Sunday, January 18, 2026

Jom Japan: Journey to Tokyo - Our Prep and Accommodation

Dah lama tak pegi trip musim sejuk! Last time pergi winter trip ke Seoul, South Korea pada tahun 2012 dan Tokyo, Japan pada tahun 2013. Masa last pegi Tokyo mommy mengandungkan Danish Ilham :) Sepanjang di Tokyo asyik rasa mual bila bau seaweed. Adoii. Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki dapat ke Tokyo lagi. Sebelum ni banyak jugak cadangan nak ke mana untuk winter trip. Memandangkan cuti sekolah bermula dari pertengahan Disember 2025 hingga pertengahan Januari 2026, memang nice la untuk winter trip. 

Osaka-Kyoto-Kobe-Nara kami dah pergi masa musim panas. Danish Ilham pun dah pernah pergi. Kalau ke Sapporo plak, tiket kapal terbang setakat ni takde tanda-tanda nak turun harga. Mahal betul. Susah nak dapat harga tiket murah ke Sapporo. Dah check di Scoot, Vietnam Airlines, Philippine Airlines, Air Asia, JAL, ANA dll memang setakat ni takde yang murah huhu.. Last-last kami pilih Tokyo. Danish Ilham pun pilih untuk ke Tokyo sebab dia familiar dengan landmark-landmark di Tokyo. Daddy teringin nak bercuti sambut tahun baharu di negara lain haha.. Mommy plak suka tengok sambutan Christmas di musin sejuk. Kami pilih Tokyo sebab kalau musim sejuk di Tokyo suhu tidak terlalu sejuk sehingga mencapai ke paras beku. Jadi selesa nak berjalan-jalan. Lepas tu kami boleh ke Niigata untuk bermain salji. Dari Tokyo kami boleh juga pergi ke Yamanashi untuk tengok Gunung Fuji.

Pertama kali kami booking tiket melalui Vietnam Airlines. Setakat ni antara yang murah. Philippine Airlines paling murah tapi risau sebab transit lama sangat dan ramai yang complain flight reschedule. Jenuh nak susun atur balik itinerary kalau jadual flight berubah. Mana nak arrange Airbnb dan hotel lagi.  Kalau dulu masa muda-muda, main beli je tiket kapal terbang tanpa ambil kira masa perjalanan, berapa hari aktiviti dan penginapan. Kali ni kita belajar sikit dari pengalaman haha. Susun itinerary ringkas mengikut area dan hari. Baru decide tarikh untuk book tiket.

Dah beli tiket kapal terbang, baru boleh survey hotel atau Airbnb. Selalunya kami book tiket kapal terbang 7-8 bulan awal. Setahun awal pun ada. Jadi takdelah terasa terbeban dengan kos perbelanjaan penginapan, tiket train, persiapan dan lain-lain. Di Fujikawaguchiko kami book Hotel De Machi. Hotel ni berdekatan dengan Shimoyoshida Honcho Street. Hanya 300m (jalan kaki 4 minit) dari station Gekkouji.

Di Tokyo pula, kami book Airbnb di Pegasus Hotel, Taito City. Hanya 200m (jalan kaki 3 minit) dari station Asakusabashi. Kalau ke Narita Airport boleh naik Keisei-Narita Sky Express 1 train sahaja tanpa transit, perjalanan dalam 1 jam.

Untuk pengangkutan plak, memandangkan kami dah rancang itinerary, kami menggunakan Tokyo Wide Pass (3 Days) untuk kami gunakan tanpa had naik shinkansen (bullet train), Narita Express (N'EX), subway JR East Line, Monorail dan Fujikyu Railway (ke Fujikawaguchiko). Jadi sepanjang 3 hari tu, kami susun jadual tempat melawat yang turun di station JR. Setakat ni station JR East Line banyak di tempat tumpuan pelancong walaupun agak terhad. Jadi mudahlah bergerak ke mana-mana tanpa membeli tiket metro. Walaupun harga pass ni agak mahal tapi berbaloi kalau kira perjalanan kita berbanding beli tiket pergi-balik dan asing-asing. Nak mudah redeem Tokyo Wide Pass, beli je di website JR East. Flight awal pagi pun mudah redeem di machine je. Tak perlu nak tunggu kaunter JR bukak pukul 8.30 pagi. Beli pass di Klook pun boleh. Redeem dengan cara yang sama.

Seterusnya, kami beli Tokyo Subway Ticket (72 hours) untuk naik Tokyo Metro & Toei Line tanpa had sepanjang 3 hari. Kalau dah berkali-kali naik turun subway, berbaloi beli pass 72 hours. Ada juga 24 hours dan 48 hours. Ikutlah kesesuaian. Pass boleh beli di klook atau di machine.

