Tuesday, January 20, 2026

Jom Japan: Ueno

Lepas jalan-jalan sekejap di Asakusa, kami ke Ueno Station untuk ke Ueno Park dan Ueno National Museum of Nature & Science. Tiket muzium dah beli di Klook. Dari Ueno Station jalan jauh sikit ke muzium. Tapi seronok sebab melalui Ueno Park dan beberapa muzium lain. Tak terasa penat. Cuma cuaca la sejuk membeku. Cantik Ueno Park hari ni sebab semalam salji turun. Hari ni jela boleh tengok. Esok/petang ni cair dah hihi














Blue whale life-size


Sekarang muzium ni ada choice utk audio guide. Yang klasik audio sahaja atau yang dengan grafik pun ada. Boleh pilih, harga sama. Budak-budak gen Alpha mestilah pilih yang ada grafik kan. Macam tablet, suka la dia. Ni kali kedua kami ke muzium ni. Memang best sangat. Dapat kat budak ni memang dia suka. Banyak exhibits yang menarik perhatian dia. Lama jugak kami kat sini.




Masih lagi hidup, dalam proses untuk diawet. Boleh sentuh :)




Alatan untuk collect DNA buaya



Khusyuk mendengar penerangan pasal hidup laut yang mempunyai perubahan/perbezaan suhu air





Hachiko! Baka asal Akita memang besar mcm di muzium ni. Shiba Inu yang kecik sikit tapi rupa seakan-akan sama





Kalau pasal jenis-jenis batu, kristal boleh serah kepada budak ni. Memang kegemaran dia



Futabasaurus - spesimen fosil yang sebenar dan replika pun ada kat sini. Fosil asal dijumpai di Fukushima



Pegi kedai cenderahati di muzium pun seronok. Macam-macam benda jual. Biskut/manisan dalam packaging yang menarik memang jadi signature di Jepun. Suka betul tengok. Fosil sebenar pun ada dijual di sini


Batu-batu, precious stone, fossil pun ada jual siap dengan label dan packaging. Rambang mata budak kecik ni




Lepas lama pilih-pilih, Obsidian menjadi pilihan hati








Lepas pegi muzium kami ke Ameya Yokocho atau Ameyoko Shopping Street. Tempat ni agak best bagi kami. Rasa macam 2-3 kali kot pegi tempat ni. Ada 1 kedai halal, kerap jugak kami tapau ayam goreng kat situ. Murah dan sedap. Kat sini kami banyak borong coklat-coklat, toys dan makan street food. Murah..






Kalau Airbnb kami ada dapur ni, dah lama dah kami borong masak kat rumah! Geram!
















Suka tengok teksi Toyota klasik



Rilek je jejaka-jejaka lepak makan semua pakai business suits





Kat sini kitorang makan Marion Crepes. Kecewa sikit sebab benchmark kami Barnum's Crepe kat Fujikawaguchiko hihi


Ada satu petang tu sebelum kami pegi dinner, kami lepak-lepak kat Ueno Park, 
beli smoothies kat 7-Eleven




Ada flea market di sebelah Ueno Park. Kegemaran Danish Ilham tengok barang-barang vintage





Jumpe plak duit RM1.00 lama
















Petang tu kami dinner wagyu Yakiniku PANGA di cawangan Ueno. Kat Asakusa pun ada tapi tak boleh bawak kanak-kanak bawah 12 tahun. Nak je try tapi takut banyak isu, malas la.. Tapi kat Asakusa restoran dia lagi cantik, ada seats mengadap Kanda River dan boleh tengok cruise



Tak beli banyak sebab dah kenyang huhu.. Saje nak makan wagyu sebab kat makan lagi kat sini. Selalu makan kat KL. Nasib baik datang awal sebab kebanyakan tempat dah kene booked



















Ni masa malam terakhir nak menghabiskan duit yen terakhir dalam poket

No comments:

Post a Comment