Tuesday, September 17, 2024

Malaysia Day Picnic - Nur Laman Bestari Eco Resort, Sungai Tua

Cuti sekolah dah mula, semua orang berpusu-pusu balik kampung, jalan pun sesak. Inilah masanya kami nak mandi sungai tanpa kesesakan dan kepadatan warga kota. Awal pagi dah bertolak ke Sungai Tua, Ulu Yam. Nasib baik tak jammed. Tempat ni husband recommend sebab baru lepas pegi mengadakan hari keluarga di sini. Masuk berbayar, cabbana, gazebo dan glamping berserta tapak bbq boleh ditempah awal. Harga agak mahal sikit tapi lengkap dengan kelengkapan asas. Tandas dan tempat mandi juga banyak disediakan, bersih dan selesa.




Kami tak sewa tapak, hanya bayar utk masuk sahaja. Lepas tu kami letak kerusi dan meja untuk lepak.























Lepas mandi-manda kami jalan-jalan cari makanan kejap. Lapar dah






































Dah lewat tengah hari tetibe banyak plak monyet-monyet datang. Rupa-rupanya baru lepas cuti sebungkus besar roti. Padanlah ramai datang berkerumun. Tapi takdelah kacau kami, sebab kami takde makanan. Tak lama tu gerimis, jadi kami pun beransur pulang. Overall seronok la lepas sini. Best sangat sebab tak ramai orang. Di tempat kami plak lansung takde orang. Mmg syok la privacy. Tempat pun bersih. Toilet sebelah je kereta. Senang. Insya Allah ada rezeki nk repeat lagi sekali tapi nak buat bbq :)