDP ni dekat dengan hotel kami. Jalan kaki dalam 5-7 minit. Rase-rasenya banyak kali jugak kami ke DDP. Mau 3-4 kali kot haha..
Jungbu Market dekat je dengan hotel kami. Dalam 2 minit jalan kaki. Kalau berminat nak memborong makanan laut, bolehlah ke sini. Kami seronok cuti mata, beli street food dan tengok makanan-makanan tradisional Korea. Masa kami pergi ni dah petang jadi tak kurang orang. Dah nak tutup
No comments:
Post a Comment