Monday, December 12, 2022

Port Dickson with in-laws

Nak buat family gathering dan holiday bersama-sama ni bukan senang. Kene plak melibatkan banyak family. Cume kami beruntung kebanyakannya keje di Johor, jadi cuti hari minggu pada hari Jumaat. So boleh aku & suami ambil cuti hari Jumaat. Sabtu check out dan family boleh balik ke Johor tanpa kesesakan lalu-lintas. Last time kami ke Port Dickson stay di Avillion Port Dickson. Tempat yang tak berapa condusive utk jalan-jalan ibu mentua. Banyak tangga dan pantai yang tak berapa cantik. Kawasan hotel juga tak berapa lapang untuk lepak-lepak. So kami repeat lagi stay di Thistle Port Dickson. Hotel ni agak lama tp sukan dengan pantai, swimming pool dan bilik die yang besar dan selesa.

Disebabkan kami sampai awal, ke terus ke hotel untuk check in dulu. Risau jugak sebab bace dalam review ade yang tunggu sampai pukul 7 petang baru dapat bilik. So kami sampai awal, alhamdulillah dapat check in awal dan dpt semua bilik. Husband siap2 bukak aircond.

Sebelum check in, kami ke Muzium Tentera dulu. Budak2 dah besar ni excited die lain macam masuk tunnel/gua, lalu jambatan gantung, bagi makan ikan. Seronok tengok diorg enjoy. Masuk percuma je















































Sebelum ke hotel, kami singgah dulu makan kambing bakar & cendol di tempat biasa





Suke betul bile cuaca panas terik. Laut pun nampak biru je


Sampai hotel terus berendam dulu dalam swimming pool. Mase ni pantai tak laku hihi















































Kalau zaman dulu, malam2 ade tayangan video di swimming pool. Sekarang xde plak. Mungkin bukan hari minggu



Malam tu kami cari kedai makan








Kalau buat bbq kat sini pun best jugak. Tp kami malas nk prep & mengemas. Fikir nk dtg holiday, enjoy je dan berehat je




Awal pagi kami beli breakfast dan berkelah tepi pantai sebelum sambung berendam dalam swimming pool






Pantai dan air depan Thistle tak pernah mengecewakan


























Sebelum balik, kami singgah lunch kat Gerobok Salai kat Rembau. Best gile. Walaupun aku orang Negeri Sembilan, 1st time aku datang sini. Selain jual lauk2 ade banyak jual kek, puding dan kuih-muih




Budak ni layan makan ayam goreng berempah


Nak beli daging salai frozen pun boleh

No comments:

Post a Comment