Bulan puasa kami rancang lepas raya di Pontian kami ke Desaru. Memandangkan cuaca panas terik mesti pantai Desaru cantik. Memang panas sungguh laaa. Sunburn dibuatnya. Kami menginap di Hard Rock Hotel Desaru Coast. Kalau book bilik sekali dengan breakfast akan dapat sekali entrance ticket ke Adventure Waterpark Desaru Coast. Kami booked double bed, jadi dapatlah 4 ticket. Last minute suami nak bawak keluarga, jadi sempat kami tambah lagi satu bilik. Beramai-ramai barulah seronok!
Cuaca cantik. Panas oi
Dah request awal untuk check in awal. Sampai awal skit, ada rezeki bilik available. Terus check in
Nak pinjam electrik guitar boleh pilih-pilih
Book bilik direct di website/apps Unity by Hard Rock, dapat tiket masuk ke Adventure Waterpark Desaru Coast secara percuma. Ada private entrance & unlimited re-entries. Kalau beli tiket asing, masuk di main entrance dan untuk sekali masuk sahaja, tak boleh re-entry.
Bila request check in awal, lupa plak nak request high level / dekat dengan lif. Sangatlah jauh dari lobi. Nasib baik kereta parking dengan bilik je. Tapi setakat ni mudah jugaklah nak bawak mak mentua pakai kerusi roda
Sempat budak kecik ni melukis
Lapar dah nak cari lunch sementara tunggu family suami sampai. Dah lama tak pekene ayam gepuk!
Lepas lunch kami singgah sekejap ke public beach. Cantiknya pantai.. tak sabar nak mandi kat pantai depan Westin haha. Punyalah best tengah-tengah hari buta pun ramai orang mandi haha
Dari bilik boleh dengar lagu raya berkumandang kat waterpark :)
Petang sikit kami naik buggy ke Westin. Towel pun ada disediakan di pantai depan Westin. Kaunter khas untuk guest yang menginap di Hard Rock Hotel
Setakat ni Pantai Desaru paling best pernah aku lepak. Tapi tak termasuk pantai timur laa.. Kat sini, pantai luas, bersih, ombak besar tapi tak membahayakan. Masih boleh mandi di gigi pantai. Mungkin sebab tak ramai orang kot. Tak banyak hotel dibina di pantai & Desaru ni terletak jauh, lebih 2 jam dari Pontian.
Seronok main ombak. Tak risau sangat sebab masih cetek dan landai. Cuma masih kene berhati-hati. Takut fatigue tanpa sedar
Balik dari pantai, sambung dalam swimming pool plak. Seronok budak kecik ni free dive sambil dengar muzik di dasar swimming pool
Sudah ready untuk live band! :)
Malam kami lepak dinner di Bandar Penawar. Tak jauh dari hotel. Makan sedap & portion pun besar
Banyak betul budak ni makan. Mintak pizza, mintak plak ayam korea
Esoknya kami breakfast dulu sebelum ke pantai, sementara tunggu waterpark buka pada pukul 10.00 pagi
Tak habis-habis dengan Porsche dia
Sebelum ke waterpark, terjun swimming pool dulu
Berbaloi jugak book bilik + breakfast dapat free entrance ticket to Adventure Waterpark. Kalau bilik double bed dapat 4 tiket + multiple entrance
Thank you adik ipar yang bongsu belanja sewa cabana. Cabana ni kalau sewa dapat free air & snacks. Banyak juga dia bagi. Ada juga pakej cabana & makanan
Setakat ni semua rides diorang balun tanpa gagal. Best jugak sebab takde orang sangat. Takde beratur lama
Sambil-sambil tunggu kereta kat lobi, terlelap dah budak-budak nih
Sebelum balik, kami singgah dulu kat Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly. Tempat dah bertambah luas dan refurbished sikit-sikit




















































































































































.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
































No comments:
Post a Comment