Selepas check in, setiap kereta (untuk setiap 1 bilik) diberikan kad akses untuk masuk ke perkarangan resort. Parking di depan chalet agak curam jalannya. Kene hati-hati.
Di area ni banyak monyet. Kalau tak nak diganggu, jangan mula bagi makan. Sekali bagi makan terus datang berkerumun monyet-monyet yang lain. Sampah pun ikat elok-elok buang dalam tempat sampah yang disediakan. Monyet takkan selongkar. Masa di gerai-gerai makan dan masa kami makan malam dan sarapan pagi, alhamdulillah takde monyet datang curi makanan
Biliknya sangat selesa dan lengkap dengan semua keperluan. Air mineral, berus gigi, shower gel, towel, coffee and tea. Spray racun serangga pun ada. Kot-kot ada nyamuk atau bende lain
Petang sikit kami jalan-jalan ke perkarangan resort. Plan asal nak pegi minum coffee, lepak-lepak kat Cafe Hill & Heal. Tapi sayang tutup awal, pukul 5.00 petang. Esok Isnin pun tutup plak tu. Haih.. xpelah takde rezeki. So kami minum-minum di gerai-gerai yang ada. Ada juga coffee house Monkey Coffee. Sedap jugak
Malam kami buat makan-makan & karaoke
Pagi tu kami sarapan dulu sebelum bawak budak-budak mandi waterpark. Waterpark nya kecil je. Bayaran pun murah RM5.00/seorang je. Bolehlah.. buat main-main
Syok pagi-pagi Isnin bukak-bukak email tiba-tiba baca email berdarah hahaha
Sambil budak-budak mandi, kami berdua jalan-jalan ke arah kaki Gunung Lambak. Tempat yang sama kami turun dari mendaki semalam
Selepas check out, kami singgah makan-makan dulu kopitiam
Favourite! Roti kahwin. Butter + kaya + kacang
Sebelum balik KL, singgah dulu kat kilang kopi Cap Televisyen. Nak beli biji kopi tapi besar sangat packaging 500g. Takut tak kene kat tekak dan tak abis
No comments:
Post a Comment