Tuesday, January 20, 2026

Jom Japan: Shibuya, Tokyo

Bila dah beberapa hari tertangguh nak pergi ke Shibuya, akhirnya hari ni curi masa juga ke sana. Cuba abiskan itinerary awal, dari Ueno, kami letak barang-barang shopping kat rumah dan terus ke Shibuya. Tempat pertama yang kami pergi ialah TT Kokusai, tempat borong peralatan table tennis atau ping pong. Untuk ping pong player kalau datang sini, rugi tak borong blade dan getah. Memang harga murah beberapa ratus Ringgit Malaysia. Alat penimbang pun ada kat situ. Jangan lupa bawak pasport untuk dapat pengecualian cukai.






Benda dah aim lama huhu.. Blade Innerforce tu kalau dengan seller di Malaysia harga RM700-800. Kalau dengan seller Jepun di Shopee dalam harga RM500-600. Kat sini dapat dalam harga RM300-350 huhu. Kalau getah pun lebih murah RM50-100. Getah Dignics 09C tu plak kalau di Malaysia harga RM290.. Kat sini jatuh harga RM200. Rugi tak beli. Nak buat souvenir, boleh beli getah Mizuno. Rare sebab takde jual di Malaysia. Hanya di Jepun sahaja





Semua dah siap timbang & label. Nak timbang semula pun boleh


Siap limit 2 getah je huhu











Lepas tu kami ke Parco. Ade Nintendo Shop & Pokemon Center. Ya Allah ramainye manusia kat situ. Timing tak berapa tepat. Tengah peak hours
















Tiba-tiba ternampak plak Onitsuka Tiger. Terus singgah. Kalau ada design & size terus sambar. Nak cari Serrano Midnight Pure Gold. Susah betul nak jumpa. Rasa macam kena cari design lain ni. Harga murah dalam RM300-400 jugak. Kalau minat, rugi tak beli. Tak minat takpe hihi










The famous Shibuya Scramble Crossing





Hachiko statue
Bagus budaya kat sini kalau bergambar, memang beratur. Totally unspoken rules. Takde pun signboard ke ape. Lagi satu, kat belakang takde pun orang duduk mengacau orang bergambar sebab dah well known tempat orang bergambar kan.




Hari ni kita balik awal. Rehat-rehat sekejap, lepas tu merayau ke Asakusa

No comments:

Post a Comment