Thursday, December 23, 2021

Free and easy in Langkawi

Setelah sekian lama hibernate di rumah, akhirnya dapat juga proceed plan bercuti. Dah berapa dah percutian terpakse dibatalkan. Tak dapat bercuti pun boleh stress kan. haha.. Awal2 masa dibenarkan untuk merentas negeri, terus kami beli tiket flight ke Langkawi. Murah gile. So terfikir kalau batal lagi percutian, takde lah rasa ralat sangat. Hotel pun booking je dulu, tak bayar lagi. Nak jadi drama, beberapa hari sebelum bertolak ke Langkawi, boleh plak anak jadi kontak rapat kepada kawan sekolah yang disahkan positif Covid-19. Tak pasal2 kene kuarantin dan kene swab test. Syukur alhamdulillah tested negative. Jadi, boleh la proceed dengan percutian ni. Baru confirm sewa kereta, book island hopping naik jetski dan beli tiket Langkawi SkyCab.


Sepanjang penerbangan dia sibuk melukis :)


Bagi aku, jalan turun kapal terbang tanpa aerobridge lebih menarik. Seronok tengok kapal terbang













Sampai je di airport, kereta sewa pun sampai. Mula2 ingat nak sewa Axia atau Viva je. Tapi semua tak reply / tak available. Last2 sewa Nissan Almera. Dari airport terus ke Langkawi SkyCab. Hah memang kat sini dah takde dah ikut SOP. Punye crowded beratur bersesak-sesak. Beli tiket online pun tetap kene beratur panjang. Ape punye sistem ntah. Nasib baik nak pegi hanya utk bawa Danish merasai pengalaman naik kereta kabel di Gunung Mat Cincang. Dah rase dah lah. Tak berminat nak pegi lagi. Keadaan di sana pun mcm huru-hara sikit dan kelihatan tak de refurbish. Mcm tu je sekian lama. Tiket pakej semua bukan murah dan kate je pakej tp tempat lawatan lain semua tutup. Hmm.. Takpe, kami tetap menikmati pemandangan yang sangat indah di Gunung Mat Cincang. Cuaca panas terik, dari jauh nampak pantai yang membiru. Memang memukau.






Panas, panas jugak. Tapi kat atas tersangatlah sejuk! Angin kuat plak tu




Kerja kami kat sini asyik makan/minum je.. seronok sangat hihi


These pictures don't do it justice. Cable car pun agak kotor, so view tak berapa jelas


Jaga-jaga dengan handphone anda. Tak mustahil kalau terbang huhu



Bersungguh kami menikmati makanan kat sini. Dah macam pegi pasar malam. Macam2 beli






Tak pasti animal farm ni bukak ke tak. Mcm menarik. Rugi tak beli tiket ke sini


























Tutup. Mendeee la


Lepas kami selesai island hopping dengan jetski, ambil masa skit utk singgah di Dataran Lang (Eagle Square). Budak kecik ni dah sibuk nak balik hotel nak mandi swimming pool dan pegi pantai









Pemandangan di hadapan Dataran Lang sangat cantik. Suami dah sebut next time nak naik cruise plak


Sang biawak menemani aku balik. Terkejut aku



Moody skit sebab baru bangun tidur. Kesian die kepenatan. Dah kene pakse plak bergambar








Sebelum balik ke hotel kami singgah sekejap membeli-belah di Rams Home Decor. Malas nak pegi jauh2. 5 minit je dari hotel. Rase-rasenye ini sesi membeli-belah paling pantas sebab beli coklat-coklat untuk makan sendiri dan buah tangan, periuk kaca, serving plates, sudu-garpu-pisau dan permainan hanya 20 minit je. Kalau bagi 2 jam tak tau lah banyak mana plak kami memborong.



Hajat di hati nak beli pinggan mcm ni untuk tambah koleksi pinggan-pinggan putih kat rumah. Tapi malas nak membawa. So ambil gambar sebagai rujukan dan simpanan hihi




Sempat singgah di kedai tepi jalan memenuhi kiriman rakan-rakan


Beli gak untuk diri sendiri. Zaman sekarang rupenye dah ada pelbagai bau (Strawberry, Lavender, Lemon, dll)


Wajib borong sbb teringin sangat


Dulu-dulu kat Langkawi banyak gile coklat Whittaker's (New Zealand) tp sekarang aku tak nampak plak. So tak boleh nak borong. Beli kat KL jela. Kami memang tak round pun mencari coklat. Hanya beli 1 tempat je, memborong ape yg ade. Sekarang ni kegemaran kami coklat Ritter Sport plak



Malam kami lepak di Pantai Cenang. Meriah betul malam2. Suami tertarik nak makan malam ni tempat yang ada akustik/live band. Rezeki dapat juga makan sambil ditemani bunyi muzik akustik di Restauran Telaga Seafood. Gigih pusing jauh sbb nak masuk parking di belakang, alhamdulillah dapat parking dekat. Hari ni punyelah banyak makan. Siang2 dok bermakan-makan di Langkawi SkyCab, hi-tea di St. Regis lepas pekene seafood plak di Pantai Cenang. Lepas ni cukuplah, kene puasa haha.


Tempat yang sangat cozy, bersih dan banyak meja. Ade juga gazebo2 kat luar




Lepas makan malam terus kami bersiar-siar. Meriah gile malam-malam.. Padanlah orang prefer stay kat hotel di Pantai Cenang. Mungkin next time kami boleh cube stay di Pantai Cenang. Kami plak dah terjatuh cinta dengan kecantikan Pantai Cenang :)





Suasana siang di Pantai Cenang. Boleh jugak kalau nak shopping coklat dan pinggan mangkuk kat sini. Ada sesetengah coklat lebih murah harganya berbanding dengan harga coklat di Kuah



Masa kat tengah-tengah pulau, budak kecik ni dah request nak makan KFC hahahaha.. kesian, die teringin. Semalam pun sebut nak KFC juga tp mommy dan daddy nak makan seafood. Jadi hari ni kami tunaikan hajatnya.


Muka anak-beranak yang sunburn



Menara MAHA di Kuah, Langkawi yang masih dalam pembinaan. Tapi diorg bukak lampu berwarna-warni.. Cantik!




Di hari terakhir sebelum tertolak balik. Terima kasih atas layanan yang sangat istimewa :)

No comments:

Post a Comment