Hari ni memang banyak berjalan sebab kami nak round Central Area. Kat situ kami nak tengok National Gallery, Supreme Court, Parliament House, Statue of Sir Stanford Raffles, Asian Civilisations Museum dan Merlion Park. Bunyi macam banyak tapi bukak nak melawat masuk semua pun. Just bergambar, jalan-jalan tengok seni bina bangunan je.. hihi. Dari Bugis MRT kami terus turun City Hall MRT. Nanti bila nak balik kami boleh naik dari Raffles Place MRT.
Kemain dia siap berdandan
Bile travel di bulan Disember ni cuaca tak menentu. Kejap hujan, kejap panas. Hari kami keluar ni je dah 3 kali cuaca panas terik, tiba-tiba hujan. Cuma tak hujan lebat je. Kira masih boleh berjalan dengan payung / topi. Gigih tetap jugak nak berjalan
Suke gile tengok bangunan National Gallery of Singapore. Cantik!
Melepak sambil berehat makan ais krim
Dapat jugak beli ais krim sandwich! Tak perlu nak ke Orchard Road dah :)
Tadi hujan, sekarang panas terik plak. Alhamdulillah, walaupun panas tapi seronok langit cantik takde awan. Gambar pun cantik
Bising budak kecik nak lepak tempat aircond sebab panas sangat. Daddy belanja minum coffee sekejap
Mommy berkenan cup boleh tukar warna ikut suhu
Dulu rajin jugak kumpul tumbler setiap negara yang dilawati, tapi sekarang dah tak rajin. Banyak sangat tumbler kat rumah
Kecewa betul kami Merlion Statue tutup untuk baik pulih. Takpelah takde rezeki. Tengok yang miniature jela ye :)
Sekali-sekala kami keluar juga pada waktu malam ke Merlion Park untuk bersiar-siar menikmati pemandangan malam. Sejuk sikit.. Cantik, boleh tengok lampu-lampu.. mengingatkan kami di Hong Kong
Kecewa Merlion Fountain Statue ditutup untuk baik pulih. Rupa-rupanya dah lama tutup dari tahun lepas.. adehhh
Bila di 7 Eleven, Evian sama harga dengan mineral water lain, memang borong Evian la haha
No comments:
Post a Comment