Sampai di Kea Farm orang dah mula ramai. Nasib baik ade car park baru. Walaupun jauh tapi seronok la jalan cuti mata. Cuaca sejuk!
Budak kecik ni sejak main game Grow A Garden kat Roblox, bukan main obsessed dia dengan tanam-tanaman. Segala jenis bunga, tumbuh-tumbuhan dia tau dan belajar.
Nasib baik sebelum pukul 12.00 tengah hari kami dah gerak dari Brinchang turun ke Tanah Rata. Jalan sesak nak naik. Sesak dari Cameron Centrum straight ke Kea Farm. Melekat traffic jam huhu
Suka gile vibe kat Strawberry Park Resorts ni. Tenang, best, klasik, tudor style, jauh dari hiruk-pikuk pelancong dan pemandangan sangat cantik. Last sekali pegi Strawberry Park Resort ni masa darjah 4. Duduk di apartment ramai-ramai dengan family. Tak sangka sebenarnya resort ni dah buka dari tahun 1985.
Walaupun nak naik dari Tanah Rata ke Strawberry Park Resorts ni agak jauh dalam 2-4 km memandu mendaki, tapi kalau dah turun naik 5-6 kali, rasa macam dekat je haha. Rajin jugaklah kitorg turun pegi makan, naik balik. Turun cari scones, naik balik. Malam-malam turun lagi pegi night market, cari coffee, naik balik.
Last visit frust sebab tersilap datang hari Ahad. Lord's Cafe tutup!
Kali nak dah bersedia. Beli awal-awal, borong untuk makan di rumah. Lain kali nak dtg, lepak terus makan panas-panas. Setakat ni scones dia tetap tak mengecewakan. Terbaik yang pernah kami makan
Banyak jugak kami borong buat stok. Sekali-sekala kami panaskan makan masa tea time/supper. Budak kecik ni pun belajar nak suka makan scones
Petang tu daddy bawak kami minum petang :)
Kesian dia awal-awal pagi dah bangun pegi Mossy Forest. Mengantuk dia tidur awal
Di bawah Strawberry Park Resorts tu ada Tokyo Town @ Cameron. Market yang bertemakan Jepun. Best jugak jalan-jalan, makan, shopping. Siang-siang pegi Kea Farm, malam-malam boleh pegi sini. Tapi parking agak limited dan crowded. Kene pegi awal
Kami tapau coffee kat sini. Sedap. Comel cafe die.. konsep Tokyo JR Subway Train.
Sebijik plak tu haha
Malam kami balik awal, lepak tengok movie sambil pekene coffee
Breakfast kami makan mi segera je kat balcony. Syok wooo... Muka masing-masing tak mandi :)
Beriya budak kecik ni mintak white strawberry. Manis gak. Sedap..
Walaupun dah abis exam, tapi kena siapkan tugasan PDPR sekolah tutup sempena ASEAN Summit
On the way balik, kami singgah makan di Abang Strawberry. Verdict? Hmm.. oklah...






















































































































