Dah lama teringin nak pegi berkelah, mandi sungai, mandi air terjun tapi tak berani dan tak jumpa lagi tempat yang best dan sesuai untuk budak-budak. Lepas survey-survey tengok blog / Youtube, kami decide nak pegi Taman Eko Rimban Kanching, Rawang. Ade 7 air terjun di sini. Tapi kami takde la nak pegi ke tujuh-tujuh air terjun tu. Setakat mane yang sesuai, ade port lepak dan mana yang larat. Hanya dalam 50 minit dari Cyberjaya. Kami bawak khemah, kerusi dan barang-barang lain sebab plan nak lepak lama. Cume kali ni kami kurangkan barang-barang sebab ade hiking sikit ke atas. Siap bahagi-bahagi tugas siapa nak bawa apa :)

Nak masuk tu boleh nampak "Taman Eko Rimba Kanching". Bongkah batu ni kalau die cat balik, repair nampak lagi okay
Nak masuk kene bayar entrance + parking. Tak mahal pun. Lupe dah berapa. Kami bertolak awal pagi. Sampai-sampai parking kosong lagi. Best juga tempat die. Ade gerai-gerai dan tempat duduk.
Budak kecik ni ditugaskan bawak khemah hihi
Ini kawasan bahagian depan. Takde ape2 pun kat sini
Di bahagian bawah sekali ialah bahagian yang paling selamat sekali kalau bawak budak kecik. Bersih, luas, air cetak dan sesuai pacak khemah. Cuma disini takde air terjun
Dah macam Ninja Turtle. Bersemangat lain macam!
Ni air terjun pertama yang kami nampak. Tak silap, ni No. 1. Setiap air terjun telah diberi nama. Tapi aku tak ingat. Lagi pun kat sini tak de lansung signboard atau label. At least, letak la signboard supaya tau ni yang ke berapa
Yang ni no. 2 tak silap
Betapa cantik dan jernih airnya
Ni no. 3 kot. Kot haha
Ni mungkin no. 4
Boleh tahan jugak mendaki. Nasib baik ade tangga, tinggal kene ade stamina je. Tak silap aku, ni last tangga untuk mendaki. Selepas-selepas tu, dah mula trail dalam hutan untuk ke air terjun seterusnya
Alhamdulillah jumpe port cantik untuk pacak khemah. Betul-betul mengadap air terjun No. 3
Yang penting breakfast dulu
Port kami memang sangat best, ade privacy. Takde gangguan orang lalu-lalang
Di air terjun no. 3 ni sesuai untuk orang dewasa sebab air die dalam skit. Nak terjun tiruk pun boleh
Air sejuk! Kat sini air dalam. Paras dada jugak. Boleh la berenang
Paras dada jugak airnya. Danish pun kene pakai armfloats
Bawak dapur semata-mata untuk masak air buat coffee je. Makanan semua dah masak dari rumah
Kami bawak air minum/membasuh 1 botol besar tu pun xabis. Ok lah senang nak membawaknya
Budak kecik dah kesejukan
Orang dah mula ramai tapi keadaan terkawal lagi
Kami turun semula ke air terjun no. 2. Rupe-rupenye Danish lebih tertarik dengan area sini. Lebih child-friendly, boleh main-main batu, ade beberapa kolam dan air terjun kecik, ada ikan juga!
Tak nampak ikan dalam gambar haha
Ade je budak ni punya idea nak cari port
Kat area sini senang la mak ayah nk lepaskan anak2, sebab area die xbahaya sangat
Busy budak ni
Balik ke khemah untuk lunch
Lepas lunch kami turun jalan-jalan pegi area kat bawah. Ni air terjun no. 1. Cantik juga tp kawasan die sempit. Nak lepak agak limited
Belah kanan ade space boleh pacak khemah. mmg terbaik la. Tapi kawasan nak mandi tu kecik ade tendency org ramai dtg mandi kat situ. Maybe next time kite boleh try dtg awal chop port area sini
Kalau xnak lalu tangga, boleh lalu sini. Takdelah penat mendaki
Ni area bawah sekali. Sangat best untuk kanak-kanak
Dah petang orang dah makin ramai. Kebanyakannya warganegara asing. Adoi, punya la ramai. Takde masalah pun dengan mereka cumanya bile diorg berkelah tu tak kire, kat dalam sungai atas batu pun boleh bentang tikar makan2 kat situ. Pastu sekali-sekala nampak la papercup, sudu hanyut kat sungai / air terjun. Part ni yang kurang seronok. Kalau kite, takde la bentang tikar betul2 kat bawah air terjun atau kat batu laluan org ramai sbb kite fikirkan orang lain pun nak mandi dan ade privacy. Ni tak, dengar tido membongkangnya di tengah-tengah alam. Adoi. Xpelah, tipsnya kalau nak datang, datanglah on weekdays. Elakkan on weekends, cuti tersepit, hari bekerja pada musim cuti sekolah dan cuti umum.
Alhamdulillah tempat kami tiada gangguan dan ade privacy. Masa kami nak packing-packing ade dah orang tanya untuk replace. Rezeki mereka
Rajin budak kecik ni nak membantu. Offer diri nak bawak barang yg berat. Kesian pada daddy katenye
Lepas tu kami lepak kat bawah sambil makan ice cream. Memang syok
Di luar kawasan ni pun ada sungai
Sebelum balik, kami singgah di Taman Rimba Komanwel. Dekat je dalam 1 km. Tempat ni lebih kepada tapak untuk berkhemah. Ade sungai yang lebar. Area berkhemah die mmg best. Siap disediakan power point. Tapi ada bayarannya. Cume di sini takde air terjun