Sunday, January 18, 2026

Jom Japan: New Year’s Eve in Fujikawaguchiko, Yamanashi

Dari Otsuki Station ke Fuji-Q Highland Station kami dapatlah tempat duduk. Takdelah penat berdiri. Dapatlah menikmati pemandangan Mount Fuji sepanjang perjalanan





Fujikyu Railway dari Otsuki Station ke Kawaguchiko Station. Semua covered by Tokyo Wide Pass untuk 3 hari



Ni masa dari Shinjuku Station ke Otsuki Station. Takde seat. Duduk la mana-mana ceruk supaya selesa



Adoi semua benda kat Jepun comel haha


Selepas luangkan masa di Fuji-Q Highland, kami ke Gekkouji Station untuk ke Hotel De Machi dan bermalam 1 malam. Rasenya kat area sini bertambah-tambah sejuk. Dahlah baru sampai badan masih belum serasi dengan cuaca sejuk. Agak terseksa jugak la.



Gerai crepe favourite kitorang depan hotel



7-Eleven pun dekat jalan kaki dalam 5 minit








On the way ke Hotel De Machi. Hanya dalam beberapa minit jalan kaki dari Gekkouji Station. Dekat dengan cafe, konbini dan restaurant. Cuma esok New Year semua tutup awal / cuti panjang. Hotel yang bersih, bilik yang besar dan sangat selesa. Cuma tak tahan sejuk je











Esok pagi-pagi kami terus jalan-jalan area hotel. Hotel ni agak berdekatan dengan Shimoyoshida Honcho Street. Kedudukan hotel kami lebih dekat dengan Mount Fuji. Masa ni pukul 7 lebih. Yang bestnye area sini takde orang sangat.









Masa ni awal lagi. Kedai kopi masih tutup





Happy new year! haha.. simple gile wish kat hotel



Malam tu kami tapau Mac & Cheese kat kombini. Balik panaskan guna microwave. Selain kelengkapan pinggan mangkuk, sudu plastik, laundry pun ada disediakan. Nak sewa basikal pun boleh



Malam tu kami tapau juga Barnum Crepe. Sangat sedap dan murah






Esoknye selepas jalan-jalan area hotel menikmati pemandangan Mount Fuji, kami terus check out dan menuju ke Kawaguchiko Station. Lepas simpan bag, kami tukar duit di mesin coin dan bercadang nak naik bas ke Mount Fuji Panoramic Ropeway (Cable Car). Rupa-rupanya Kawaguchiko Sightseeing Bus mula beroperasi pada pukul 9.00 pagi. Hmm malas la nk tunggu. Terus naik teksi menuju ke cable car. Tak mahal sebab dekat hanya dalam 600 yen. Kami redeem ticket Klook dan terus naik cable car. Baru perasan, cable carnya satu je okay. Adoi nasib baik kami sampai awal, jadi masih belum sesak dan tak beratur.


Kawaguchiko Station


Pemandangan di sini memang sangat memukau. Cuaca pun sangat cantik. Cumanye kalau pegi awal, kedai-kedai di atas masih belum bukak. Harganya agak murah juga.

Dalam 1 jam lebih kami meluangkan masa di sini, kami pun gerak balik. Hah masa ni queue pelawat-pelawat yang datang dah panjang sampai ke jalan raya. Huhu. Terbayang gondola yg ada 1 je naik dan 1 je turun tu haha.. Jadi kalau nak selesa, dtg la awal-awal ye.


Nak jalan kaki dari Kawaguchiko Station pun boleh. Dalam 10-15 minit. Jalan-jalan melalui tasik, cafe dan kedai-kedai. Kami tak tahan sejuk huhuhu



Nak beli tiket kat Klook boleh, beli kat kiosk pun boleh. Ikut nasib, kadang-kadang queue nak redeem tu panjang sebab tour guide lama plak urusannya nak redeem tiket online. Kadang-Kadang kiosk plak kosong takde orang. Pembayaran secara tunai dan kad diterima :)





Di mana-mana ada Tomica hihi

































Tu diaaaa.. beratur sampai ke jalan raya. Dalam tu bertangga-tangga lagi. Masih panjang lagi perjalanan huhuhu.. kalau nak datang, datang awal / datang lewat sikit. Tengok queue. Kalau mcm ni tangguh la masa lain


Masa on the way naik teksi ke sini dah nampak kedai apple pie. Jadi kami singgah dulu makan apple pie panas-panas yang fresh from oven. Sedap!






Dari sini (station no. 9, Red Line) kami naik bas ke station no. 20 untuk ke Oishi Park. Seronok jugak lepak-lepak makan aiskrim di sini sambil menikmati pemandangan Mount Fuji.


Nasib baik kat area locker ada mesin tukar coin. Senang urusan nak naik bas. Kalau nak beli 2 days pass pun boleh. Cuma perjalanan kami tak banyak check point, jadi lagi untung bayar tambang. Cuma kene sediakan duit kecik yang secukupnya. Nak pakai IC Card pun boleh (Suica, Pasmo, etc.)



Family Mart hitam dan putih :)


Budak kecik ni enjoy betul naik public transport


Bus akan berhenti di station terakhir bagi Red Line, di Kawaguchiko Nature Living Center. Oishi Park berada berdekatan dalam 3 minit jalan kaki. Tempat ni best kalau dapat lawat semasa pelbagai musim. Musim bunga cantik penuh dengan bunga-bunga, musim luruh lagi cantik penuh dengan dedaun warna kuning dan merah.



Semak mana tah kami berposing





Beli jugak air mineral bentuk Mount Fuji ni walaupun susah nak simpan dan mahal haha


Sedap! Lavender + Maple





Boleh bayangkan betapa cantiknya tempat ni masa musim bunga atau musim luruh :)














Selepas tu, dari station no. 20 kami kembali ke station no. 1 (Kawaguchiko Station) untuk naik train ke Shimoyoshida Station. Di sini kami hiking sekejap naik ke Chureito Pagoda, Arakurayama Sengen Park. Bila cuaca sejuk, tak terasa sangat penat bile mendaki tangga sejauh 400 anak tangga. Bila kami berlari turun hanya mengambil masa dalam 3 minit. Pemandangan Mount Fuji dari atas memamg sangat menakjubkan tapi agak panas kalau dalam waktu tengah hari. Bila bergambar pun menghadap matahari. Seelok-eloknya datanglah pada awal pagi. Sebelum menaiki train kami singgah sekejap makan snack. Isi perut sebelum meneruskan perjalanan 2 jam naik train ke Shinjuku.



Setiap kali beli Evian. Murah.. dalam 100-140 yen


Petunjuk bagi pejalan kaki yang nak ke Chureito Pagoda


On the way dari Shimoyoshida Station ade jual makan-makan




Tengok kegigihan orang lain naik tangga sambil dukung anak, takkan kita nak give up kan haha














Dah sampai di atas pun ada gashapon utk souvenir




Rice Dumpling



Selepas semua aktiviti kami di Fujikawaguchiko selesai, kami menaiki train ke Nakano Station untuk ke Nakano Broadway and seterusnya ke Shinjuku Station untuk mengambil kembali luggage-luggage kami sebelum meneruskan perjalanan ke Asakusabashi Station untuk check in Airbnb kami di Pegasus Hotel.


Selamat tinggal Fujikawaguchiko








Sesekali duduk main game plak hihi

No comments:

Post a Comment