Tiket-tiket kebanyakannya beli online je. Tokyo Wide Pass, tiket Tokyo Subway 72 hours, tiket masuk National Museum of Nature and Science dan Mount Fuji Panaromic Ropeway beli di Klook. Ada diskaun tambahan dan voucher jugak. Mudah tak payah nak beratur beli tiket. Duit pun senang manage, dah settle awal. 


Pakaian thermal dan heat patch kebanyakannya beli di Shopee & Decathlon. Murah dan variety. Di snow resort kami hanya sewa boots je. Senang sebab di Tokyo bukan ada salji pun hihi. Thermal patch ni banyak membantu. Sekali-sekala sejuk menggigil jugak terutama sekali tangan. Susah nak amik gambar 


Agak menyesal tukar duit cash banyak-banyak. Banyak tempat/facilities cashless. Dan rugi exchange rate kat situ. Kalau guna Apple Pay, ikut rate semasa, menguntungkan sebab makin lama makin rendah mata wang Jepun


Bahagi siap-siap senang, tak lari budget dan akan terasa kita masih ada banyak duit :)


Nasib baik bawak banyak-banyak baju thermal. Memang sangat sejuk terutama sekali kat Fujikawaguchiko. Nak berjalan lama-lama sampai ke malam pun selesa


Vacuum je ape susah. Banyak 3 luggage. Reserve siap-siap untuk shopping


Masa ni flight delay. Risau jugak takut affect connecting flight di Hanoi. Nasib baik orang kaunter kate, jangan risau. Selalunye connecting flight pun akan tunggu sekejap. Kebetulan dapat email, flight di Hanoi ke Tokyo delay 30 minit. Di Hanoi pun airport kecik je, tak jauh la jalan nak transit. 


Nampak ada 2 luggage. Tapi sebenarnya dalam luggage merah tu ada 1 lagi luggage haha.
Reserve untuk shopping!



Selalu naik flight di KLiA 2, terasa hambar cafe-cafe/kedai di KLIA 1 ni.. Last-last lepak kat Costa je





Wah! Nasib baik aerotrain dah kembali beroperasi. Berapa lama rosak - diperbaiki - rosak balik



Masa ni konon nak pakai snow boots untuk hari pertama dan kedua di Fujikawaguchiko. Menyesal. Sakit kaki. Tak selesa. Sampai je di Narita Airport terus tukar running shoes. Gila stress nak berdiri lama, berjalan jauh. Terasa membebankan. Selama ni rasa okay kalau berdiri lama / berjalan jauh dengan running shoes. Jadi decided nak pakai di Gala Yuzawa je la main snow. Lepas tu akan ku humban boots ni haha






Budak kecik ni tengah obsessed collect coins. Hmm.. merayu-rayu pada mommy memang tak dapat laa





Seat yang selesa dan makanan yang sedap! Roti pun dihidangkan panas-panas fuhhh.. 
Beliau pun dah mula menulis journal :)




Jangan lupe opt untuk moslem meal masa online booking :)


Airport Hanoi pun meriah juga nak cuci-cuci mata. Ada juga pameran seni





On the way ke Tokyo sambil melayan movie Home Alone.. Ya Allah tak tau ni kali yang ke berapa ratus die tengok movie tu haha


Roti panas tu yang selalu menjadi pujaan hati


Order Skytea. Sedap! Ada boba :)








As usual di Japan, luggage dah sedia disusun rapi


Isi siap-siap, senang. Memudahkan urusan di imigresen. Walaupun nampak mcm queue panjang tp ade queue khas utk yang dah ada QR code. Smooth je urusan. Landing di airport pukul 7.00 pagi, lalu imigresen dan kastam, bersiap-siap di tandas, tukar baju semua, dalam pukul 8.00 lebih dah ada di JR office untuk redeem Tokyo Wide Pass.


Ikut sign N'EX yang warna merah untuk naik Narita Express ke Shinjuku/Tokyo Station


Nasib baik masa ni kami antara yang terawal sampai. Boleh la settle awal & reserve seat dari Narita Airport ke Shinjuku Station. Masa ni lupa dah nak reserve seat pegi/balik untuk ke Gala Yuzawa. Lagipun terkejar-kejar nak naik train yang awal pukul 8.49 am. Sekali, train delay... haih..





Yang atas tu JR Tokyo Wide Pass. Pass yang paling penting simpan untuk 3 hari ni. Jangan hilang.
Yang bawah tu pulak reserved seat ticket. Kalau tak nak reserve pun boleh, tapi 1st come 1st serve la dlm train, kalau ada kosong. Ada juga reserved seat kosong untuk sementara. Ade lampu/indicator kat seat menunjukkan ada orang reserve atau tak dan orang tu belum naik / dah naik train. Senang la kita nak duduk-duduk sekejap.





