Thursday, August 27, 2026

Birthday Trip to DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

Dah lama teringin ke Damai Laut. Akhirnya teringat jugak tempat ni. Kalau ditanya kepada anak, dia nak repeat lagi ke Pulau Perhentian.. hahaha.. mana sempat nk plan. Ke pulau kene booking awal huhu. Kali ni kita santai-santai je weekend getaway. Semua free & easy. Just rileks, makan-makan, lepak-lepak.. Perjalanan agak jauh, hampir 4 jam jugak termasuk berhenti makan. Nasib baik perjalanan lancar, takde traffic jam.


Sampai lebih awal, dapat check in awal :)


Wah dapat warm cookies lebih!


The view is sooo breathtaking!








Balik sekolah terus gerak. Kejutan untuk birthday boy. Baju sekolah pun tak bukak lagi :)


Minum petang di Executive Lounge. Masa ni memang tak pantang makan minum. Unlimited coffee, tea, juices, soft drinks.. dah la cuaca panas, memang sedap setiap masa lepak sini








Sementara nak tunggu tea time, kami explore tempat ni dan habiskan masa main board games




Restaurant yang agak kecik dan tak dapat nak menampung guest. Cafe baru masih dalam construction. Untuk breakfast Executive Lounge plak tutup. Kekurangan kakitangan katanya. Jadi terpaksalah kami breakfast di sini



Bagi kami tempat dia sangat best. Pemandangan cantik, banyak aktiviti. Boleh mandi pantai, berkelah, mandi swimming pool & mini waterpark, board games, pool, etc. Cuma kena rajin berjalan. Maklumlah tempat dia tinggi tepi cliff, pemandangan cantik mestilah banyak tangga kan. Kedai runcit tutup awal dalam pukul 8.00 malam. Jadi bawaklah bekal snek siap-siap. Hotel ni pula terletak agak ke dalam, jadi kena rancanglah aktiviti dan makan kat mana





















 
Hampir setiap masa la kami lepak sini. Kadang-kadang buat kerja, tengok bola, lepak-lepak sambil dihidangkan air dan snek yang tiada had


Suka pemandangan dari lounge overlooking pantai & waterpark. Minum petang pun sedap. Menu hari-hari tukar. Jarang kami keluar cari makan sbb lepak sini, makan pun kenyang. Nak mengopi pun boleh lepak sini




























Surprise birthday boy! Hadiah yang tak berapa surprise sebab die specifically request. Cuma ada tambahan




Sempat tapau coffee untuk lepak tengah malam. Birthday boy dah busy ensemble Blokees




Breakfast yang menarik. Banyak pilihan






















Selain aktiviti melepak, mandi pantai, waterpark, main pool dan board games, kami ke Pusat Konservasi Penyu, Segari. Dekat je, dalam 15-20 min. Hotel ni yang jauh ke dalam. Kalau dari jalan besar rasa mcm 5-10 je. Best gile dapat tengok penyu. Dah la takde orang, tempat pun terjaga. Banyak maklumat pasal penyu kat situ


1st time tengok balai pencerapan anak bulan :)






































Sambung lepak lagiii..



My regular iced cappuccino






Tengah hari malas nak keluar, just order room service je





Petang minum petang di Executive Lounge, bertambah kenyang huhu. Lepas makan, kite main pool. First time Danish main pool, terror plak tu.. seronok dia.. banyak kali repeat. Lepas dinner, kami main pool lagi.. lepas tu sebelum balik pun kami main lagi



















Sebelum check out, lepak-lepak dulu minum. Sebelum kami bertolak balik, pekene pool dulu hihi






Siap dah semua projek2 Blokees dia







Kami singgah sekejap di Teluk Senangin tengok-tengok. Ada tempat makan, homestay, chalet, public beach..












On the way balik, lalu Sekinchan. Singgah drive through beli coconut shake dan jagung


No comments:

Post a Comment