Prep & Penginapan | Fuji-Q Highland | Fujikawaguchiko | Nakano Broadway & Akihabara | Gala Yuzawa | Odaiba | Asakusa | Ueno | Shibuya | Tokyo Tower & Tokyo Skytree |
Hari terakhir nak bertolak Narita Airport ialah hari yang paling mendebarkan. Risau flight pukul 9.30 pagi. Jadi at least kena ada di Asakusabashi Station pada pukul 5.00 pagi. Naik train Narita Sky Access Limited Express pukul 5.16 pagi. Check in kaunter di Narita Airport sekurang-kurangnya pada pukul 6.30 pagi. Risau betul terlajak tidur haha.. Alhamdulillah, selamat semuanya.
Nasib baik dah check in online. Terus ke express lane. Lepas check in baggage, kami jalan-jalan di airport cari tempat makan. Tengok bag pun dah beranak-pinak, rasa lapang dah check in bag.
Sempat lagi menambah koleksi gashapon
Jumpa jugak kedai makan halal yang murah yang adik ipar kami bagitau. Dapatlah makan kat sini sekejap. Banyak menu dia. Nak makan macam-macam tapi memikirkan nanti dalam flight makan lagi dan lagi
Menghabiskan duit yen terakhir di konbini
Nak jadi cerita flight delay. Dari pukul 9.30 pagi delay ke tengah hari. Katanya pukul 1.30 petang baru akan diumumkan. Hmmm masa ni dah macam boleh agak apa akan berlaku. Cuma harap urusan dipermudahkan je. Kita fikir positif. Dalam kepala dah fikir, takpe, masih cuti sekolah, esok lusa kami masih bercuti
Dapatlah meal voucher total 6,000 yen. Seronok weh. Kata fikir positif kan haha
Dah kenyang beli Mc. Donald's tapi meal voucher banyak lagi. Last-last kami beli tumbler Starbucks
Last-last dapat announcement flight dibatalkan. Jadi kami dapat penginapan sementara menunggu flight esoknya. Seronoklah jugak sebab dapat stay lagi di Tokyo haha fikir positif kan. Berminggu-minggu kami tido atas tatami dan futon. Kali dapatlah rezeki tidur di hotel atas katil yang empuk haha
Ramai sangat beratur naik shuttle, kami terus naik teksi
Cash dah takde. Nasib baik boleh bayar pakai Apple Pay
Alhamdulillah sampai awal, takde orang lagi. Terus check in, dapat meal voucher lagi untuk dinner dan breakfast esok di hotel. Kami dapat 2 bilik. Wow
Bilik lagi satu
Lepas check in terus pegi makan. Pun malas nak beramai-ramai dengan penumpang lain yang flight cancelled
Alhamdulillah dapat makan dengan tenang. Makanan pun semuanya sedap-sedap belaka
Rissoto pun ada :)
Sebelum gerak pekena coffee dulu
Lepak bilik daddy layan Ultraman dulu
Danish Ilham dah mengantuk. Dia kata nak tidur dulu dalam bilik. Mommy dan daddy keluar kejap jalan-jalan area hotel. Last-last end up letak jugak tengok tv. Tak tidur-tidur haih..
Jadual shuttle bus. Boleh naik dan susun jadual ikut waktu flight esok. Email pun dah dapat untuk flight esok. Email untuk connecting flight pun dah dapat. Hmm.. katanya connecting flight kami dari Ho Chi Minh, Vietnam ke KL pada hari lusa. Kita tengok la mcm mane nanti
Wah ada Winter Illumination, yang kami nampak dari restaurant masa dinner tadi
Singgah plak kat kedai souvenir. Hmm membeli lagi.. hihi
Daddy geram tengok lampu tanglung dan mommy request topi cantik mcm daddy. Takut menyesal tak beli huhuhu
Malam ni kita sarung pyjamas hotel :)
Dapat email untuk connecting flight
Esoknya gerak awal sikit ke airport. Sejuk!
Sampai di airport kami terus check in bag. Dapat express lane jugak sebab dah buat online check in. Kami pesan siap-siap kat kaunter request halal meal dan jangan lupa Skytea. Sebab dah beli online. Tapi end up kami terlupa. Air crew pun tak bagi. Kami pun lupa nak follow up. Haih.. takpelah
Disebaban hari ni pun flight delay, jadi kami dapatlah lagi meal voucher 6,000 yen. Yahoo.. haha
Untuk connecting flight ke KL, ground crew kate kene rujuk dengan kaunter di Ho Chi Minh City nanti. Kita tunggu ape nasib nanti haha
Sampai airport ada aktiviti melukis dan mewarna Paper Mache. Seronok Danish Ilham join. Sejam jugak kami luangkan masa kat sini
Semalam tak dapat nak masuk Pokemon Store sebab belum bukak lagi tapi kami nak kena masuk departure. Hari ni dapatlah rezeki masuk Pokemon Store
Kami makan kat sini. Baki duit beli tumbler lagi hahaha. Okay la, 1 Starbucks dan 1 lagi Dean & Deluca
Pantang nampak precious stone confirm ada yang membelek-belek hihi
Alhamdulillah.. naik juga flight. Selesai satu bab Tokyo ke Ho Chi Minh City
Sampai je di Ho Chi Minh City, dapat sticker Last Minute Passanger. Kaunter offer kalau nak balik hari ni jugak, boleh naik flight kejap lagi tapi tambah lagi satu transit di Manila plak. Kami terima je. At least esok pagi dah sampai KL. Tak sanggup nak tunggu lagi esok plak baru nak gerak ke KL. Mau lusa baru sampai haha
Merasa la naik Philippine Airlines dan pergi ke Manila :)
Overall seat selesa dan makan sedap (semua halal). Sampai kami tertidur, tau-tau sampai KL. Penat sangat kot
Dried mango tu sedap gile
Ahhh welcome home!
Alhamdulillah, dapatlah beli sikit barang-barang. Takdelah banyak pun. Harga pun murah. Banyak untuk makan sendiri je huhu.. Majority Danish Ilham punya haha
Lega dapat unpack dan settle laundry semua. Boleh lepak-lepak depan tv. Home sweet home!
Tak menyempat nak ensemble haha
Saje beli satu nak sama dengan kereta sendiri.. Honda Vezel = Honda HRV
Danish Ilham dah ketagihan pasang Gundam. Pandai dia. Yang ni Entry Grade, kacang je. Nak pasang. Lagi satu tu mencabar sikit
Chips kegemaran kami
Menyesal tak beli banyak-banyak. Beli satu je. Ape laaaa
Classic signature Japanese drops can. Macam dalam movie Grave of the Fireflies huhuhu
Gula-gula sedap pulak tu
Berjaya jugak Danish pasang tanpa pertolongan Daddy :) Tahniah!























































































































No comments:
Post a Comment