Sampai je di Shinjuku Station, kami terus cari locker untuk simpan luggage. Limited Express Train ke Fujikawaguchiko pun dah terlepas, takpelah, kita naik train biasa la. Lambat sikit la sampai. Kami ke Platform 16 untuk cari locker. Situ masih banyak kosong


Setakat ni urusan semua masih lagi cashless. Cash tak pakai lagi ni haha. Kami tinggalkan luggage untuk 2 hari. Esok petangnye baru nak ambil. Jadi esoknye kami dikenakan lagi caj tambah lagi 1 hari.



Dari Shinjuku kami ke Fuji-Q Highland Station untuk pegi ke taman tema dan lepas tu terus ke hotel. 
Di Fujikawaguchiko kami menginap di Hotel De Machi. Beberapa minit je jalan kaki dari Gekkouji Station. Kat area hotel ni banyak spot-spot yang cantik untuk ambil gambar Mount Fuji.
Malah tak perlu pun ke Shimoyoshida Honcho Street, sebab kedudukan jalan hotel ni lebih dekat dengan Mount Fuji :)


On the way nak ke hotel tu ada 7-Eleven, ada gerai crepe dan restaurant. Cumanya tahun baharu ni kebanyakannya tutup. Agak sunyi 2 hari ni



Suka betul dengan hotel ni. Bilik luas, bersih dan bilik mandi dan tandas yang sangat muslim friendly hihi










Malam tu sempat panaskan makanan dengan microwave di lobi hotel. Pakcik di kaunter tu sangat baik walaupun sangat garang haha. Very helpful


Barnum Crepe kat depan hotel ni jauh lagi sedap daripada Marion Crepe kat Tokyo huhuhu. Kat sini barulah kene pakai cash sahaja. Haaah baru boleh kami pecah duit Yen.
Syok boleh order crepe panas / sejuk





Malam tu jalan-jalan pegi Kawaguchiko Station. Sane ada la kedai-kedai yang masih bukak, boleh cuci mata. Meriah jugak malam-malam. Bukanlah malam pun. Actually pukul 5.00 pm mcm tu hahaha
Pukul 5.00 petang dah gelap mcm pukul 8.00 malam huhu


Ni masa on the way nak ke Tokyo. Kagum toilet dalam train yang canggih dan selesa.
Pintu automatik haha
Dari Shinjuku Station, kami ke Asakusabashi Station untuk ke Airbnb kami - Pegasus Hotel. Mudah hanya 1 train je. Nak travel pun senang sebab ada JR line dan Metro Subway. Mudah kami nak arrange pakai JR Tokyo Wide Pass untuk 3 hari pertama. Boleh travel guna JR train & bullet train tanpa had. Seterusnya kami beli Metro Subway Pass untuk 72 jam (3 hari), boleh guna subway tanpa had juga. Kalau stay di Asakusa, takde JR station. Jadi rugi sikit la travel kalau pakai Tokyo Wide Pass sbb tak cover Metro Subway. huhu. Kene tambah kos lain pulak untuk naik subway ke Asakusa.
Host sangat friendly and membantu. Bilik tu kecik tapi selesai, bersih dan sesuai untuk kami bertiga. Bilik klasik tido atas tatami dan futon. Toilet pun best




Bila nak tido, kami bentanglah futon tidur bertiga kat situ. Alhamdulillah, selesa. Seronok futon empuk dan seronok berhimpit-himpit di musim sejuk haha. Lupe plak nak amik gambar bentang futon. Rupe lebih kurang mcm kat Hotel De Machi di Fujikawaguchiko la


Kasut kene letak kat luar dan selipar dalam rumah ada disediakan


Hotel/Airbnb ni betul-betul terletak di Kanda River. Boleh tengok cruise. Cuma tak berkesempatan nak jalan-jalan area sini atau naik cruise. Asyik merayau jauh-jauh je.. Area rumah sendiri tak explore habis



Yang penting ada balcony




Lokasi Airbnb ni sangat strategik. Dekat dengan JR station & subway. Ada beberapa exit. Kalau nak dekat, boleh keluar di Exit A1. Kalau bawak bag banyak-banyak, boleh keluar/masuk di East Exit. Terus ke escalator. Tak perlu naik turun tangga. Konbini pun dekat. Boleh pegi Family Mart atau 7-Eleven. Untuk sampah kita kumpul je, bungkus elok-elok, letak luar bilik. Nanti host akan dispose dan provide plastik sampah baru. Nak request housekeeping pun boleh 


Adoi mug pun comel


Bilik ni cukup dengan semua kelengkapan. Takde dapur je. Almari dia pun besar dan tinggi. Mudah kami nak simpan semua luggage-luggage, kemas baju dan barang keperluan


Seberang jalan tu ada kedai Taiyaki. Beratur jugak orang. Ya Allah seronoknya dapat beli fresh, panas-panas. Alhamdulillah. Tutup pukul 10.00 malam. Jadi kalau nak kopi-kopi tengah malam tu, tak sempat la.. kena datang awal





Berapa kali ntah keluar tengah-tengah malam beli coffee. Saje buat layan-layan sambil buat kerja office

No comments:

Post a Comment