Add

Tuesday, September 1, 2020

Impromptu Day Trip to Genting Highlands (July 2020)

One day tibe-tibe husband ajak pegi Genting Highlands. Mase tu dah petang. Die kate jom gi lepak2, makan kat Genting Highlands nak? Terus la kami sekeluarga siap-siap terus gerak. On the way tu cuaca best plak, kabus tebal. Lagi sekali tibe-tibe husband kate jom kite check in nak? Adoooi sehelai baju ape pun tak bawak oii. Sampai2 di parking lot kat Genting Highlands Premium Outlet terus check kat Agoda, bilik ape yang masih available.

Over anak aku pakai earmuff hahaha


Browsing kat Agoda semua hotel penuh, pastu harga bilik mahal gile.. tetibe ternampak Grand Ion Delemen Hotel. Macam menarik je.. so kami booking la bilik kat hotel tu memandangkan hotel-hotel lain semua full dan harga RM500 dan ke atas semalam. Lepas makan malam, kami terus ke hotel. Perjalanan jauh jugak nak ke hotel tu. Dari SkyAvenue hampir 30 minit jugak. Jalan ke sana agak sunyi tapi dah banyak perubahan berbanding zaman dulu-dulu kitorang round-round kat area Amber Court. Lampu-lampu jalan dah banyak, jalan pun dah cantik. Tak la horror sangat.

Lepas check in, kitorang terus rehat kat hotel. Bilik sangat2lah selesa, segala amenities lengkap. Cume takde carpet hihi.. Dah la sejuk gile. Nasib baik ade bed slipper and bathrope :)

Bilik yang sangat selesa. Cume takde carpet.. dah la cuaca sejuk gile huhu..

Daddy dah mengantuk sangat tuuuu.. hihihi

Pemandangan pagi-pagi memang sangat best! Kabus tebal mungkin sebab kedudukan hotel ni tinggi dari yang lain

Pemandangan dari balcony hotel

Awal pagi kami dah turun cari breakfast. Ade MyNEWS.com. Pekene oden dan coffee sedap!

Lepas breakfast kami ronda-ronda area hotel. Best la jugak kat situ, ada taman, restaurant, kiosk, playground dan pemandangan yang sangat cantik! Dapat plak cuaca best.. Anak plak seronok dok ambik gambar. Kitorang saje jalan2 explore semua facilites hotel tu.. Ade indoor swimming pool, gym, kids club, game room, etc.






























Dah puas lepak, kami terus check out dan park kereta di Genting Highlands Premium Outlet. Saje kan buat keje, parking kat bawah lepas tu naik atas balik dengan cable car.. hihihi.. saje nak bawak anak jalan2 naik cable car waktu siang plak. Kami beli tiket glass floor gondola. Tapi tak delah thrill sangat. Sbb lantai je transparent glass. Keliling masih biasa dan gelap. So tak dela gayat sangat hihi.. Sampai je di SkyAvenue, first sekali makan di Nene Chicken.. ni mmg tempat favourite setiap kali datang. Pastu shopping skit, pg theme park sekejap melayan budak kecik sebelum balik rumah.

Hari ni rezeki dpt tengok langit cantik, cuaca sejuk.. Dari Genting Highlands boleh nampak KL :)

Sebab cuaca cantik hari ni, ramai jugak berhenti ambil gambar

Biase jela naik glass floor gondola ni.. takde la seram sangat hihi

Turun dari cable car kami terus lunch dulu. Singgah di Nene Chicken.. Mmg tempat favourite kalau lepak sini.. puas hati, ayam besar2, sedap, harga pun ok







Tak sabar betul nak tunggu theme park ni buka semula :)















Sebelum balik, singgah sekejap di H&M shopping baju anak..

No comments:

Post a Comment