Jabatan Insolvensi Negeri Selangor ada menganjurkan persidangan di Solesor Kampong Beach Resort. Hotel ni dah lama husband aim. Nasib baik cadangan diluluskan. Dapatlah merasa tinggal kat situ. Kebetulan plak ada beberapa orang yang extend stay dan tak dapat hadir, dapatlah kami sekeluarga stay untuk 1 malam. Merasa duduk di glamping. Overall, bagi kami, resort ni yang paling best di Port Dickson. Cantik dan pengalaman yang menarik. Cuma dari segi lokasi & pantai sahaja ada kekurangan. Tempat agak jauh dari kedai makan/tarikan pelancong. Pantai plak tak berapa cantik berbanding dengan pantai lain di Port Dickson. Mungkin disebabkan ada teluk buatan depan pantai, jadi air terkepung dan nampak tak bersih.
Sunday, July 19, 2026
Solesor Kampong Beach Resort, Port Dickson
Bagi aku, glamping okay je cuma, hotel ni terlampau mewah dan crowded. Segala katil, kabinet, semua kelengkapan ada. Dah macam bilik hotel. Aku membayangkan lapang je just ade tilam. Tapi kat sini semua ada, lengkap. Tak dinafikan semua selesa dan bersih
Suka gila dengan patio :)
Syok duduk kat kabin ni. Malam-malam boleh star gazing kat rooftop
Area sini boleh lepak-lepak, tengok tv dan tengok seluruh pemandangan resort
Landskap resort ni memang sangat cantik. Geng-geng rajin OOTD seronok ber-OOTD kat sini
Setiap kali pegi ke Port Dickson, tempat kegemaran yang kami suka lepak ialah Warung Kopi Leq lepas tu tapau coffee di Apacaba Coffee. Sangat best
Malam-malam pun cantik, landskap penuh dengan lampu-lampu
Tengok bola syok jugak
Breakfast di hotel menarik jugak
Seronok budak ni mencari ketam & siput
Dah mendung, nak hujan. Moh la kita check out
Labels:
Port Dickson
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




















































































































No comments:
Post a Comment