Tak pernah-pernah berkelah di Port Dickson. Setiap kali ke Port Dickson mesti bermalam kat hotel atau singgah sekejap, terus balik. Tibe-tibe terasa nak lepak2 pasang khemah, chill depan pantai. Berangan bukan main. Semenjak anak suka aktiviti outdoor ni mak abah pun serobok melayan. Hiking la, comping la.. Bukan melibatkan banyak kos pun. Tapi kami br level beginner la. Takde la fancy2. Sbb jenis tak suke susah-susah hihi.. Asal dapat rase-rase cukup lah.
Kesian budak kecik ni. Kat rumah sibuk berkhemah
Kitorang cuba tak nak packing banyak sangat barang. Cube light packing seboleh yang mungkin
Beriya plak beli. Kat rumah xde stok. Orang lain brew kopi ms camping. Kami pakai 3 in 1 je hahah. Dasar pemalas
Ni pun rase mcm beriya sangat. Mcm nk pindah rumah. Nak pegi berkelah je pun

Area pantai batu 5 ni dah lama kami tengok. Ms stay kat Avillion Admiral Cove hari tu, kami tengok tempat ni mcm best utk kami pacak khemah. Tak ramai orang, tak crowded. Bersih. Cume jauh skit dari pantai.
Biasa hari minggu kat sini banyak event. Nasib baik hari ni xde ape2
Nampak tak kegigihan di situ
Kat luar khemah punyelah sedap berangin, budak kecik ni nak jugak lepak dlm khemah
Dapatlah juga panggang ikan. Cume tersilap tertinggal pemanggang. Masak atas flat pan je
Masa ni rezeki orang tak ramai. Mungkin sebab musim heat stroke, musim cuti panjang (Hari Pekerja/Hari Wesak) atau orang tak abis raya lagi.
Best gile bile air dah surut. Boleh tengok ketam
Untung la ade lifeguard
Musim panas ni kene banyak-banyak minum air ye
Ni la masalahnye bile berkhemah bawak dapur siap, keje nye makan je
Berehat sekejap.. lepas sambung lg mandi. Sampai lebam
Ade juga beberapa family yg berkelah kat tempat yg sama. Takdelah sunyi sangat
Giliran mommy plak jadi lifeguard
Alhamdulillah walaupun cuaca panas, tapi berangin. Jadi bile lepak dalam khemah takdelah panas.. Dingin je.. best!
Apelah ciptaan budak kecik ni
Boleh plak motor ice creram dtg kat khemah.. Seronok la lepak makan ice cream
Yang bestnye area ni senang nak pegi mandi/tukar baju. Ade toilet. Bersih!
Sebagai N9 speaker, i don't approve hihi
Sebelum balik kami lepak makan kambing & pekene cendol kat PD Famous Cendol. Tapi mcm dah xberapa best la kambing die. Makan sejuk2 plak tu. Panaskan pun tak. Kalau dulu, meriah org duk masak kambing, makan panas-panas. Tapi cendol die tetap tak mengecewakan. Best!
Sebelum balik kami lepak makan kambing & pekene cendol kat PD Famous Cendol. Tapi mcm dah xberapa best la kambing die. Makan sejuk2 plak tu. Panaskan pun tak. Kalau dulu, meriah org duk masak kambing, makan panas-panas. Tapi cendol die tetap tak mengecewakan. Best!
Husband ajak next time pegi berkhemah bermalam plak. Adoiii.. Saya ni dah jenis manja-manja, reti ke berkhemah? hahaha