Add

Tuesday, March 14, 2023

Bukit Batu Putih Hike At Tanjung Tuan, Port Dickson

Cuti sekolah ni buat pertama kali kami tiga-beranak nak pegi hiking. Kalau sebelum ni Danish & Mommy je hiking. Alang-Alang pegi Port Dickson, kite cube ke Bukit Batu Putih di Tanjung Tuan. Danish pun siap pesan awal-awal dia tak nak pegi hiking ramai-ramai dengan strangers. Jadi kami pegi hari Jumaat hari bekerja. Mmg xde sangat orang. Awal pagi dah bertolak dari rumah, sampai di Taman Eko-Rimba Tanjung Tuan dalam pukul 9.00 lebih mcm tu. Dalam perjalanan, hujan jugak cuma tak lebat. Masa mula masuk tu pun gerimis. Dah ready semua pakai topi & bawak payung. Cume harapan jangan hujan lebat dan ribut je.


Dari pintu utama kita akan jalan dalam 800-900 meter (15 minit) dan akan nampak Rumah Api Cape Rachado. Laluan ke hutan menuje ke Bukit Batu Putih di sebelah kanan berdekatan dengan rumah api. Ade juga pengunjung tapi tak ramai. Sebelum masuk hutan, kite rayau keliling rumah api dulu.

 















Kalau kami dari rumah api, tangga masuk ke Bukit Batu Putih tu di belah kiri




Budak ni semua bende nak ditegurnya hihihi.. kerengga la, lipan la, semut hutan la




















Masa ni dah nak hampir sampai ke Bukit Batu Putih. Terdengar suara kanak-kanak.. Rupe-rupenye ayahnya tengah guide anak-anak turun bukit.


Part ni memang favourite Danish Ilham. Suke die panjat-memanjat ni. Adventurous katenye.






Ni group yang baru turun. Laluan mendaki ke puncak bukit tu ade dua. Ikutlah kesukaan nak naik yang mane. Tapi rasenye klau org ramai, akan limited 1 tempat utk naik dan 1 tempat utk turun. Untuk keselamatan, tempat ni sesuai klau nak bawak kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas, yang boleh behave dan dengar arahan. Unless nak bawak baby guna carrier, tu takde masalah. hihi








Masa baru lepas hujan jadi pemandangan agak berawan. Kalau panas terik ni mesti cantik kan :)






















Masa on the way nak balik, perjalanan agak mendaki, penat skit la.. Kami duduk kejap. Tapi budak kecik ni tak reti penat.. hihi


Tengok tu, lajuuu je jalan



Berdekatan dengan pintu masuk tu ade Hotel Villea Port Dickson. Next time boleh stay sini :)












Sebelum gerak kami singgah sekejap di Blue Lagoon. Pantai yang sangat bersih dan cantik. Tapiii pemandangan buruk dengan khemah-khemah peniaga di pantai. Sangat-sangat mencemarkan. Nak lepak picnic pun dah xbest, penuh dengan khemah peniaga. Ni tak boleh bayangkan kalau semua dah mula berniaga. Nak lepak main pasir pun x syok





Sebelum kami ke hotel, kami singgah lunch dulu di Gobok Salai di Rembau. Lupe nak amik gambar makanan. Gelojoh sangat ;p

No comments:

Post a Comment