Browsing kat Agoda semua hotel penuh, pastu harga bilik mahal gile.. tetibe ternampak Grand Ion Delemen Hotel. Macam menarik je.. so kami booking la bilik kat hotel tu memandangkan hotel-hotel lain semua full dan harga RM500 dan ke atas semalam. Lepas makan malam, kami terus ke hotel. Perjalanan jauh jugak nak ke hotel tu. Dari SkyAvenue hampir 30 minit jugak. Jalan ke sana agak sunyi tapi dah banyak perubahan berbanding zaman dulu-dulu kitorang round-round kat area Amber Court. Lampu-lampu jalan dah banyak, jalan pun dah cantik. Tak la horror sangat.
Lepas check in, kitorang terus rehat kat hotel. Bilik sangat2lah selesa, segala amenities lengkap. Cume takde carpet hihi.. Dah la sejuk gile. Nasib baik ade bed slipper and bathrope :)
Bilik yang sangat selesa. Cume takde carpet.. dah la cuaca sejuk gile huhu..
Daddy dah mengantuk sangat tuuuu.. hihihi
Pemandangan pagi-pagi memang sangat best! Kabus tebal mungkin sebab kedudukan hotel ni tinggi dari yang lain
Pemandangan dari balcony hotel
Awal pagi kami dah turun cari breakfast. Ade MyNEWS.com. Pekene oden dan coffee sedap!
Lepas breakfast kami ronda-ronda area hotel. Best la jugak kat situ, ada taman, restaurant, kiosk, playground dan pemandangan yang sangat cantik! Dapat plak cuaca best.. Anak plak seronok dok ambik gambar. Kitorang saje jalan2 explore semua facilites hotel tu.. Ade indoor swimming pool, gym, kids club, game room, etc.
Hari ni rezeki dpt tengok langit cantik, cuaca sejuk.. Dari Genting Highlands boleh nampak KL :)
Sebab cuaca cantik hari ni, ramai jugak berhenti ambil gambar
Biase jela naik glass floor gondola ni.. takde la seram sangat hihi
Turun dari cable car kami terus lunch dulu. Singgah di Nene Chicken.. Mmg tempat favourite kalau lepak sini.. puas hati, ayam besar2, sedap, harga pun ok
No comments:
Post a Comment