Dah lama sangat teringin nak naik jetski keliling pulau. Selagi nak merasai, selagi tu sibuk nak cuba. hahaha.. Kami pilih pakej island hopping ke 3 tempat (Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar utk bagi makan helang dan Pulau Beras Basah). Seawal pagi dalam pukul 9.30 dah kene ada di pantai untuk persediaan peralatan dan taklimat. Sepanjang menunggu tu budak kecik ni memang seronok nak mandi pantai. Pantai Cenang memang sangat cantik dan bersih. Terasa rugi tak menginap kat sini. Berdekatan tu nampak PARKROYAL Hotel sedang dalam pembinaan.
Tempat pertama yang kami singgah - Tasik Dayang Bunting. Alhamdulillah berjaya juga kami sampai naik jetski. Tapi memang menyesal la sbb jauh gak dan penat bawak jetski hihi. Kalau naik bot, kite rilek je nak ke mana-mana. Tapi kalau naik jetski, kira bercinta jugak la bile dah kene gerak
Monyet2 ni semua baik2, cume kene hati-hati kalau tengah makan. Jangan tunjuk2 sangat, kang kene rampas walaupun tengah makan atas meja
Pertama kali berenang di tasik. Menakutkan jugak sebab dalam dan air die gelap tak nampak ape huhu
Bukan main suke die naik jetski, siap menyanyi-nyanyi kat belakang
Lepas tu kami singgah tengok burung helang di Pulau Singa Besar
Dah balik dari island hopping pun masih lagi nak sambung mandi laut. hihi.. hah, mandi lah puas2. Tak penat-penat budak kecik ni
Yang lawaknye punye la malas nk pegi toilet tukar baju, kami terus tukar baju kat dalam kereta. Dah lah parking tepi jalan huhu.. Lepas tukar baju terus sambung membeli-belah plak kat Pantai Cenang.
Berjemur tak ingat. Bukan nak pakai sunblock pun! Hah mendapat. But it was worth it! Seronok gile trip ke pulau-pulau naik jetski. Cuaca yang sangat cantik, alhamdulillah walaupun bulan Disember tapi tak hujan dan panas terik. Pantai kelihatan biru je sepanjang trip. Next time akan repeat lagi island trip di Langkawi!