Monday, March 13, 2023

Kiddo's First Hike - Bukit Sikai, Seri Menanti, Kuala Pilah

Kami bukanlah kaki hiking. Tapi adik dan adik ipar yang introduce kepada kami hiking-hiking ni. Danish Ilham plak tibe-tibe excited nak hiking. Sebelum-sebelum ni, bile masuk hutan sikit atau pegi mandi air terjun/sungai pun die dah teruja. Tak sangka die ni peminat alam semulajadi. Jadi kami redah jela hiking di Bukit Sikai, Seri Menanti, Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Masa tu minggu pilihan raya umum. Kami ambil cuti untuk balik awal. Suami mengundi di Johor, si isteri pula mengundi di Negeri Sembilan. Jadi kami terpisah sekejap.

Hujan renyai-renyai petang tu. Hampir-hampir jugak kami nak batalkan trip ke Seri Menanti tapi disebabkan anak dah bad mood dan sedih tak dapat pegi hiking, kami pergi juga.. sebab hujan pun dah berhenti. Agak lewat juga kami sampai ke sana, pukul 5.00 petang  jugak baru sampai. Singgah dulu di Istana Seri Menanti, introduce pada Danish Ilham betapa istimewanya istana ni :)









Agak tricky juga tempat nak masuk Bukit Sikai ni. Kene alert dengan landmark yang orang share dalam blog.  Yang penting ade rumah burung walid tu, tu la tempat kami parking




Laju jugak budak jalan.. paling excited






Thank you aunty Nadia bawak kite hiking! <3







akhirnya sampai juga.. alhamdulillah.. cuaca sejuk je selepas hujan. Cume tak boleh lepak lama sangat, takut akan gelap nak malam



Budak kecik comel tu lagi berpengalaman hiking merata.. hahah.. kami baru nak belajar2








Nampak tak kereta kitorang nun jauh di bawah..




Yang bagusnya datang hari bekerja ni tak de lansung orang. Best!




















Masa turun, Danish punye lah laju ke depan. Kita yang risau..







Alhamdulillah selamat sampai sebelum malam


Esoknye kita mengundi. Selamat mengundi semua!

No comments:

Post a Comment