Pertama kali kami ke Tsukiji Outer Fish Market. Macam best je tengok orang share makan-makan kat sini. Memang best pun! Kami memang suka pegi ke pasar-pasar, tengok barang-barang basah dan budaya orang. Kat sini makanan laut semua fresh dan sedap. Harga okay-okay la.. kalau dah pegi Tokyo memang kene tutup mata la hihi
Pandai plak dia makan sashimi hihi
Boleh plak Danish Ilham request nak bawak balik cengkeram oyster hahaha.. gigih la orang pasar tu bersihkan. Ikut mu la naakk
Fresh tuna :)
Mantap pisau dia. Rugi kalau tak beli
Unagi sedap! Petang tu terus mkn nasi Unagi
Ada satu kedai ni kat depan beratur panjang jual benda Seafood Cracker yang sama. Kami teringin nak rasa tapi malas nak menunggu lama-lama. Pusing-pusing area pasar tu terjumpa lagi 1 kedai yang sama. Hah terus beli. Tak perlu beratur panjang. Memang dia letak sotong besar tu fresh-fresh dan kepitkan. Sampai jadi rangup. Sedap!
Lepas tu kami ke Ginza. Tak jauh dari Tsukiji Fish Market ni. 1 line je, 3 minutes train ride
Sambil-sambil tu sambung memburu kasut Onitsuka Tiger. Red Concept Store ni special skit sebab boleh embossed nama kat kasut. Tapi kena ambil sehari selepas, sebelum pukul 8.00 malam. Percuma je. Betul orang kata, kat sini ramai betul orang Malaysia. Meluat aku hahaha
Sambil-sambil tu pekene kopi
Niat di hati nak membeli-belah curve jeans dan t-shirt di Uniqlo tapi lupa dah.. Haih. Berlagak betul dah jalan sana-sini tak singgah lansung Uniqlo haha
Kite ke kedai alat tulis Itoya. Besar gile dan best!
Posca marker murah!
Segala mak nenek shades of colour sticky notes pun ada
Tetiba ada tanam sayur huhu











































































No comments:
Post a Comment