Dari Fujikawaguchiko, sebelum ke Shinjuku kami singgah sekejap di Nakano Station untuk Nakano Broadway. Meriah juga keadaan di Nakano Broadway walaupun banyak kedai tutup sempena Tahun Baharu. Kebanyakan kedai hobi tutup lama hampir seminggu. Memang budaya orang Jepun akan cuti panjang selepas Krismas dan sambung selepas Tahun Baharu.
Murahnye oii
Seronok jalan-jalan di Nakano Broadway ni kalau berminat barang-barangan vintage, permainan lama-lama. Cuma sekali-sekala tu ada jual benda baru, macam mahal plak harganya. Takpelah tengok-tengok dulu. Kebetulan pulak takde benda yang menarik perhatian kami. Hanya cuci mata je. Tak jumpa toys yang vintage / special
Coklat-coklat murah jugak. Kalau banding di Ameyoko Shopping Street, Ueno lagi murah la.
On the way balik, terjumpa coach dua tingkat wow
Ini lah rupa Airbnb kami, Pegasus Hotel. Tidur bentang futon mcm di Hotel De Machi di Fujikawaguchiko
Best ada balcony tapi tak pernah bukak pun. Sejuk gila huhu
Malam tu kami jalan-jalan di Akihabara sambil cari tempat untuk makan malam
Best gile makan kat sini. Portion die besar, murah dan sedap! Kami order udang tempura, nasi & wagyu beef dan ayam goreng. Puas makan. Sayangnya kami tak repeat lagi tempat ni. Ni je sekali kami berkesempatan makan kat sini
Malam tu kami jalan-jalan di Akihabara
Puas la tak henti-henti membeli Tomica dan Gundam. Pembelian melebihi 5000 yen boleh claim cukai. Tu yang best tu















































No comments:
Post a Comment