Sunday, September 16, 2012

Legoland (15 September 2012) ~ The Opening



Sempena Hari Malaysia ni, aku mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia, dan kepada bekas-bekas rakyat Malaysia, Rugi korang tak jadi rakyat Malaysia. Sekian.

Cuti minggu aku decide nak pegi Legoland di Iskandar, Johor. (Actually bukan aku yg decide. Husband aku yg bg greenlight. hihi). Tiket pun beli last minute. Nasib baik ade sahabat baik aku membantu untuk meminjam credit card Maybank dia.. so dapatlah beli annual pass dengan harga yg sngat2 murah. Thanks a billion FATIN! Harga biasa untuk tiket 1 day pass - RM140, dan untuk annual pass - RM275. Buat masa sekarang ni ada Promotion untuk Maybank Cardmembers ~ discount tu boleh dapat bile beli melalui http://redtix.airasia.com/. So aku dapatlah harga annual pass RM195 untuk dewasa dan RM150 untuk kanak-kanak. Untung sangatlah.. Tapi hotel kami tak dapat harga murah.. sbb book last minute kat Tune Hotel, Danga Bay. Dalam RM102/night. Mahal gak tuh. Selalu bleh dapat RM50++/night. Tak pelah.. janji, selesa & dekat.


Bilik double bedroom kat Tune Hotel, Danga Bay

Untung jugak dapat pegi masa opening.. dapat tengok macam2 performance. Marching banda ade..(my all time favourite!!), live band ade, magic show ade, fire works ade, dll.


Mi Familia
Ramai orang tanya aku, best ke tempat ni?? Compare dengan Sunway Lagoon, Universal Studios, Genting, etc. Nak jawab agak susah. Sbb terpulang pada individu. Bagi aku, kalau orang tau nak appreciate Lego, mestilah dia suke tempat nih. Amusement park dia biase2 je, tak terlalu extreme sangat. Tapi still best!. Tempat favourite aku adalah Miniland (Replica bangunan Lego). Hasil dia mmg terbaik. Walaupun cuaca punye panas tp kami semua enjoy. Buat masa ni, tempat ni agak terbuka. Kurang pokok2, tu sebab panas sangat. Tahun 2013 nnti waterpark dalam Legoland tu akan siap sepenuhnya. Dan tahun seterusnya, Legoland Hotel pun akan siap. Tapi Insya Allah, pokok2 dah tumbuh, tempat dah develop sikit, boleh aku pegi lagi. Lagi seronok kot!! Kalau nak pegi sana, make sure bwk drinking water banyak2, bwk payung, topi, pakai sunblock, etc. Keadaan kat sana amat2 panas. Tapi tak sepanas Universal Studios.. sana lagi panas kot..tepi laut lagi..adehh.. Pegi Legoland punye seronok, sampai tahap sampai sana pukul 8.30 pagi, beratur redeem ticket, ambik gambar untuk annual pass, lepak dalam Legoland sampai nak dekat pukul 10.00 malam!! Alhamdulillah, dapat gak tngok live band, fireworks.. Yang tak tahan tu, abah & adik aku singgah lagi esok pagi nye! Masya Allah... 16 September 2012 tu lagi ramai orang datang! Penuh parking, penuh queue nak beli ticket..hahaha.. xpe lah, at least abah & adik aku tak pyh beratur lagi. Masuk je terus. Layan lah gambar ni : (tak sabar betul aku nak upload smlm!!)

Ade plak kereta pancit. Siap orang Lego tolong angkat. Ade sound & motion plak tuh. Bunyi macam orang sembelit pn ade..hahaha #arrggghhh..!!

KTM & ERL. Comel..! Keretapi ni siap berjalan.. lepas tu berhenti..posing utk org amik gambar la konon.hihi
KLIA (siap dengan bunyi kapal terbang nak take off & kapal terbang berjalan)
KLIA
Masjid Putrajaya
Johor Bahru
Singapore

Taj Mahal, India
Siap ade main ular & shooting filem Bollywood lg..kelaass..




Dalam Miniland ade semua bangunan replika KLIA, Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Singapore, India, Myanmar, China , Laos, Pirate, Brunei, Philippines, Indonesia, Vietnam, CAmbodia, Thailand, Port Tanjung Pelepas, etc.

Kuala Lumpur



Tanjung Pelepas



Angkor Wat, Siem Reap


Brunei & China

Tanah Lot, Bali


Dah pakai diving gear, pakai plak pelampung penyu..haish.. tak phm aku..hahah







Roller Coaster yg sangat best. Sampai Abah aku pun main. Haish..



Driving School. Siap ade belajar memandu & bagi lesen tuh..

Main boat ni, kene bayar lain. RM5 kot tak silap..

Ni antara game yg paling aku suke tengok. Whole family boleh join dan diorg buat macam pertandingan. Mula2 tu, pam untuk gerakkan kereta bomba penyelamat. Lepas tu berlumba padamkan api.. Seronok tngok mak2 pun sama2 main..hihi




Yang bawah tu, rides + main tembak2.. siap ade markah lagi. Kantoi markah aku kosong. hahaha


Ni antara aktiviti2 yang ada kat sana. Main Lego laa... ape lagi.. diorg akan bagi pelan untuk siapkan bangunan. Huh, xkan siap punye. yg aku buat tu pun, orang lain punye.. aku sambung buat je. haha


Ada parade masa petang2 tu.. Best !!

SUASANA MALAM DI LEGOLAND




Live band

Bunga Api!! Diorg siap provide spec hologram utk tengok bunga api.. Bunga api dia lame gak.. nak dekat 30 minit gak.. Masa tu, ade gak kawasan hutan atas bukit tu terbakar skit. sbb kene serpihan bunga api..besar gak api nye. tak tau lah ape jadi lepas tuh..bomba datang kot.


ANTARA KEDAI-KEDAI MAKAN & CENDERAHATI DALAM LEGOLAND



ANTAR KEDAI-KEDAI MAKAN & BUTIK KAT LUAR LEGOLAND
kat sini jgn risau.. tak panas.. ko tngok berapa besar bilah kipas siling dia..


SEKIAN

2 comments:

  1. best nyer tgk legoland lam blog ko ni~~

    ReplyDelete
  2. Best... jom la pegi...hihihi.. tunggu dah lame skit.. tmpat tu dah fully developed, kite g..

    ReplyDelete