Semalam usaha kami untuk collect reserved seats untuk Gala Yuzawa gagal dan dibatalkan sebab tak collect dalam masa yang ditetapkan (Kene collect 1 hari lebih awal sebelum pukul 9.00 malam). Pagi ni kami awal-awal pagi terus ke Ueno Station dan terus reserve seats untuk train yang awal pukul 6.42 pagi. Alhamdulillah, masih available. Sempat lagi berlari ke platform hihi. Cuma bila nak reserve seat untuk balik, semua penuh. Konon-konon nak balik pukul 11.30 pagi. Hahaha in your dreamssss... Takpe, seats untuk balik nanti cerita lain, kalau kene berdiri, berdiri laaa
Monday, January 19, 2026
Jom Japan: Gala Yuzawa Snow Resort, Niigata
Pukul 5.00 pagi dah bangun untuk ke Asakusabashi Station menuju ke Ueno Station. Target nak sampai di Gala Yuzawa awal sikit supaya tak rugi masa. Dalam shinkansen boleh tidur, takde masalah.
Masa ni masing-masing nak pakai thermal shirt & pants dan outer layer. Warm patch pun ada bawak extra. Mommy pakai snow boots (bakal dihumban), daddy dan Danish Ilham sewa snow boots di resort nanti
Nasib baik tak ramai orang beratur. Manage reserve.. alhamdulillah.. berkejar jugak ke platform sebab bullet train sampai 2 minit awal. Tepat 6.42 pagi terus gerak. Fuuuhh. Tak banyak train station yang kita boleh naik shinkansen (bullet train). Yang diketahui berdekatan, Tokyo Station, Shinjuku Station, Ueno Station dan Omiya Station.
Masa ni berlari nak kejar train yang hampir sampai. Terlupa nak tapau sarapan pagi. Rugi duduk train selesa tapi nak makan-makan dalam tu huhuhu
Dalam shinkansen ni punya la selesa. Cuma menyesal tak bawak siap bekalan coffee dan sarapan pagi. Kami hanya bawak biskut-biskut / roti je. Budak kecik siap nak pegi bersiap, boleh pegi bilik make up hihi
Bila dah hampir sampai di Gala Yuzawa, boleh nampak salji memutih di bandar. Cantik sangat. Tak puas tengok sebab kebanyakan masa train lalu underground
Gala Yuzawa Station memang station khas untuk snow resort ni dan hanya dibuka pada musim sejuk sahaja. Di musim lain, boleh turun Echigo Yuzawa Station dan free shuttle ada disediakan
Kami beli tiket gondola ke kawasan Rest House "Cheers" dan naik chairlift ke "Love Bell Observation Deck" di puncak central area, Barouche.
Lepas selesai redeem ticket Klook, kami terus ke tempat sewa peralatan. Untuk sewa snow boots dah buat secara online. Tinggal nak collect je. Fuuuhh nasib baik dah booking siap-siap. Panjang jugak queue. Untuk yang dah booking secara online ada express line di sebelah kiri
Sampai je atas kami terus sewa sled 2,000 yen setiap satu. Lepas tu terus naik ke "Love Bell Observation Deck", Barouche. Pergi awal sebab takut orang semakin ramai. Mula-mula seram je nak naik ni. Risau! Lama-lama dah selesai. Cuma nak ambil gambar dan video tu agak menggigil tangan. Takut betul kalau terlepas haha. Tak berani nak pakai glove. Tak yakin bila tiada sentuhan ni
Dapat merasa "Japow" Japan Powder Snow di sini. Memang halus dan macam tepung, bukan ais kisar. Sekali tengok macam tepung jagung pun ada. Semasa winter trip kami di Seoul dan Switzerland, salji tak cantik macam ni. Tak experience lansung snowfalls. Rezeki kat sini dapat rasa semua. Bila badan dah mula serasi dengan cuaca sejuk, tambah plak dengan lapisan pakaian yang hangat makin seronok main salji
Pinjam brader sebelah punye sekejap. Dia siap tolong bagi effect campak-campak salji hahaha
Lepas meluangkan masa di Barouche, kami turun balik untuk main sled dan makan
Tinggalkan je sled kat sini. Confirm takkan hilang punya. Asal-asal nak balik dalam pukul 11. 30 pagi. Bila rasa tak puas kat sini, kami decide nak balik lambat sikit la. Kami ambil shinkansen pukul 2.30 petang. Jadi boleh kita makan rilek-rilek, sambung main salji, main sled sampai puas!
Nasib baik kami gerak ke station awal. Tengok orang dah mula beratur. Pintu masuk ke platform masih ditutup sehingga 15 minit sebelum train sampai. Bila pintu bukak je semua orang berlari beratur di platform Non-Reserve. Memang agak terhad coach untuk Non-Reserve. Bersyukur sangat beratur awal, alhamdulillah.. dapatlah duduk sepanjang perjalanan naik shinkansen dari Gala Yuzawa Station ke Tokyo Station. Kami berhenti di Tokyo Station sebab lebih dekat kalau nak ke Odaiba. Itinerary kami ke Shibuya ditangguh ke hari esok. Malas nak terkejar-kejar. Kita rilex okay
Labels:
Gala Yuzawa,
Japan,
Niigata,
Tokyo,
Winter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































































































































No comments:
Post a Comment