Saturday, May 4, 2024

Seoul, South Korea: Namdaemun Street and Myeongdong

Myeongdong Street ni antara tempat yang kerap kami pergi. Sama ada nak mencari makanan, membeli-belah atau nak jalan-jalan. Ibarat macam hotel kedua kami haha. Walaupun ramai yang kata street food di Myeongdong ni overpriced, bukan makanan tradisional Korea, tapi tetap menjadi tempat tumpuan terutama pelancong Malaysia. Kami pun suka jalan-jalan di Myeongdong. Saja tengok-tengok menikmati suasana malam, makan makanan merapu hahaha.. Dah tau mahal tapi yela saje sekali-sekala apa salahnya. Nak pegi sini boleh turun di station Myeongdong (Line 4). Untuk exit, depends kita nak ke mana. Macam kami dah biasa keluar di exit 8 sebab dah familiar.


Dah bersedia nak ke Myeongdong lepas lama berehat di hotel pada hari pertama





Kebanyakan tempat agak sunyi bila malam-malam tapi tidak di Myeongdong. Walaupun hari bekerja tetap happening.



 Sejuk-sejuk pun mintak ais krim. Haih























Comelnye balai polis












Merehatkan kaki yang penat selepas lama berjalan


Siapa berminat dengan Dr. Martens boleh ke South Korea. Banyak gila outlet. Kat Malaysia pun dah takde



Akhirnya jumpa Cat Cafe yang kami plan nak pegi tu. Dah jumpa tempat senang. Esok malam kita pegi ye. Tempat tutup lewat malam. Jadi nak datang lewat-lewat pun boleh



























Suasana siang di Myeongdong pun tak kurang meriahnya. Tetap ramai orang



Patutnya kene shopping barang-barang souvenir di Namdaemun. Baru murah. Tapi masa tu tak terasa nak membeli-belah. Dah hari last-last baru nak shopping. Nasib laaa






Seronok membeli lotion. Ramai jugak yang puji lotion tangan kat sini best, tak berminyak. Menyesal jugak tak beli banyak





Nak cari Holly's Coffee tak jumpa-jumpa. Bila tak cari bersepah-sepah. Hmm. Ediya pun Ediya laa














Pada mulanya kami ke Namdaemun pada hari pertama untuk beli buah tangan untuk sahabat yang mengirim. Tapi mungkin lewat kot, pasar yang biasa jual barang kemas, baju-baju, makanan, semua tutup. Bila google rupa-rupanya bukak sampai lewat petang je. Bila kami sampai Namdaemun Street malam, dah sunyi. Jadi kami terus ke Myeongdong. Esoknya, selepas balik dari Nami Island, kami terus ke Namdaemun Street. Alhamdulillah sempat..








Murah gila beli coffee kat sini. Sedap plak tu














Sungnyemun Gate (South Great Door)




No comments:

Post a Comment