Nami Island | Starfield Library & Songpa Naru Park (Seokchon Lake Park)
Cat cafe Goyangi Noriteo (Cat's Playground), Myeongdong | Night life in Itaewon and Hongdae
Hanbok Rental & Gyeongbokgung Palace | Seodaemun Prison, Insadong & Ikseondong
The War Memorial of Korea | City Hall, Deoksugung Palace & Cheonggyecheon Stream
Namdaemun Street & Myeongdong | Yeouido Hangang Park, DDP & Jungbu Market |
Return Journey &Travelodge Dongdaemun Hotel
Sebelum ni pernah pergi ke Seoul City Hall, Deoksugung Palace dan Cheonggyecheon Stream tapi masa tu musin salji. Jadi lansung tak familiar tempat ni. Kali ni bila pergi musim bunga sangat-sangat menarik. Sampai-sampai di City Hall, terus nampak Seoul Outdoor Library. Mentang-mentang cuaca sejuk, bukan main lagi diorang melepak tengah-tengah hari hahaha.. Kalau di Malaysia, memang tak laa..


Budak kecik ni dah badmood sebab cari-cari bahan bacaan in English takde. Die nak lepak situ sebenarnya. Rugi plak tak bawa komik/buku cerita dia. Pagi tadi dia dah badmood kat Starfield Library sebab kurang bahan bacaan English haha
Berdekatan dengan Seoul Outdoor Library, kelihatan memorial memperingati mangsa-mangsa kejadian Halloween di Itaewon beberapa tahun lepas. Sedih tengok ramai juga yang meninggal dunia. Muda-muda plak tu semuanya. Semasa kami di Itaewon pun sempat tengok kawasan kejadian dan October 29 Memorial Alley.
Tak jauh dari City Hall kami berjalan ke Deoksugung Palace. Dekat je, boleh nampak pintu masuk
Korean Empire History Museum
National Museum of Modern and Contemporary Art
Dari Deoksugung Palace boleh jalan kaki ke Cheonggyecheon Stream & ke Gwanghwamun Square
Cheonggyecheon Stream
Gwanghwamun Square
On the way balik, belikan budak kecik ni donut kegemaran die kejap. Biasa namanya Choco Mochi Mochi. Tapi kat sini nama die Chewisty Chocolate Donut. Tapi budak kecik tak berapa impressed dengan donut tu. Tak kira, mommy suruh abiskan jugak!
On the way ke Euljiro-il(1)-ga Station, kami lalu kat Piano Staircase. Wow!
No comments:
Post a Comment